Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Showing posts with label Travelog UK. Show all posts
Showing posts with label Travelog UK. Show all posts

Friday, April 15, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #20: Institusi Islam di Oxford

| OXFORD 

Kota Oxford juga membuat saya terkenang akan memori di Cordoba, Sepanyol. Kota itu bagaikan lilin yang menerangi kota lain lalu padam. Beribu orang datang ke Andalusia menuntut ilmu dan mencari cahaya, lalu kembali membangun tanah air masing-masing.

Ilmu optik, geografi, algebra, kimia muzik, dan fizik dari Cordoba telah berkembag kepada banyak cabang ilmu di England. Lalu terbina Universiti Oxford ini bagi memusatkan kepelbagiaan aktiviti pengajian ilmu. Walau tiada lagi cahaya dari Cordoba, masih ada cahaya iman-iman yang sedang membangun dan mengembangkan Islam di Andalusia.

Universiti Oxford, institusi terkenal menjadi antara kota utama terkandung di dalam senarai persinggahan saya. Walaupun bukan negeri Islam, paling tidak ia menggambarkan kota ilmu yang masyur seperti mana kota Islam terdahulu. Malah, sebuah kejutan di mana universiti tersebut membangunkan Institusi Islam bagi meraikan peradaban ilmu Islam yang lebih dahulu memulakan pengajian dan mencetuskan pelbagai cabang inovasi sains kini.

Pernah dengar kan tentang pensyarah Malaysia pertama di Oxford iaitu Syeikh Dr Afifi Al Akiti? Di Institusi Islam itu beliau berkhidmat. Malah, Tun Ahmad Sarji dari Permodalan Nasional Berhad adalah salah satu pemegang amanah Institusi itu. Disampingnya, Institusi ini punya hubungan baik dengan Sultan Brunei dan Sultan Perak. Institusi ini menjadi pusat pertemuan dan pertembungan antara pelbagai cabang ilmu dan agama Islam di tanah British itu. 

Dan Oxford University, terima kasih banyak. Atas kesudian mendirikan Oxford Centre of Islamic Study. Maaf ya, kami berusaha menjejak Institusi ini, terlepas lorong beberapa kali. Namun kerana trafik yang semakin sesak di awal pagi membuat kami berundur segera keluar dari kota Oxford. Sebelum berundur, kami sempat mencuri tempat di bahu jalan. Berhenti dan merakam beberapa bahagian wajah Oxford.

Menangis juga tidak dapat menziarahi institusi Islam itu. Simpan kemas-kemas untuk suatu waktu nanti. Kerana terperangkap sekejap di Kota Oxford ini sudah pun menjadi peluang besar menikmati permandangan dan ragam manusia Oxford dalam perlahannya pergerakan kereta. Beransur  kami menyambung pengembaraan ke Swindon.

“ The Oxford Centre for Islamic Studies has done so much to promote and improve our understanding of the Islamic world. That mission has great importance in our increasingly interdependent world.
The relationships between Islam and the West matter more today than ever before.”

HRH The Prince of Wales
Patron of the Oxford Centre for Islamic Studies
Marston Road, Oxford, OX3 0EE, U.K.

www.oxcis.ac.uk

Travelog Jejak Masjid UK #19: Keliling Kota Harry Potter

| OXFORD

Morning Harry Potter. Please bring a couple cup of coffee please. I need them, its too cold out here waiting for you lah. Oh bring a bottle of biscuit too. We will have long discussion right?


Bintang


Kami berhenti sebentar di bahu jalan sekitar kawasan perumahan yang epik. Saya menghindar sesi sarapan. Keluar dari kereta dan merakam keindahan rumah-rumah dan menyaksikan ragam komuniti Oxford yang sibuk dan bergegas menuju ke institusi pengajian dan ruang pekerjaan masing-masing. Mereka berjalan kaki sendiri atau berteman, berbasikal laju dan menaiki bas beramai-ramai. 

Sebelum tiba di perkarangan Masjid Oxford lagi, saya sudah amat teruja mahu menyaksikan kota Oxford dari sisi sempadan kotanya. Tambahan lagi, ini adalah siang pertama berada di tengah-tengah kota yang penuh bangunan dan senibina lain yang bersejarah. 

Oxford telah berusia kira-kira 800 tahun, pasti ia memiliki gelombang sejarah yang panjang dalam beberapa pemerintahan tamadun bermula dengan kerajaan Saxon. Menyebut tentang Saxon, ia mengingkat saya kepada drama bersiri ‘Merlin’. Saxon menjadi salah satu musuh ketat kepada pemerintahan Raja Athur di Camelot.

Merlin, Harry Potter, The Golden Compass, dan pelbagai cerita dongeng, fantasi atau epik yang lain menjadi salah satu genre drama yang saya gemari. Beberapa sebabnya adalah gambaran zaman dahulu yang unik, panorama yang indah, kretiviti pada pakaian, rumah dan keperluan hidup yang lain, senibina-senibinanya yang epik serta perjalanan cerita yang menakjubkan bagai penerokaan ke sesuatu tempat yang baru. 

Melalui drama dan filem sebegitu juga, secara tidak langsung sebenarnya menambah pengetahuan kepada gambaran pelbagai kota lama di banyak negara, seperti Bandar Oxford yang penuh epik tersendiri terkandung dalam kehidupan dan isinya. Dan terkadang, dengan acara menonton, ia mengubat rindu untuk mengembara lagi, dan membawa diri kita mengembara ke tanah yang jauh dengan segala cerita terkandung di dalam satu drama, seperti membaca tamat sebuah buku epik.

Kami memandu ke jantung Oxford, tetapi keliru fakulti Universiti Oxford yang mana harus kami kunjungi. Saya tak menjangka, kedudukan fakulti adalah bertaburan di banyak lot Bandar dan tidak tertumpu kepada satu bidang tanah yang luas sahaja. Cuma yang ada dalam senarai catitan buku saya adalah Institusi Islam di Oxford, kerana adanya ruang solat di dalamnya.


Travelog Jejak Masjid UK #18: Central Oxford Mosque

| OXFORD

Bersiap diri, dan mendirikan solat Subuh di sini. Jemaah di Masjid Oxford adalah pertama yang saya saksikan di UK. Suara imam merdu sekali. Mengubat segala letih jiwa dan raga menghadam banyak perkara. Ini masjid yang tersergam indah di pinggiran kota Oxford. Saya kira dari pembacaan, kebanyakan masjid terkandung di dalam institusi pengajian tinggi antarabangsa. Walaupun tidak didirikan pada awal pembangunan universiti, tanpa disedari ia adalah sebahagian dari organ penting universiti.


-Only open for men. Friday prayer, a lot of people are coming. Downstairs is small hall. This is the bigger hall.

+How many people can occupy?

-500 peoples. Downstairs also 500, there have portions. For Jenazah prayer, many people coming. So they pray in women side. We also have conference room in downstairs.

+ What it is for?

-Community room, we decide what to do for community here.

+How about Muslim community in Oxford, do they arrive from English people as well? The native?

-Yes English people. Children are coming every week for visiting. School. 

+Oh education. Alllahu Akbar.

-Only weekand education for English people, for Muslim. English coming for La Ila ha Ila Allah. 

+They convert to Islam?

-A lot people. In my family 2. They married with my daughters.

Pembantu imam membawa kami segera turut ke tingkat bawah masjid. Beliau memohon maaf beberapa kali, kerana kelihatan tergesa-gesa. Beliau harus menyegerakan urusan di masjid ini kerana beliau mempunyai urusan kerja sebagaimana orang Inggeris lain. Imam hari ini tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan di luar kota. 

