Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Latest Posts

Friday, April 15, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #20: Institusi Islam di Oxford

| OXFORD 

Kota Oxford juga membuat saya terkenang akan memori di Cordoba, Sepanyol. Kota itu bagaikan lilin yang menerangi kota lain lalu padam. Beribu orang datang ke Andalusia menuntut ilmu dan mencari cahaya, lalu kembali membangun tanah air masing-masing.

Ilmu optik, geografi, algebra, kimia muzik, dan fizik dari Cordoba telah berkembag kepada banyak cabang ilmu di England. Lalu terbina Universiti Oxford ini bagi memusatkan kepelbagiaan aktiviti pengajian ilmu. Walau tiada lagi cahaya dari Cordoba, masih ada cahaya iman-iman yang sedang membangun dan mengembangkan Islam di Andalusia.

Universiti Oxford, institusi terkenal menjadi antara kota utama terkandung di dalam senarai persinggahan saya. Walaupun bukan negeri Islam, paling tidak ia menggambarkan kota ilmu yang masyur seperti mana kota Islam terdahulu. Malah, sebuah kejutan di mana universiti tersebut membangunkan Institusi Islam bagi meraikan peradaban ilmu Islam yang lebih dahulu memulakan pengajian dan mencetuskan pelbagai cabang inovasi sains kini.

Pernah dengar kan tentang pensyarah Malaysia pertama di Oxford iaitu Syeikh Dr Afifi Al Akiti? Di Institusi Islam itu beliau berkhidmat. Malah, Tun Ahmad Sarji dari Permodalan Nasional Berhad adalah salah satu pemegang amanah Institusi itu. Disampingnya, Institusi ini punya hubungan baik dengan Sultan Brunei dan Sultan Perak. Institusi ini menjadi pusat pertemuan dan pertembungan antara pelbagai cabang ilmu dan agama Islam di tanah British itu. 

Dan Oxford University, terima kasih banyak. Atas kesudian mendirikan Oxford Centre of Islamic Study. Maaf ya, kami berusaha menjejak Institusi ini, terlepas lorong beberapa kali. Namun kerana trafik yang semakin sesak di awal pagi membuat kami berundur segera keluar dari kota Oxford. Sebelum berundur, kami sempat mencuri tempat di bahu jalan. Berhenti dan merakam beberapa bahagian wajah Oxford.

Menangis juga tidak dapat menziarahi institusi Islam itu. Simpan kemas-kemas untuk suatu waktu nanti. Kerana terperangkap sekejap di Kota Oxford ini sudah pun menjadi peluang besar menikmati permandangan dan ragam manusia Oxford dalam perlahannya pergerakan kereta. Beransur  kami menyambung pengembaraan ke Swindon.

“ The Oxford Centre for Islamic Studies has done so much to promote and improve our understanding of the Islamic world. That mission has great importance in our increasingly interdependent world.
The relationships between Islam and the West matter more today than ever before.”

HRH The Prince of Wales
Patron of the Oxford Centre for Islamic Studies
Marston Road, Oxford, OX3 0EE, U.K.

www.oxcis.ac.uk

Travelog Jejak Masjid UK #19: Keliling Kota Harry Potter

| OXFORD

Morning Harry Potter. Please bring a couple cup of coffee please. I need them, its too cold out here waiting for you lah. Oh bring a bottle of biscuit too. We will have long discussion right?


Bintang


Kami berhenti sebentar di bahu jalan sekitar kawasan perumahan yang epik. Saya menghindar sesi sarapan. Keluar dari kereta dan merakam keindahan rumah-rumah dan menyaksikan ragam komuniti Oxford yang sibuk dan bergegas menuju ke institusi pengajian dan ruang pekerjaan masing-masing. Mereka berjalan kaki sendiri atau berteman, berbasikal laju dan menaiki bas beramai-ramai. 

Sebelum tiba di perkarangan Masjid Oxford lagi, saya sudah amat teruja mahu menyaksikan kota Oxford dari sisi sempadan kotanya. Tambahan lagi, ini adalah siang pertama berada di tengah-tengah kota yang penuh bangunan dan senibina lain yang bersejarah. 

Oxford telah berusia kira-kira 800 tahun, pasti ia memiliki gelombang sejarah yang panjang dalam beberapa pemerintahan tamadun bermula dengan kerajaan Saxon. Menyebut tentang Saxon, ia mengingkat saya kepada drama bersiri ‘Merlin’. Saxon menjadi salah satu musuh ketat kepada pemerintahan Raja Athur di Camelot.

Merlin, Harry Potter, The Golden Compass, dan pelbagai cerita dongeng, fantasi atau epik yang lain menjadi salah satu genre drama yang saya gemari. Beberapa sebabnya adalah gambaran zaman dahulu yang unik, panorama yang indah, kretiviti pada pakaian, rumah dan keperluan hidup yang lain, senibina-senibinanya yang epik serta perjalanan cerita yang menakjubkan bagai penerokaan ke sesuatu tempat yang baru. 

Melalui drama dan filem sebegitu juga, secara tidak langsung sebenarnya menambah pengetahuan kepada gambaran pelbagai kota lama di banyak negara, seperti Bandar Oxford yang penuh epik tersendiri terkandung dalam kehidupan dan isinya. Dan terkadang, dengan acara menonton, ia mengubat rindu untuk mengembara lagi, dan membawa diri kita mengembara ke tanah yang jauh dengan segala cerita terkandung di dalam satu drama, seperti membaca tamat sebuah buku epik.

