Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Showing posts with label Travelog Jogjakarta. Show all posts
Showing posts with label Travelog Jogjakarta. Show all posts

Friday, June 12, 2015

Travelog Jogjakarta #4 : Paparan PDF


Sempat saya memuat turun beberapa jurnal dan tesis terkait Jogjakarta. Tips, mecari maklumat di internet itu baiknya dengan kata kunci dan hujungnya punya ‘PDF’, kebiasaaannya maklumat yang jelas dan bagus dipaparkan dalam bentuk PDF, dari banyak buku akademik, kajian, dan sumber terpercaya. Dan saya lebih menyukai buku, boleh merasa semangatnya pada pegangan buku. Tapi tiada buku yang diusahakan untuk dibeli, maka PDF jadi pilihan kali ini disamping buku yang dibaca Aimi. Itu kesempatan yang saya ambil. Berharap kepala terisi maklumat soal kota itu. 

Sungguh saya tidak bersiap sedia dengan membekali diri dengan beberapa maklumat pun. Pekerjaan saya adalah adalah trip organizer. Mengatur kerjaan sekitar urusan lawatan, trip, perbincangan, pertemuan dan lain-lain di luar negara. Tetapi tidak kali ini, boleh dikatakan kesemuanya dibawah pengurusan teman-teman pengembaraan aku. Bersalah. Tugas di turki seminggu lalu dijadikan alasan. Kebiasannya juga saya pasti menyesal tidak membaca dahulu sebelum mengembara. Tidak ada bekalan di kepala, tidak ada persoalan dan info yang boleh merancakkan lagi pengembaraan fikiran. Jadi lelah fizikal dan kepala berat tak tercapai jawapan. Penat. Jadi harus saya membaca atau paling tidak bawa bahan bacaan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Travelogku mencatit lagi, nota ringkas dari bacaanku pada paparan skirn Samsungku.

6 Feb.

READING
INFORMASI UMUM 
PROVINSI DAERAH ISTIMEWA YOGYAKARTA

  1. Yogya sebuah kerajaan sendiri, sebelum Indonesia merdeka –daerah Swapraja, kesultanan Ngayogyakarta kurun ke-18 dan Kadipaten Pakualaman pada kurun ke 19
  2. Lepas merdeka, menyatakan kepada Presiden Indonesia untuk jadi wilayah dibawahnya -1940-an
  3. Posisi
  • Di pulau Jawa
  • 110 km garis pantai
  • Utara-Gunung Merapi-antara gunung teraktif di dunia
  • 3.185, 80 km2
  • 0.15 % luas Indonesia
  • Sungai Progo di Barat, gunung Merapi di Utara dan Sungai Opak di Timur
  • Ibu kota – Kota Yogyakarta
  • 600 meter dari Jakarta 

  • Jiran, Semerang – Jawa Tengah, Surabaya – Jawa Timur

Tuesday, June 2, 2015

Travelog Jogjakarta #3 : Dalam pelukan langit magika | Bahagian 2

Yang menjadi asbab senyum lagi apa?
Seorang penumpang itu senyum kerana boleh menonton layar demi layar bertukar, pada subjek yang sama tidak bertukar. Saubjek itu, sayap kapal terbang. Kayu ukur kita sudah di atas garisan langit atau belum. Kayu ukur kepada kita bahawa kita sedang terbang di langit magika. Klik. Teman kembara, saya sedang jadi tamu kerajaan langit.

Teringat kuliah dalam minggu ini juga telah didengari. Rezeki langit itu lebih banyak. Apapun kerjaan yang di langit, akan lebih terkenal. Jadi pemain bola, masuk tv terkenal satu dunia. Itu satelit kan dipancar di langit, berapa banyak keuntungan syarikat komunikasi.yang paling kaya pun syarikat komunikasi, syarikat kapal terbang. Uploadlah foto-foto di dalam kapal terbang. Ceritalah perihal-perihal pengalaman terbang ke sana-sini. Popular kan? Tidak semua orang boleh terbang kan?

Bukan popular yang dikecapi. Tetapi kelegaan dan kepuasan berkongsi keinsdahan dan kebesaran Allah kepada orang lain. Ini untuk mereka, dan suatu hari juga perkongsian mereka untuk kita. Saling.

Fadz dan Aimi membelek buku kembali. Lan dan Lam menonton kaca tingkap. Kedua-dua mengembara.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum itu lagi.
Eh hujan
-Bintang
Haah hujan
-Aimi

Bulatan-bulatan kecil pada gelas tingkap berlari-lari semakin pantas. Hajat mengiring penerbangan kami ke langit magika tidak kesampaian. Pesawat Air Asia ini dipacu laju menerobos awam kolonimbus Getaran amat terasa pada posisi dikandung awan yang sarat mahu menyirami bumi. Gelas ktingkap sudah kering, tidak basah. subhanAllah, hujan keberkatan di hari Jumaat. Moga pengembaraan kami kali ini juga dalam keberkatan dan keredhaan Allah. Anugerah hujan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mencari-cari ‘kantung muntah’ di poket kerusi. Tidak ada cop Air Asia. Hehehe. Tak mengapa. Tips nya, baik untuk jadi poket segala bukti pengembaraan berunsur kertas, plastik, yang bias ditampal di dalam travelog. Nanti, lambat waktu menuliskan, makanya bisa dikumpul loh di dalam kantung.