Beliau menerangkan keberadaan ruang-ruang masjid yang ada secara ringkas. Dewan utama solat fardu, dewan soalat wanita, dapur, bilik konferen dan kelas anak-anak semuanya berada di lantai yang sama. Terima kasih imam. Selamat memulai ibadah kerja.

Hari sikit lagi bakal mencerah sepenuhnya. Namun, kami perlu segera keluar dari perkarangan masjid. Pembantu imam mahu mengunci pintu pagar bagi mengakhiri tugasnya pagi ini. Alhamdulillah rakaman video dan beberapa keeping foto telah memadai, tidak perlu kami menunggu hari siang. Kami berangkat terus ke jantung Oxford. Duhai kota ilmu yang masyur, aku datang berdampingan.


Travelog Jejak Masjid UK #17: Reading

| READING

Saya teringat, di mana beberapa ketika saya berada di bandar Johor Bahru, saya terpandang beberapa kain rentang yang mempromosikan ‘Reading University’ di beberapa jalan utama. ‘Universiti Membaca’? ‘Universiti Bacaan’? ‘Apa kursus yang bakal diadakan di universiti ini?’ ‘Mengapa ‘membaca’ menjadi perkataan yang diangkat pada nama sebuah universiti?’ Lucu. Itu semua apa yang saya andaikan dalam fikiran ketika itu. Dalam proses andaian itu tidak pula saya mencari jawapannya, malah membiarkan ia pergi begitu saja.

Mendekati tarikh pengembaraan, saya mulai membuat beberapa kajian dan mengorek sebanyak maklumat yang boleh sebagai bekalan perjalanan. Kemudian, dalam sela itu saya menemukan ‘Reading’ sebagai salah satu kota di United Kingdom.

Malaysia adalah negara kedua yang menjadi pilihan Reading sebagai cawangan antarabangsanya yang baru. Cawangan tersebut terletak di Persiaran Graduan Kota Ilmu, Educity di Iskandar Puteri Johor. Nah, jawapan kepada persoalan saya tentang deretan kain rentang itu adalah kerana promosi cawangan yang baru Universiti Reading di Malaysia.

Sejak awal kurun ke 19, Reading University telah bermula sebagai cawangan kebangsaan kepada Oxford University di Reading. Kemudian mengangkat nama kotanya sendiri dan bakal menyambut ulangtahunnya ke 90 tahun pada tahun 2016. Bererti sejak tahun 1926 lagi, ia telah menjadi pencipta dan perintis, menolak sempadan akademik dan membawa perubahan sosial dalam beberapa dekad.




The Muslim centre, run by the University Muslim Society, has a site on the Whiteknights campus for daily prayer. It is a social focus for the multi-national Muslim community of students and staff, and during Ramadan it provides halal food on a daily basis.

Vegetarian and halal meals can be purchased at the University of Reading. Some halal foods are available in halls and, during Ramadan, packed meals are available.

READING UNIVERSITY
www.reading.ac.uk

Thursday, April 14, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #16: Masjid Reading

| READING


Setelah mendapat rehat yang baik, kami berangkat ke Reading sekitar jam 2 atau 3 pagi. Ada dua masjid di Reading yang telah saya senaraikan di dalam buku catitan iaitu Jamia Masjid dan Abu Bakar Masjid Trust. Kedua-dua masjid terletak di pekan Earley, Reading di Berkshire. 

MasyaAllah, sedang saya meneliti kedudukan Oxford Road di mana Masjid Abu Bakar itu berada pada buku manual map, saya perasaan beberapa kota utama di United Kingdom Inggeris turut meletakkan simbol masjid utama sebagai tanda lokasi masjid di sekitar bandar. Hal sekecil ini menunjukkan betapa tanah Inggeris ini meraikan keberadaan pelbagai agama dan bangsa. Sekali lagi, Allah memberi rezeki dan hikmah atas pembelian buku manual ini.

Di waktu hari sedang bergelap pun, mereka berdua teruja menyaksikan senibina-senibina Inggeris di sekitar Reading. Kata mereka telah banyak hal pembangunan yang masih kekal tidak berubah sejak 20 tahun lalu, dan begitu juga pembangunan baru yang menambah pada pengetahuan dan pengalaman. Iniikan pula saya yang belum pernah ke Tanah Inggeris, lebih-lebih lagi teruja. 

Cuma mengambil masa beberapa minit untuk bertemu rumah ibadah kedua ini setelah menemukan lokasinya pada peta. MasyAllah, Masjid Abu Bakar Trust begitu segak mewarnai corak pembangunan perumahan di Oxford Road ini. Ia benar-benar terletak di salah satu lot rumah. Tinggi, besar dan kacak memayungi kesuluruhan kawasan perumahan. 

Menerusi beberapa bahan bacaan, masjid ini sedang mengalami fasa terakhir sebelum perasmian pembukaannya bakal berlangsung. Namun, masjid ini sudah mula menjalankan pelbagai aktiviti disamping ibadah solat berjemaah. Kami menyaksikan keindahannya dari luar pagar sahaja, dan imiginasi rohaninya berawangan dalam fikiran tak peduli rintik hujan membasah bumi.

Masjid ini memiliki sebuah menara yang tinggi melangit, dan saiznya jauh lebih besar dari Masjid Shah Jahan. Ia boleh menempatkan 1000 orang jemaah dalam satu masa dengan 3 lantai bertingkat yang tergambar dari fizikalnya. Saya turut membayangkan masjid ini begitu meriah menyambut jemaah solat setiap kali hari Jumaat yang mulia berlabuh. Pasti perkarangan masjid ini penuh dengan pelbagia kemesraan dan sapaan khabar, sambil ada ruang dakwah mencelah bagi meraikan keberaadaan komuniti bukan Muslim.

Travelog Jejak Masjid UK #15: Pemetaan Manual

| READING
Masing-masing kelihatan letih. Kami mengangkat keputusan untuk berehat sebentar di perkarangan sebuah stesen minyak. Setelah berehat beberapa jam, kami terus bergerak dari satu kota ke kota lain bermula dari Selatan England. 

Saya dan Kak Edward memasuki kedai runcit stesen tersebut, membeli semangkuk besar gula-gula dan coklat buat teman sepanjang pemanduan serta tambahan tenaga pada tubuh badan. Kami menyapa Peter. Pembantu stesen minyak itu membantu kami mengatasi masalah simcard kami. Semua kredit percuma di dalam simcard telah habis kerana keperluan aplikasi di dalam telefon tersebut telah menggunakan perkhidmatan internet sepenuhnya. Tambahan lagi, penggunaan GPS pada telefon memang bakal menghabiskan banyak kredit dengan segera.

Jadi Peter mencadangkan kami dua pilihan sama ada menambah kredit yang bakal habis dengan segera atau penggunaan map secara manual. Kami membeli buku map yang mencakupi maklumat geografi keseluruhan United Kingdom dengan harga sekitar 17 Pound. 

Saya yakin, buku manual itu juga suatu usaha yang baik bakal membantu urusan perjalanan. Sesat sekalipun, pasti ada hikmahnya yang akhirnya bakal membawa kami jelajah dan mencuci mata dan jiwa akan banyak sisi United Kingdom sepanjang jalan sambil menziarahi masjid. Allah bagi percuma, em dalam kata lain; anugerah. Yang penting, kesabaran dan tawakal perlu dipertingkatkan sepanjang pengembaraan. 

Saya sendiri tidak pasti apa yang berlaku pada telefon Bro Rahim, di mana google map masih boleh menunjukkan gambaran secara kasar jalan-jalan utama, seperti motorway dan jalan alternatif. Ataupun hal ini boleh terjadi kepada mana-mana telefon tanpa menggunakan perkhidmatan internet. 