Kami memandu ke jantung Oxford, tetapi keliru fakulti Universiti Oxford yang mana harus kami kunjungi. Saya tak menjangka, kedudukan fakulti adalah bertaburan di banyak lot Bandar dan tidak tertumpu kepada satu bidang tanah yang luas sahaja. Cuma yang ada dalam senarai catitan buku saya adalah Institusi Islam di Oxford, kerana adanya ruang solat di dalamnya.


Travelog Jejak Masjid UK #18: Central Oxford Mosque

| OXFORD

Bersiap diri, dan mendirikan solat Subuh di sini. Jemaah di Masjid Oxford adalah pertama yang saya saksikan di UK. Suara imam merdu sekali. Mengubat segala letih jiwa dan raga menghadam banyak perkara. Ini masjid yang tersergam indah di pinggiran kota Oxford. Saya kira dari pembacaan, kebanyakan masjid terkandung di dalam institusi pengajian tinggi antarabangsa. Walaupun tidak didirikan pada awal pembangunan universiti, tanpa disedari ia adalah sebahagian dari organ penting universiti.


-Only open for men. Friday prayer, a lot of people are coming. Downstairs is small hall. This is the bigger hall.

+How many people can occupy?

-500 peoples. Downstairs also 500, there have portions. For Jenazah prayer, many people coming. So they pray in women side. We also have conference room in downstairs.

+ What it is for?

-Community room, we decide what to do for community here.

+How about Muslim community in Oxford, do they arrive from English people as well? The native?

-Yes English people. Children are coming every week for visiting. School. 

+Oh education. Alllahu Akbar.

-Only weekand education for English people, for Muslim. English coming for La Ila ha Ila Allah. 

+They convert to Islam?

-A lot people. In my family 2. They married with my daughters.

Pembantu imam membawa kami segera turut ke tingkat bawah masjid. Beliau memohon maaf beberapa kali, kerana kelihatan tergesa-gesa. Beliau harus menyegerakan urusan di masjid ini kerana beliau mempunyai urusan kerja sebagaimana orang Inggeris lain. Imam hari ini tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan di luar kota. 

Beliau menerangkan keberadaan ruang-ruang masjid yang ada secara ringkas. Dewan utama solat fardu, dewan soalat wanita, dapur, bilik konferen dan kelas anak-anak semuanya berada di lantai yang sama. Terima kasih imam. Selamat memulai ibadah kerja.

Hari sikit lagi bakal mencerah sepenuhnya. Namun, kami perlu segera keluar dari perkarangan masjid. Pembantu imam mahu mengunci pintu pagar bagi mengakhiri tugasnya pagi ini. Alhamdulillah rakaman video dan beberapa keeping foto telah memadai, tidak perlu kami menunggu hari siang. Kami berangkat terus ke jantung Oxford. Duhai kota ilmu yang masyur, aku datang berdampingan.


Travelog Jejak Masjid UK #17: Reading

| READING

Saya teringat, di mana beberapa ketika saya berada di bandar Johor Bahru, saya terpandang beberapa kain rentang yang mempromosikan ‘Reading University’ di beberapa jalan utama. ‘Universiti Membaca’? ‘Universiti Bacaan’? ‘Apa kursus yang bakal diadakan di universiti ini?’ ‘Mengapa ‘membaca’ menjadi perkataan yang diangkat pada nama sebuah universiti?’ Lucu. Itu semua apa yang saya andaikan dalam fikiran ketika itu. Dalam proses andaian itu tidak pula saya mencari jawapannya, malah membiarkan ia pergi begitu saja.

Mendekati tarikh pengembaraan, saya mulai membuat beberapa kajian dan mengorek sebanyak maklumat yang boleh sebagai bekalan perjalanan. Kemudian, dalam sela itu saya menemukan ‘Reading’ sebagai salah satu kota di United Kingdom.

Malaysia adalah negara kedua yang menjadi pilihan Reading sebagai cawangan antarabangsanya yang baru. Cawangan tersebut terletak di Persiaran Graduan Kota Ilmu, Educity di Iskandar Puteri Johor. Nah, jawapan kepada persoalan saya tentang deretan kain rentang itu adalah kerana promosi cawangan yang baru Universiti Reading di Malaysia.

Sejak awal kurun ke 19, Reading University telah bermula sebagai cawangan kebangsaan kepada Oxford University di Reading. Kemudian mengangkat nama kotanya sendiri dan bakal menyambut ulangtahunnya ke 90 tahun pada tahun 2016. Bererti sejak tahun 1926 lagi, ia telah menjadi pencipta dan perintis, menolak sempadan akademik dan membawa perubahan sosial dalam beberapa dekad.




The Muslim centre, run by the University Muslim Society, has a site on the Whiteknights campus for daily prayer. It is a social focus for the multi-national Muslim community of students and staff, and during Ramadan it provides halal food on a daily basis.

Vegetarian and halal meals can be purchased at the University of Reading. Some halal foods are available in halls and, during Ramadan, packed meals are available.

READING UNIVERSITY
www.reading.ac.uk

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.