Lan an Lam dari tadi membaca. Fadz dan Aimi sudah bertukar mood, tidur. Sambil buku setia di atas meja. Ini teman-teman kembara yang ingatkan saya betapa indahnya ‘membaca’. Read the universe in the name of Allah. Read.

Travelog Jogjakarta #3 : Dalam pelukan langit magika | Bahagian 1

Travelog ku mencatitkan,
6 Feb.
Jauh lagi lah fadz
-Bintang
Beg diusung hingga ke hujung.
Your seat please
-pramugari
Em, tiga puluh satu
-Bintang
Okay here,boleh letak beg di sini
-pramugari

Tiga puluh satu, seat terakhir?. Mar kenapa bunyi macam merungut je?banyak kerusi kekosongan tanpa penumpang. Boleh kata setengah pesawat.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 “Ratu Boko: Dari Subuh Hingga Senja”, Aimi membaca dalam gegaran pesawat/kapal terbang AK492. Itu buku soal Jogjakarta. Saya mencadang kepadanya untuk dibaca. Salah satu buku dari kantong magik biruku. 31B kerusi yang diduduki olehnya. Saya di kanannya yang semangat menulis travelog. Moga semangat berlama hingga kisah terakhir dicatat hendaknya. Fadz beruntung. Duduk di bahagian kiri Aimi. Lenovo dipicit-picit dari tadi usai framing yang cantik baginya dibentuk.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang.
Kedua-duanya sedang membaca buku. Yasmin Mogahan Berjaya menarik perhatian Fadz. Kembara sebelum kembara. Kembara dengan Bahasa inggeris, “Reclaim Your Heart”.
Senyum panjang.
Mengenal Malaysia itu, bila dari udara terlihat petak-petak hijau bergabung jadi permaidani menyelaputi bumi Malaysia.
Senyuman yang lebih panjang. Pada penerbangan pulang ke Malaysia, pertama sekali yang membalas rindu adalah petak-petak hijau itu. Panorama tropika dan khlatulistiwa.
Ketiga-tiga kami memandang ke gelas tingkap. Saya pun tak melepaskan peluang.

Fadz cuba tolong amikkan gambar sayap itu.
-Bintang
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelumnya.
Tang, tengok tu, kita duduk atas langit.
-Aimi
Eh, Aimi sebelum ni pernah terbang tak?
-Bintang
Pernah. Tapi dah lama sangat.
-Aimi
Fadz? Sebelum ni ke korea malam ke?
-Bintang
Sebelum ni duduk kat tengah-tengah tu yang excited sikit
-Fadz

Oh ya, flight ke Korea ada seat tengah, Airbus. Nampak sangat tak pernah ke Korea.

“..SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar…” mengetuk-ngetuk gegendang telinga. Alhamdulillah, saat perasaan biasa terbang kononya dan over excited nak menulis, terlupa nak menikmati dan mengetuk pintu langit. Terima kasih Allah. Terima kasih Aimi. Kebiasaaan yang perlu diasingkan kembali, menghargai perkara kecil yang hakikatnya besar. Soal kebesaran Allah, tahu? Tang, makanya, diberikan hak kepada Allah dahulu sebelum apapun.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Bersambung di 
Travelog Jogjakarta #3 : Dalam pelukan langit magika | Bahagian 2

Thursday, May 28, 2015

Travelog Jogjakarta #2 : Kali pertama di Senai Airport



Senai airport.

Sudah lama tidak memasuki perut kapal Air Asia. Pengalaman ngeri terbit lagi. Trauma yang tidak begitu dasyat, tapi ia melibatkan penerbangan, kenderaan yang tidak boleh dikejar atau dilewatkan semata-mata untuk seorang penumpang yang telah lewat menghadirikan diri. Pertengahan tahun 2012, saya menjalani tugas sebagai trip organizer kepada seorang penulis novel sejarah Malaysia. Itu pengalaman pertama saya melakukan penerbangan tahun itu. 

Sepertinya boleh saja sempat memasuki perut pesawat, tenang saja saya jadi tamu Kuala Lumpur hari itu. Tetapi tidak, saya buat diri sendiri ditinggalkan oleh orang lain. Selamat jalan Tuan Abdul Latip Talib berserta dua yang lain. Bertemu lagi tiga hari lagi. Kata pegawai kaunter, kalau saya online check in, boleh sahaja saya dilepaskan kerana tidak perlu membuat pendaftaran bagasi. Saya pulang ke selatan tanah air semula. Baru saya mengerti, pentingnya online check in

Kali ini saya datang lebih awal, kerana ketegasan AirAsia yang tak makan pujuk rayu (fobia sebenrarnya). Kedua kerana abang Moxsin perlu berangkat ke tempat kerja. 1 jam setengah lebih awal kami menghadirkan diri. Berjalan bertiga, Syafiq si anak saudara.