Atau walaupun kredit internet telah habis sebelum tarikh akhir, ia masih membantu sedikit sebanyak proses pemetaan. Rezeki perjalanan yang amat membantu, selain proses pemataan melalui buku untuk maklumat lebih terperinci. Kedua-dua kaedah member sumbangan yang amat bermakna.


Wednesday, April 13, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #14: Masjid Shah Jahan

| WOKING & READING

Kepenatan terhambur keluar dari pintu kereta. Gembira teramat melihat papan tanda masjid yang bergantungan di salah satu tiang di hujung jalan. Kami mengambil selekoh kanan. Gelap dan berbalam-balam jalan disinari lampu neon. Berdebar. Ada kubah hitam yang besar kelihatan di hadapan kami. Ini. Ini masjidnya Shah Jahan. 

Ya Allah, inikah masjid yang terkenal itu? Masjid antara yang terawal di United Kingdom? Persekitaran masjid sunyi, Cuma bunyi hujan yang merintik ke bumi. Tiada seorang pun yang kami temui. Beberapa buah bilik atau barangkali rumah yang masih punya lampu menerangi ruang. Lagipun, agak lewat kami tiba di sana. Menara putih empat segi dengan ktinggian yang sederhana kelihatan segak di penjuru pintu utama masjid. Menara yang berlubang itu juga terhias di puncaknya kubah kecil seperti bentuk bawang. Pintu hadapan pula berwarna hijau, namun tertutup rapat. Cuma tangan yang menyentuk ingin menikmati rohaninya dalam-dalam. 

Ada banyak pendapat yang menyatkaan masjid Shah Jahan ini adalah masjid pertama dan terawal di United Kingdom. Tak kalah juga pendapat yang sama terhadap masjid yakni rumah Syeikh Abdullah Quilliam di Liverpool. “Masjid indah ini adalah sesuatu yang terlihat unik berdekatan dengan landasan keretapi”, kata Dr Leitner. Iya ,Cuma 15 minit jarak masjid ini dari stesen keretapi berdekatan. Dr Leitner adalah orang yang bercita-cita mendirikan rumah ibadah bagi Muslim, Kristian, Yahudi dan Hindu. 

Beliau mengusahakan masjid ini terlebih dahulu, kerana meraikan kos pembelian tanah yang telah ditanggung oleh Sultan Nizam dari Hydrabad. Beliau yang banyak terbabit dalam kajian dan pembelanjaran orientalis dan agama di India, mengangkat senibina India sebagai pokok idea rekabentuk masjid ini. Ia telah dibuka kepada umum pada tahun 1889, dan menyambut kedatangan orang pelbagai kaum, agama dan kewarganegaraan. 

Tahun berikutnya, Dr Leither telah jatuh sakit dan meninggal pada tahun yang sama. Beliau tidak berkesempatan membina rumah ibadah bagi agama lain. Masjid Shah Jahan ini pula terbiar kosong tak berpenghuni hingga tahun 1912. Tahun 1912 menjadi saksi kepada pertukaran milik masjid, di mana Khwaja Kamal-ud-Din iaitu seorang tokoh Muslim dan peguam telah datang ke England dari Lahore.

Beliau telah mengasaskan, Woking Muslim Mission & Literary Trust dan Islamic Review bulanan. Sejak itu, Masjid Shah Jahan menjadi pusat antarabangsa bagi perbahasan Islam di Barat. Khabarnya, masjid ini juga merupakan lokasi asas perasmian Ahmadiyyah di United Kingdom. Saya tidak mahu menyentuk hal ini dengan mendalam. Moga suatu masa nanti, akan ada kementerian agama Islam di United Kingdom yang menyeleraskan banyak hal di tanah Inggeris ini.


Sunday, January 31, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #13: Muslim Ketiga

| WOKING & READING

Perjalanan kami ke Woking menggunakan Motorway dan alternatif. Di mana jalan alternative membawa kami menyusuri beberapa pekan dan kampong. Mata terpesona dengan keindahan rumah-rumah English, tidak sabar menunggu hati beransur siang. Jalan-jalan gelap dan berliku pasti indah kelihatan di siang hari nanti, berderetan bak menyambut kedatangan kami dengan dahan-dahannya tak berdaun atau ada baki daun-daun kecoklatan dan kekuningan. 

Semua orang kelihatan penat. Dan terus menerus berusaha memahami kondisi simcard itu. Tetapi masih tidak Berjaya. Internet masih tidak dapat berhugungan dengan telefon. Mana mungkin, negara ini pasti memiliki system satelit sendiri, pasti kadar internetnya laju juga talian perhubungna yang lain. 1 GB percmua untuk tiap pendaftaran, masakan juga lambat penerimaan hadiahnya setelah pendaftaran. 

Kami selamat sampai di Bandar Woking di Surrey dengan mengikuti arahan papan tanda di banyak bahu jalan. Kota ini sedikit sunyi dan kecil berbanding jangkaan saya. Woking, Bandar pertama kami setelah Gatwick bagi memulakan perjalanan. Kami merancang untuk mengadakan perjalanan dari selatan London hingga ke Exeter, terus mengembara di sebelah kiri England, memasuki bandar-bandar di Wales, menuju ke Manchester, naik ke Scotland dari Glasgow hingga ke Aberdeen atau Inverness, dan kembali menuju ke London melalui Bandar-bandar di sebelah kanan England pula.

Tanpa bantuan peta manual dan internet, kami agak buntu mahu mengambil arah yang mana satu menuju ke masjid. Bersiar-siar sebentar dengan kereta tidak membawa petunjuk apa-apa. Tiada signboard menujukan kewujudan masjid. Bermakna, kota ini bersar dari jangkaan, atau kewujudan masjid-masjid tidak diwar-warkan kepada umum oleh papan tanda. Masih terlalu Mar untuk kau membuat hipotesis. Ini baru hari pertama dan masjid pertama, jangan kau macam-macam. 

Kami membuat keputusan untuk berhenti dan bertanya kepada mana-mana individu di bahu jalan. Masjid Shah Jahan, antara masjid UK paling popular dalam enjin carian di internet, pasti ada orang tahu mengenai keberadaannya. Tambahan lagi, masjid ini dikatakan masjid terawal yang berdaftar sebagai rumah ibadah UK, pasti komuniti kota ini paling tidak berbangga dengan kewujudan bangunan bersejarah ini. Dan dengan bertanya kepada komuniti, ini masnya untuk mengetahui kadar keraian warga Inggeris terhadap rumah ibadah agama lain.



-Ok berhenti kejap, saya ada nampak orang berjanggut tu. Mungkin dia tahu. Mari saya tanya

+Ok kita berhenti depan sikit. 

-Bismillah. Mudah-mudahan rezeki kita malam ni. 

-Pergi tanya Mar



Berdebar. Mungkin pakcik ini bekerja sebagai pemandu teksi. Dia bersandar pada teksi, sedang menghembus asap rokok. Memanaskan badan mungkin sambil menunggu pelangggan baru. Berfikir-fikir untuk memberi salam atau tidak. Bimbang tekaan meleset seperti beberapa pengalaman di stesen petrol siang tadi. 



-Hello, good evening.

+Good evening, how can I help you?

-Do you know where is the mosque of Woking?

+Yes. Of course. Shah Jahan Mosque ya? You just go straight from here, I think three or four road in left, do make a turn. The next road you can do a turn again. Or take a roundboud at the end of this road, then take the same road in your right. 

-Thank you so much. Where are you came from and wahat is your name?

+My name is Akbar, from Pakistan. Are you Indonesian?

-I am Malaysian.

+Oh I was in your country in 1996 around nine years there. Apa khabar?

-Baik Alhamdulillah. Kamu boleh cakap Melayu?

+Ya. Kamu mahu cari masjid kah?

-Ya. 

+Ambil jalan ini ya. 

-Terima kasih banyak Akbar. Assalamualaikum

-Waalaikumsalam



Maaf pakcik Akbar, tidak dapat berbual lama. Agak canggung mematikan perbualan begitu sahaja. Tahun 1996, mengimbau kenangan darjah dua saya. Berpindah ke sekolah dan rumah yang baru. 22 tahun yang lalu, bererti sudah lebih 2 dekad kerajaan Malaysia mengambil pekerja antarabangsa meransang kemajuan ekonomi negara. Oh ya, lebih kebelakangan tahun dari itu, kami pernah berjiran dengan pakcik Rahmat. Pekerja Indonesia yang menggantikan tempat bapak berkhidmat di ladang itik Pekan Nenas itu. 


Sekarang pasti mereka lebih maju ke hadapan langkahnya meninggalkan tanah air saya. Mereka berkhidmat di negara maju pula seperti pakcik Akbar ini. Tukaran wang gaji yang lebih besar, peluang menjadi penduduk tetap juga besar, pekerjaan yang lebih menjamin ekononmi keluarga dan peluang berdakwah yang lebih terbuka jaringannya.

Tuesday, January 26, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #12: Solat Pertama

| WOKING & READING

Kami segera berangkat ke stesen petrol kedua. Alhamdulillah, ada simcard yang cuma kurang satu pound harganya. Tetapi saya memerlukan bantuan untuk membuat pilihan. 



-Yes sister how I can help you?


+Oh, I don’t know which simcard should I choose.

-I do not know much. But I think Orange pack is okay with 1GB free data after you put 10 pound of credit. 

+Thank you brother, I will take this pack. 

-What is your name?

+My name is Syukri.

-Alhamdulillah. Nice to meet you. Do you know any nearest mosque here? We want to pray, it seem we are almost near to Magrib. We want to make Jamak for Zohr and Asr. 

+There have a mosque here. I always do Juma pray there. 

-Only for Jumaat?

-I am not sure, because I am praying here, and go for Juma pray there. 

+It is far from here?

-Nope. But it quit difficult to reach now, because I need to explain to you clearly seem you a very new. By the way, you can pray here. I can give you box and set the place for you.

+Alhamdulillah thank you so much brother. Really appreciate it. 

-Alhamdulillah. You pay the simcard first, I will find a box for you.



Ya Allah, tak terkata indahnya permulaan perjalanan kami di sini. Bertemu dengan Muslim demi Muslim. Terima kasih banyak Bro Syukri, kamu dan rakan-rakan kamu amat banyak membantu kami. Moga Allah melancarkan segala urusan kamu di dunia dan akhirat.

Dan solat yang pertama kami lakukan dalam perjalanan di didirrikan di stesen petrol ini. Beralaskan kotak-kotak di lantai luar stesen, bertiangkan langit yang terbuka, dalam rintik-rintik hujan yang lembut menyapa, begitu juga angin yang melayarkan cinta kepada Tuhan, kami bergilir-gilir menunaikan solat. Bahagia. Bahagia sekali. 

Nikmat luar biasa. Moga sepanjang perjalanan, rohani mewangi. Mewangi dari awal tiap perjalanan hingga ke akhirnya. Sebelum memulai perjalanan, kami berbincang sebentar. Keputusan memandu kami berangkat terus ke Woking di Surrey. Negeri pertama yang harus segera kami singgah sebelum semua pekerja London berangkat pulang ke rumah masing-masing dan memenuhi banyak jalan utama. 



Saya bertemu dengan kawan Syukri di kauter stesen, dan bertanya soal jalan yang perlu diambil untuk ke Woking. Beberapa kali kami berhenti dan bertanya lagi. Simcard itu sepertinya tidak membantu dengan baik. Ada sesuatu yang belum selesai atau tidak kami fahami kaedah yang betul. Satu jam berikutnya kami Berjaya keluar dari kota London dan mengikuti papan tanda menuju ke Woking. Lega.

Monday, January 25, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #11: Gatwick Airport

| WOKING & READING

Alhamdulillah kami tiba dengan selamatnya di Gatwick airport, Londonshire. Segala urusan kastam dan bagasi juga berjalan dengan lancar. Cuma jiwa dan fikiran sedang mengambil waktu untuk menyesuaikan keadaan. Sudah. Mar, kamu sedang menjadi tamu United Kingdom. Percayalah, lihatlah semua ini, bangsa kulit putih mengucapkan ‘Selamat Datang’ kepada kita, membantu selok-belok lapangan terbang hingga bertemu kita dengan agen kereta kan? 

Benar-benar letaknya agen kereta di dalam Hotel Hilton. Melintasi lobi Hilton pun sudah senyum selebar-lebarnya. Walaupun urusan kereta memakan masa beberapa jam, saya mempelajari sesuatu. Bangsa Inggeris begitu serius menyambut segala macam laporan, pertanyaan, persoalan, penghargaan serta segala macam hal dalam urusan pentadbiran. Berdiri tegak, senyum, berkata-kata dengan penuh sopan santun dan berbudi bahasa. Very gentlemen. Pengenalan yang baik. Nice to meet you Englishman.

Setelah selesai urusan, baru saya benar-benar menyedari, hujan rintik-rintik membasahi bumi England. Sedikit dingin, mengenakan jaket sebelum berangkat memulakan perjalanan. Yang pertama sekali harus dilakukan adalah isi minyak dan tunaikan solat segera di masjid berdekatan. Mengambil peluang yang ada, saya melayari internet dengan percuma. 1 minit, siap. Ada masjid terdekat.



-I want to pay for petrol. 30 pound. 

+Oh have put the petrol?

-Not yet.

+You should put the petrol first. Then you come again here to do the payment. 



Saya berlari anak ke kereta, memaklumakan mereka untuk mengisi petrol dahulu sebelum pembayaran. Bukan saja saya, mereka turut terkejut. 60 Pound cukup untuk mengisi penuh tangki kereta Ford Fiesta. Berlari ke dalam stesen minyak kembali.



-It allowed ya to pay buy debit card?

+Yes. Sure. 

-It different ya with your country? You pay first and fill the fuel?

+Yes it different. 

-Where are you came form? Indonesia?

+Malaysia. Indonesia is my coutry’s neighbor. We speak in a same language.

-Apa khabar?

+Khabar Baik. Awak boleh cakap Melayu?

-Saya pernah bekerja di Indonesia.

+MasyAllah, nice to meet you.

-You too. Have a nice evening. 

+Oh sorry brother, do you know how can I buy British simcard?

-In Jusco. But you can try in another petrol station just around here.



Saya mencuri pandang tanda nama lelaki Asia Tengah itu. Abdul. Namanya, Abdul. SubhanAllah. Rasa ingin menari-nari di dalam rintik hujan. Semangat saya memberitahu mereka, yang saya sudah menemui Muslim pertama di bumi United Kingdom. Muslim yang berbahasa Nusantara pula tu.

Maaf Bro Abdul, kerana kamu sedang bertugas dan saya pula perlu segera berangkat untuk solat, jadi kita tidak boleh berbual lebih lama. Terima kasih atas banyak bantuan kamu. Moga Allah memberkati dan melancarkan perkerjaan kamu di bumi UK ini.


Thursday, January 21, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #10: Kuda Bersayap

| ISTANBUL

It`s so hard to explain
What I`m feeling
But I guess it`s ok
Cause I`ll keep believing

There`s something deep inside
Something that`s calling
It`s calling you and I
It`s taking us up high

Healing, a simple act of kindness bring such meaning
A Smile can change a life lets start believing
And feeling, let`s start healing

Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It`s nature`s order

There is a hidden force
Pulling us closer
It`s pulling you and I
It`s pulling us up high

To healing, a simple act of kindness brings such meaning
A Smile can change a life lets start believing
And feeling, let`s start healing

Hearts in the hand of another heart and in God`s hand are all hearts
An eye takes care of another eye and from God`s eye nothing hides

Seek only to give and you`ll receive
So, heal and you will be healed
And feeling, let`s start healing




Pengembaraan. Sesuatu yang menyembuhkan dari dalam. Ini lagu kegemaran saya saat memulihkan dan memujuk jiwa. Lagu ‘Healing’ berkumandang dan menjentik-jentik gegendang telingan. Headphone diangkat setelah mereka berdua tidur lena. Beralas kepala masing-masing. 

Travelog dan pena mula bermain ski. Mendaratkan banyak kata. Allahuakbar. Alhamdulillah. SubhanAllah. Tinggi melangit moga ke bumi hendaknya jiwa sang hamba. Sungguh indah duhai langit Ilahi. Melangit itu mengkerdilkan jiwa. Luas. Terlalu luas untuk diceritakan lautan awan gemawan tak berpenghujung. 

Atas nikmat pengembaraan ini, dogengan kuda bersayap Mat Salleh; Pegasus, menjadi reality. Benar-benar menerbangkan saya meneroka langit-langit tak bertiang ke bumi. Terima kasih Pegasus Airline. 



-Kak tengok tu, saya ada nampak salji atas gunung-ganang tu. 

+Snow cap

-Oh ini namamnya snow cap?



Bro Ibrahim mengangguk. Semakin kami mendekati Eropah tengah, semakin banyak gunung-ganang mempertontonkan keindahan topi-topi putihnya. Filem semula jadi yang terlalu indah. Ajaib sekali. Kamera dipetik beberapa kali. Lalu kamera berehat, dan mata terus menatap. Semua Allah yang punya.

Dalam diam, hati terus berdoa, moga bertemu salju-salju di United Kingdom. Tak di England, di puncak gunung-gunung Scotland. Pasang niat kuat-kuat. Kita dalam magikanya kerajaan langit. Ayuh berdoa.


Di bawah langitmu
Bersujud semua
Memuji memuja asmaMu
Dan bertasbih semua
MakhlukMu tunduk
Mengharap cinta dan kasihMu
Cahaya Ilahi
Hangatnya di hati
Di langkah sejuta wajah
Terbata penuh salah
Jalani sang hidup
Terluka terhempas berdosa
Hitam putih jalan hidup
Pahit getir warna dunia
Tangis tawa rasa hati
Terluka atau bahagia
Rasa bangga sementara
Setiap duka tak abadi
Semuanya wajah kan dipuji

Pada Allah kita kan kembali
Lirik |Di Bawah LangitMu
Opick| 2011



Wednesday, January 20, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #9: ILIM

| ISTANBUL

Kami bertamu ke ILIM sebelum berlepas ke London pada keesokan hari. Kami memasak di dapur ILIM sambil menunggu teman saya, Hakan iaitu Coordinator bagi ILIM ini. ILIM- The Istanbul Foundation of Science and Culture ini bertindak sebagai yayasan yang memusatkan pelbagai kajian terhadap Risalah Nur; himpunan risalah oleh seorang ulama terkemuka Turki. Beliau adalah Said Nursi Bediuzzaman. 

Yayasan ini mengembangkan risalah-risalah tersebut kepada pelbagai kajian yang dilakukan oleh ramai pelajar pelbagai bidang di seluruh dunia termasuk Malaysia. Pelbagai pertemuan pernah berlaku antara kami, di mana ILIM juga turut menyambut baik lawatan dan perkongsian ilmu antara mereka dengan pelancong dan pengunjung serata dunia yang berkunjung ke Istanbul. 

Sambil-sambil kami menunggu Hakan, kami berbual bicara bersama salah seorang sukarelawan di ILIM. Beliau adalah Ehsan, turut bertindak sebagai pelajar master kedua di bawah biasiswa ILIM yang mengkaji tentang sosiologi di bumi India. 


-Ehsan, when I walked around in Sultanahmet this morning, a made conversation with a guy. He said that Hagia Sophia will turn to mosque again. What do you think about it?

+Of course I agree if it turn to mosque. Along discussion about that. Political, economy and so on make it difficult. People said Islam win from that building. No, Islam doesn’t win from that way of course.

-He tought that, it related to economy. If Hagia Sophia turn to the mosque, it should be free enterance like other mosque. So no income from museum ticket.

-Yes. It can be remain as museum. We need money. Money is import too right? Said Nursi, the author of Risalah Nur also wish that the museum turn back to mosque again. Sure, I am glad to have a mosque. But, the mosque important is inside. We have mosque but nobody go to the mosque. We must attract people to go to the mosque. It begins from here. Iman, tauhid in here. 



Tangan Ehsan mendakap ke dada. Perbualan Ehsan bersama Bro Ibrahim membuat semua orang senyap. Terkedu dengan jawapan Ehsan. Benar sekali kata Ehsan. 

Dalam beberapa kali kedatangan saya ke Istanbul ini, saya melihat keindahan para jemaah berbaris dalam saf yang tegap dan lurus hingga kadang kala mengambil ruang halaman luar masjid. Ini Bandar paling besar dan tersibuk di Turki. Populasinya melebihi jumlah kesemua rakyat Malaysia. 

Membayangkan setiap kali ibadah solat Jumaat berlangsung, semua orang di bandar ini berbaris dalam saf di mana-mana sisi bandar. Kerana, 1001 masjid yang ada tidak dapat menampung keramaian jemaah solat. Tiada lagi mereka yang tidak segan silu sedang makan, membeli- belah dan berjalan ketika solat Jumaat sedang berlangsung. 

Tapi, ini kota yang banyak mengajar saya erti tidak berputus asa menegakkan ajaran Islam. Bukan sahaja kota ini, malah kerajaan Turki ini khususnya. Pada bulan Ramadhan, masjid-masjid meriah berhiaskan lampu memanggil tetamu untuk beribadah atau menjenguk sebentar apa yang berlaku di sekitar masjid. Pesta buku berdiri segak di sisi Masjid Beyazid II selama sebulan. Disampingnya, khemah besar dan pentas turut bersuara sepanjang malam silih berganti mendendangkan syair, nasyid, teater dan pelbagai macam persembahan. 

Pesta di sisi Masjid Biru pula terang benderang meraikan para pengunjung menikmati juadah makanan dan pelbagai kraf. Sedang solat Terawih didirikan di dalam masjid, komuniti dan pelancong tidak segan silu menghadiri pelbagai aktiviti di sekitar masjid. Hal yang baik bukan, kerajaan memanggil rakyatnya mendekati masjid sebegini caranya. Lama- kelamaan, rakyat merasa selesa dan semakin rapat dengan institusi masjid. Belum lagi kisah kemeriahan iftar terbuka di semua masjid besar. 

Pelbagai macam kisah pembangunan Islam di Istanbul dan Turki. InsyAllah nanti saya khabarkan dalam travelog Turki. Dalam waktu yang sama, Turki juga tidak melepaskan peluang menyebarkan dakwah di luar sempadan Turki. Tradisi para sultan sebelum ini mengembangkan empayar islam di wilayah Eropah masih berterus hingga kini. 

Terdapat beberapa institusi Turki bertapak di bumi United Kingdom. Termasuklah dua buah masjid yang terkenal di ceruk kota London. Iaitu Aziziye Mosque di Newington Road dan Suleymaniye Mosque di Kingsland Road. Sebuah takdir, ketika kami bertemu Hakan, kami membicarakan soal kunjungannya di London baru-baru ini. Dia mencadangkan kepada kami agar singgah ke dua-dua buah masjid yang terlintas di fikiran saya tadi. 

Masing-masing keletihan, dan nampakanya perbualan tidak berpanjangan. Kami bercadang untuk ke ILIM lagi setelah kembali dari UK untuk berkongsi perihal pengembaraan ini dengan Hakan yang bersungguh mahu mengikuti trip kami. Hakan, ILIM ini memerlukan khidmat kamu tanpa ada batas waktu dan cuti. Bagaimana kamu yang sesibuk ini boleh memiliki dua ijazah pertama, dua ijazah sarjana, dan sekarang baru menamatkan dua buah ijazah kedoktoran?




Friday, January 15, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #8: Qatar Airway

| ISTANBUL

-Bila kali terakhir akak berada di UK?

+Em 12 tahun lalu. Di London sahaja. 



Qatar Airway sedang membawa kami menerobos awan gemawan yang entah di lapisan langit yang mana satu. Kak Edward berimpian memerhatikan kembali kampong keduanya, United Kingdom. Selain dia pernah menetap di Scotland bersama suami dan anak-anak selama 2 tahun, dia sememangnya berdarah Inggeris dari keluarga Edward. Nama sebenarnya adalah Hayati Edward, namun senang saya memanggilnya dengan nama keduanya. 

Fikiran saya melayang ke dalam memori setahun lalu, pengembaraan pertama kami di Turki yang menjelaskan kondosi Tanah Inggeris yang selama ini disalahertikan oleh saya. 



-Kak Edward, apa beza England dengan UK, bukan ke sama?

+Oh, England tu dalam United Kingdom atau kesatuan sebuah kerajaan. Dalam UK ada England, Wales, Scotland dan Northen Island.

-Oh saya ingatkan UK negara lain, dan England lain. Ireland bukan dalam UK ya kak?

+Bukan, Northen Ireland yes. 

-Kiranya ada dua negara ada perkataan ‘Ireland’ dalam nama mereka?

+Ya, mereka duduk dalam pulau yang sama. Macam Sabah dan Sarawak tapi negara lain



Penerbangan panjang menuju ke Qatar sebelum bersambung ke Turki ini tidak dapat memujuk mata untuk tidur. Tetapi, membawa fikiran melayang jauh dan kadang terawang-awang di atas awan membayangkan kerajaan langit yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. 

Banyak bahan bacaan telah bergabung dalam satu buku catitan sebagai bekal. Tapi semakin banyak membacanya, semakin banyak hal yang saya tidak tahu. Semakin banyak membaca tentang Islam dan Muslim di United Kingdom, semakin merasa tidak tahu apa-apa. 

Peluang berada di dalam dakapan pengembaraan, sebanyak-banyaknya mahu berdoa. Apatah lagi sedang dipeluk kerajaan langit. Sudah tidak punya apa, melainkan punya harapan dalam doa. Walaupun ada teman kembara, masih perlu berdoa moga hubungan baik-baik saja sepanjang jalan. Allah sebaik-baiknya teman. Allah, sebaik-baiknya pemandu keputusan. Allah yang Maha Mentadbir segala urusan, sesungguhnya kami tidak mampu.


Travelog Jejak Masjid UK #7: Teman Kembara

| SANGLANG

Saya, Kak Fatiya bersama tiga lagi rakannya menyambut kedatangan Kak Edward dan suaminya di pintu masuk. Kak Edward memeluk erat Kak Fatiya. Setahun lalu, kami berempat mengembara bersama ke bumi Kayseri dan Istanbul di Turki dalam misi jelajah dua tokoh Uthmaniyyah iaitu Mimar Sinan dan Sultan Abdul Hamid II. 

Kami tidak dapat berborak lama, Kak Fatiya dan teman-teman perlu berangkat segera keluar dari KLIA sebelum gerabak terakhir meninggalkan landasan. Kami bertiga pula menghantar mereka ke stesen. Pelukan berbalas, doa-doa terbang ke langit, dan salam bersambut. Ada nada sendu sedang ditahan-tahan. 

Kami memerhati gerak geri Kak Fatiya hingga dia memasuki gerabak. Langsung tidak menoleh ke arah kami. Bersedih ke Kak Fatiya? Allah memilih akak untuk keperluan yang ada di Malaysia. Doakan kami ya, Kak Fatiya. Doakan kami. 

Kak Fatiya, salah seorang teman kembara kesayangan saya. Gerak hati mengatakan ingin sekali kembara lagi mengembara dengannya, bermaksud saya senang bertemankan dia semasa mengembara. Dia terlibat dalam pembangunan rohani dan fizikal saya, sepanjang kami bersama dan tidak. Ketemu lagi kak. 

Kami melangkah pergi ke arena perlepasan. Tidur dan menanti waktu penerbangan pada jam 9.30 pagi nanti. Tak sangka, Kak Edward dan Bro Ibrahim datang ke KLIA seawal ini, sedangkan boleh saja mereka bergerak pagi nanti dari rumah adiknya di Putrajaya. Ini sudah bagus sekali, pengenalan awal bagi pengembaraan kedua. 

Bro Ibrahim bekerja sebagai pegawai polis. Bukan masalah besar bagi seseorang yang bekerja dalam badan berseragam mendepani gaya pengembaraan ‘asal-boleh’ begini. Kak Edward? Seorang guru Bahasa Inggeris. Bukan juga masalah besar baginya, dari zaman kanak-kanaknya hingga kini, dia setia berkhidmat dalam persatuan pengakap. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Kalian berdua, orang-orang 40-an yang unik. Oh tahun 2016 ini, bererti sudah 50 tahun kan kalian? Sementara emak dan bapak saya bakal memasuki alam 60 tahun.

Thursday, January 14, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #6: Hasanah TV

| SANGLANG

Saya lewat bertemu Team Hasanah TV di Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Maaf kalian, saya tak uruskan tiket bas ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi masa sekitar 2 jam bersama ini amat bermakna dan penuh dengan ilmu dan motivasi baru. 


-Dia ni khazanah yang kita kena korek

+Tidaklah kak. Saya tidak ada apa pun. Saya tak kongsikan pasal travel saya. Ini rezeki Allah bertemu kalian. Ruang saya berkongsi dalam bentuk team.

-Hehehe. Sekarang kita guna ‘KembaraKauAku (KKA)’ ni utuk kerjasama kita. Untuk trip seterusnya kita gunakan ‘Jejak’ KKA ni untuk branding.

+Setuju lepas ni kita buat ‘Jejak Masjid Singapura II’, Jejak Hamka dan lain-lain.


Mereka, entah ramuan apa terkandung dalam dedikasi dan ukhuwah antara mereka. Mereka adalah team yang berimpian besar untuk memiliki Siaran TV sendiri suatu masa nanti. Mulai penyiarannya dengan medan Youtube sebagai wadah perkongsian dokumentari buat ummah. Terima kasih kalian kerana sudi bekerjasama dengan KKA dalam misi memaknakan nilai sebuah pengembaraan.




KembaraKauAku (KKA); Pengembaraan kau juga pengembaraan ku, begitu juga sebaliknya.  Sama ada engkau atau aku yang memulai pengembaraan dahulu, lalu berkongsi, dapatlah kita mengembara dengan perkongsian itu.  KKA mengetengahkan idea bagaimana memaknakan pengembaraan yang seimbang dari segi rohani dan fizikal. Terasa bermakna ketika berkongsi dan mendapat faedahnya bersama buat makanan jiwa.

‘Jejak’ pula, kata pokok bagi semua tajuk projek pengembaraan yang ingin kami anjurkan. Menjejak cebisan-cebisan jiwa yang tersebar di merata lipatan bumi, menjejak sejarah dan sirah buat pengajaran, dan menjejak ilmu pengetahuan dalam mendapat redha Ilahi.

KFC & EPOK-EPOK, KLIA
When Hasanah TV meet KKA
Everything just about Travel

Travelog Jejak Masjid UK #5: Wira & Mayang Sari

| SANGLANG
WIRA

Perbualan semakin rancak. Makcik saudara rupanya sebelah bapak, Cik Imah. Orang Parit Gantung, kelihatan muda, rupanya anak pertama saja sudah sebaya saya. Sembilan anak kesemuanya. Berborak kami berdua hingga mendekati pinggiran Bandar Pontian.


-Pak cik hantar sekejap ya akak ni kat Parit Masjid

+Boleh pakcik

-Sedare awak kan? Boleh tahu rumah kat mana kan?

_______________________________

-Pernah lalu sini ke dik?

+Pernah kak, dulu lepas SPM saya kerja kat kilang tadi tu

-Oh kilang Wearns tu. Dah tutup dah.

+Oh dah lama tutup ke kak?

-Dah 5 ke 6 tahun jugak

_______________________________

-Hah kan dah kenal sedara

+Haah pakcik. Anak muda sekarang macam saya kurang kenal sedara dah

-Betul tu. Raya taknak pergi ziarah-ziarah dah sekarang. Tak kenal sepupu, dua pupu semua.

+Akak tadi kira dua pupu bapak saya


Setuju pakcik. Teksi Wira berwarna merah hati  terus menderu ke jantung Pontian kecil. 



MAYANG SARI

Sayu meninggalkan kampung halaman telah bertandang. Mengambil segenap suara. Senyap sambil menunggu bas Mayang Sari. Jam 3.30 petang, bas dua tingkat mula berangkat perlahan-lahan meninggalkan stesen bas. Saya duduk bersebelahan dengan seorang wanita lebih kurang sebaya emak saya; makcik Rozi.



-Biasanya, makcik naik bas, makcik buat apa?

+Makcik zikir. Sampai Putrajaya dah 1000 ke 2000.

-SubhanAllah.

+Makcik tak pandai tidur dalam bas. Tapi ni dapat borak-borak. Adik buat apa?

-Kadang saya baca buku, tapi lama tak naik bas jadi baca buku dalam bas macam pening sikit.



Ada kerusi kosong di hadapan kami. Kerusi kegemaran saya, kerusi paling depan menghadap bebas panorama dari depan bas. Makcik cadangkan kepada saya untuk duduk di hadapan. Lalu saya mengambil tempat duduk hadapan. Oh makcik lapar rupanya, beg plastik makanan makcik sedang berbunyi gerak-gerinya di belakang saya. Lucu.

Dalam perjalanan, kepekaan terhadap bantuan dan anugerah semakin tinggi dari kebiasaan. Sepertinya Allah selalu hantar seseorang untuk kita. Kehadiran mereka membawa sesuatu pengajaran yang menyedarkan kita dari lena yang panjang. Alhamduliillah. Saya menulis travelog sambil leka melayani  travel mood.


Wednesday, January 13, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #4: Bapak

| SANGLANG

-Pak ini ada duit sikit 

+Banyaknya 

-Takpa, Ahad kan hari jadi bapak. 

+Terima kasih, oh Ahad ni hari jadi bapak ya? 

-Haah. 

+Jaga keselamatan tu. Baik-baik. 


Bapak, orang Jawa Batu Pahat. Bapak selalu perlu diingatkan tarikh-tarikh penting 15 orang sekeluarga. Tambahan 6 orang lagi, ipar duai dan anak saudara. Saya melepaskan tangan tua berurat dawai bapak. ‘Jaga Keselamatan’ kata-kata kegemaran bapak untuk anak-anak sebelum memulakan sebuah perjalanan yang jauh walaupun sekadar pulang ke rumah masing-masing di negeri yang sama. Ringkas, bermakna untuk semua tindak-tanduk sepanjang perjalanan. 

Bapak. Bapak jugak sang petualang suatu ketika dahulu. Mengembara ke kota Singapura dan bekerja sebagai buruh. Bapak menjadi penyumbang besar pada banyak pembangunan flat-flat lama yang kini diulit sejarah. Sejarah bapak juga telah tercipta di daerah asing itu, menemukan jodohnya dengan emak. Dan, daerah itu tidak menjadi asing. Kampong kedua saya. 

Saya berangkat ke pekan Sanglang. Terima kasih Maamor tolong hantarkan dengan motorsikal. Terasa lama bahu tidak menggalas beban. Oh bukan beban, tapi bekalan dan keperluan. Pecutan teksi tak sebanyak dulu. Semua orang telah banyak menggunakan khidmat kereta sendiri. Perlu menunggu sedikit waktu, dalam hujan saya menahan sebuah teksi.

Travelog Jejak Masjid UK #3: Emak

| SANGLANG

Hari ini, hari keberangkatan saya ke Kuala Lumpur. Trauma ketinggalan kapal terbang dan sebagai persediaan awal sebelum menghadapai apa-apa hal di tengah perjalanan, saya biasanya berangkat awal ke lapangan terbang. 

Kadang keberangkatan awal itu, saya sengajakan untuk mengambil mood perjalanan. Ruang-ruang berdoa lebih banyak, kesempatan memaklumakn kepada orang terdekat dan meminta doa dari mereka, bab memperbaiki niat kembara, mendekat momen rindu kepada emak bapak dan keluarga, mengucapkan salam bertemu lagi dengan lebih nyaman, menstabilkan jiwa saat meninggalkan kampong dan negara dan memperkemas keadaan diri menghadapi pengembaraan yang tak menentu.

-Kalau nak tahan sambalnya, ko goring lada kering dengan bawang. Baeang putih letak sikit je. Tumbuk semua, lepas tu tumis sikit untuk tahan lebih lama. Lepas tu gaul dengan tempe dengan ikan bilis. Ikan bilisnya jangan semua buat gaulnya, amik sikit untuk tumbuk biar bau ikan bilis. Letak garam dengan gula. Lepas tu tapis sekejap buang minyak. Sedap tu.


+Sedapnya!. Mak, buatkan epok-epok semapt tak. 

-Dah pukul berapa ni, mak nak masak lauk.

+Mak tak payah jual kuih kat Wak Basir eh. Buatkan untuk saya. Boleh makan dengan kawan-kawan nanti nak tunggu flight

-Yelah. Inti sardin semalam pun ada lagi.


Emak, berborak macam nak cari gaduh. Orang Singapura memang ada bau ‘gangster’ dalam percakapan mereka kadang-kadang. Terima kasih mak, untuk sambal ikan bilis tempe. Orang berdarah Jawa memang tempe makanan dia. Epok-epok pula, sebahagian besar orang Johor menggunakan sebutan tu sebagai ganti kepada karipap. 

Emak, orang paling tabah di dunia pernah saya kenal. Bukan dia seorang pengembara, lebih dari itu. Berkorban jiwa dan raga meninggalkan tanah airnya Singapura buat keluarga tercinta di Selatan Malaysia ini. Emak yang tak pernah ingin melepaskan kewarnegaraannya, baginya cinta terhadap tanah airnya adalah cinta besar yang tidak mahu dilepaskan bagaikan kecintaan terhadap anak-anaknya. 

Emak, pemutus kata keluarga mengizinkan saya mengembara. Pergi tapi jangan sesekali mengggugat kepercayaan si emak, kau takkan pergi lagi sebagai akibat. Mungkin kerana ada darah pengembara dari seorang emak mengalir dalam jiwa ini, sepertinya mahu saja menunaikan impian mengembara emak. Tak senang pergi tanpa melihat wajahnya, bekalan dari air tangannya, dan menulis tanpa ada nama emak. 

Suatu waktu nanti kita sekeluarga menunaikan umrah bersama ya emak.


Tuesday, January 12, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #2: Catitan 24 November II

| SANGLANG

Ketiga, saya ingin memerhati kehidupan negara penjajah yang satu ini. Bangsa yang bertahun-tahun memerangi Muslim di Palestin atas nama agama mereka, Kristian. Agama yang paling saya geruni. Sungguh, memasuki sebuah tokong Budha, dan kuil Hindu atau gereja Ortodhok bukan tidak menggugah iman. Kerana jelas sekali, berhala dan patung menjadi bahan sembahan mereka secara terang-terangan menandakan persekutuan terhadap Allah. 

Tapi, berbeza dengan gereja Khatolik, iman selalu minta untuk mengintai, lalu takut sendiri. Suatu hari, saya dan teman kembara memasuki sebuah gereja di Macau. Cuma kami berdua dan seorang petugas yang ada di dalam gereja tersebut. Tersenyum petugas itu mempelawa kami masuk. Sudah tugas dia menyambut kami baik, kerana gereja-gereja di sini membuka seluas-luasnya ruang kepada para pelancong yang ingin membuat lawatan. 

Nah, lalu saya tahu apa perasaannya. Mula-mula perasaan takut dan seram menyelubungi, tetapi berikutnya ketenangan mengambil alih. Semuanya soal iman dan fahma terhadap ilmu, insyAllah baik-baik saja semuanya. 

Sepanjang kajian dan bacaan, jiwa tersedu-sedan mengagumi Muslim di Barat. Memasuki gereja itu bukan menjadi soal besar, malah hal besar lagi dikagumi adalah dakwah yang terlancar di dalam gereja. Lebih dari itu, Muslim di Tanah Inggeris mengambil alih gereja-gereja yang terbiar, mewangi rohani Islam setelah bertukar menjadi masjid.

Perang I dan II, membawa masuk berbondong-bondong Muslim dari pelbagai negara ke Barat, bertujuan untuk membangun semula insfrastruktur bandar dan kota. Bermula sebagai menjalani tangungjawab kerja dan menunaikan fardu kifayah, dengan sabar dan doa, perkembangan mereka semakin cemerlang berdekad-dekad lamanya. Mereka merintangi ujian dan cabaran membangun Islam secara tersembunyi, sedikit demi sedikit. Kini, terbuka hingga mata dunia turut memberi tumpuan kepada perkembangan Islam di Barat. 

Aku tidak datang ke negaramu sebagai terrorist. Itu nama kau yang dulu, benar kan? Engkau yang merobek tanah airku dan tanah bangsa lain. Tanah-tanah yang luka ini duduk di bawah satu kategori; Komanwel. Engkau merampas hasil bumi kami, mendagang dan meletakkan cukai sesuka hati. Panjang sekali kisah luka-luka ini.

Aku tidak mahu melihat engkau sebagai penjajah lagi. Jika aku tidak begitu, Muslim yang lain melihat engkau pada persepsi yang lain. Kerana itu mereka lebih kehadapan langkahnya, menyayangimu sebagai sebuah wilayah Islam. Mereka menanam benih-benih islam di dada engkau, lama dahulu. Sekarang mereka sedang bekerja keras memetik buahnya, dan kembali menyemai benih dengan lebih banyak.

Aku datang kepadamu duhai Tanah Inggeris, kerana aku ingin berkongsi kebaikan kamu menyantuni Islam, dan menyaksikan persembahan dari perkembangan Islam yang telah kau terima kehadirannya sejak dahulu. Banyak kebaikan engkau yang mahu ku lihat, fikir, rasa dan aplikasi dalam diri ini. Sambutlah kedatanganku, moga baik-baik saja diriku sebagai penerokamu.

“Pada pandangan Barat penjelajahan dan penerokaan yang dilakukan oleh mereka tertumpu kepada tiga aspek besar iaitu tiga G (Gospel, Glory and Gold, yakni, agama, politik dan ekonomi). Matlamat akhir mereka ialah penjajahan ke atas negeri-negeri yang ditaklukinya. Mereka tidak melihat lebih daripada itu kerana tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan kuasa dan keuntungan tanpa menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat setempat. Berbeza dengan konsep penjelajahan dan penerokaan dari persepsi Islam keran matlamat utama mereka adalah menjaga kebajikan dan keadilan sesuai dengan tuntutan ajaran agama Islam itu sendiri. Islam menekankan tiga aspek besar iaitu tiga P (pembebesan, pengislaman dan pengintelekktualan). Pembebasan dari aspek politik, ekonomi dan kebudayaan, manakala pengintelektulan pula terbahagi kepada ilmu astronomi, ilmu geografi dan perubatan.”

Tamadun Islam
Mahayudin Hj. Yahaya, 1988

Travelog Jejak Masjid UK #1: Catitan 24 November

| Sanglang



Lampiran demi lampiran laman web bersilih ganti menarik tumpuan mata. Fikiran semakin melesu. Bahu mula melenguh minta senaman ringan. Rehat. Kondisi meja kerja yang berserakan mungkin mempengaruhi kesungguhan membaca. Bersabar ya meja, sikit lagi akanku kemas kembali keadaanmu. Menarik diri ke ruang tamu, saya memilih untuk menonton televisyen.

Ya Allah, tekadku belum membulat. Semangat belum membesarkan jiwa kembara. Budget perjalanan sering melintasi fikiran, mengapa ia jadi pokok utama. Yakinlah dengan Allah Yang Maha Mendegar, apatah lagi doa-doa. Yang Maha Kuasa atas segala urusan, yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Kau kata kan mahu menjelajah untuk ummah ini? Mahu berkongsikan perjalanan rohani engkau dengan orang lain? Itu kan azam engkau, menginspirasi banyak orang untuk mengrohanikan dan memaknakan tiap pengembaraan mereka? Itu kan sebuah perjuangan murni.

Berdoa lagi, berniat yang baik-baik lagi, Allah sedang aturkan sesuatu secara misteri untuk engkau. Hati memujuk diri. Siaran demi siaran bertkar ganti. ‘Geography Channel People-Bangkok Airport’, mempamerkan salah satu lapangan terbang tersibuk di dunia. ‘Sawadikap’ buat ratusan ribu bangsa saban hari diiringi senyuman manis-manis.

‘Orang British yang angkuh’, sarikata jujur berbaris di ruangan bawah siaran. Apa benar semua orang British terlihat angkuh? Majoriti? Tak semua mereka yang keluar dari negeri sendiri mencerminkan jatidiri negeri. Apa lagi mencerminkan tanah yang lebih besar; negara. Jika benar, bagaimana ya Muslim Eropah menghadam sikap-sikap angkuh dan egois bangsa Inggeris dengan nilai murni akhlak Islam. Dalam menghadam, ada proses sulaman. Sulaman keindahan Islam.

Kedua, langsung saya teringat. DIVA, stesen televisiyen kegemaran saya. Tiap pagi, kami yang berbaki di rumah mengasah kepala dengan rancangan dan program penyiasatan. Entah benar atau salah aksinya dari dunia realiti itu saya menolaknya ke tepi sebentar. Dari Amerika atau Eropah, ia rancangan Inggeris yang jarang sekali mempertontonkan kebaikan Muslim. Bahkan sibuk mempromosikan siapa ‘Terrorist’. Sungguh padahal saya yakin, tidak ada Muslim yang sanggup melakonkan watak sebegitu, pasti agenda lakonan mereka sendiri.

Saya ingin memerhati sejauh mana tanggapan ‘terrorist’ terhadap Muslim di UK. Begitu juga racun ‘Islamiphobia’, bagaimana resapannya? Oh kembali kepada memori sekitar 8 atau 9 tahun lalu. Saya pernah menonton filem Iron Man, terkejut dengan superhero itu yang memberi perlindungan kepada Muslim di salah satu buah negara di Timur Tengah Asia. Bererti, sekali lagi tidak semua mencerminkan asal usul mereka.


Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.