+ Kecik je Senai airport ni.

- Haah.

+ Ko pernah ke naik flight dari airport ni.

- Pernah ke Langkawi

+ Takde kerusi pulak tu nak duduk ni. Kesian Syafiq

- Kalau ada kerusi nanti kedai-kedai makan ni tak untung

+ Hehehe

Sempat singgah MPH. Travel before travel. Sekitar setengah jam kemudian bertemu Fadz dan Aimi. Orang dah bekerjaya, penampilan pun berserta gaya. Bye syafiq. Jumpa lagi little boy. 

Kami bimbang. Mereka katanya sedikit lewat. Lan dan Lam datang menghampiri. Seperti mana kami anggarkan, tiada perubahan. Masih sebegitu. kurus. Yang pasti harus terus masuk ke balai berangkat.

+ Awak pun ke Jogjakarta ke?

- Ya saya.

+ Dah final call ni. Kenapa lambat.

- Oh…emm Fadz dah final call

Saya menunggu, trauma. Lan dan Lam sudah berangkat lebih ke hadapan. Pegawai imigresen itu pun sepertinya membantu kami mempercepatkan urusan. Escelator bergerak, tapi dirasakan perlahan. Kami bergerak lebih pantas. Terus masuk barisan. Alhamdulillah sempat pada tepat waktu.


Wednesday, May 27, 2015

Travelog Jogjakarta #1 : Nuha anak Jawa berbahasa Melayu



Dua hari sebelum berangkat ke kota Jogja, saya berfikir. Apakah sudi Nuha dan keluarganya menerima kedatangan kami. Salah satu memanfaatkan pengembaraan adalah memasuki rumah warga tempatan dan kenali budaya dan sistem keluarga tersebut. Secara tidak langsung mengenali serba banyak kehidupan masyarakatnya di dalam rumah. Whatsapp.

3 Feb 2015

+ Assalamualaikum Nuha

+ Saya ada tugas di Jogja jumaat-isnin ini

+ Sambil ziarah Jogja

- Iya Tang

+ Mahu ziarah rumah Jogja jika bisa, apa bisa kami ziarah ke rumah kamu

+ ……..

- Jap saya tanyakan orang rumah saya apa ada bilik kosong

- Bila 

+ Oh Nuha, kami tinggal di hostel. 

+ Cuma mahu ziarah rumah kamu. 

+ Bagaimana kehidupan warga Jogja

+ Jumaat ini hingga Isnin

+ Boleh bertanya soal budaya Jogja

- Oh mahu ziarah?

- Boleh boleh

- Rumah saya ada kamupng tengah kota

- Boleh tu, tapi orang Jawa tak paham Bahasa melayu Tang

- Paham sikit-sikit

+ Saya Jawa tapi tak bias cakap Jawa hehehe

+ Bagaimana bias kami ziarah nuha?

- Cakap Melayu mereka cakap indon insyaAllah bias saling paham

- Pernah pergi jogja sebelumnya?

+ Belum pernah. Pertama kali.

+ InsyaAllah bisa Indonesia sedikit
- Bila sampai Jogja Tang?

- Bila nak ziarah?

- Ok sebentar saya bagi jadual kami


***2 foto printscreen di hantar kepada Nuha.


- Bererti malam ya?

- Itu Friday-Saturday HB berapa?

+ Malam juga bisa.

+ 6 hb Jumaat

- Kan kalo Jumaat malam gimana?

+ Rumah kamu dekat dengan wisata apa ya?

+ Boleh insyaAllah

- Jap

+ Ok

- Rumahku tak terlalu jauh dari via via guesthouse tapi route nya pelik sikit

- Dekat dengan Cinema Empire XXI

+ Oh begitu.

+ Baiklah

+ Apa ada ahli keluarga kamu yang bias dihubungi nanti


***contact dihantar kepada saya
***Ibu +6281….


- Ada

- Itu wahatsapp ibu saya

- Bu Ning namanya

+ Wah ibu kamu ada whatsapp ya


*** monolog, moden juga ibu nuha ada whatsapp ni


+ InsyaAllah jumaat malam Sabtu ya

- Ada Tang, ibuku orangnya santai…

- Iya Jumaat malam sabtu sahaja baik

+ InsyaAllah terima kasih banyak Nuha

+ Amat hargainya

+ Apa ada cadangan toko buku

+ Oh ya alamat kampungnya apa ya

- Ada banyak, Jogja syurganya buku

+ Benar. Mahu beli buku2 ini.

- Kampung Kepuh

+ Ok baiklah

+ Terima kasih banyak ya

+ Nanti saya whatsapp ibu kamu ya

- Oke


Perkenalkan Nuha. Atau juga dikenali sebagai Ozel. Penyepak bola antarabangsa itu wajahnya seperti Nuha, atau Nuha iras wajah sepertinya. Dia kawan saya yang bersama-sama meyantuni tetamu Nusantara di Bursa, iaitu kota pengajian Nuha di Turki. Sudah kira-kira setahun persahabatan kami mengambil sebahagian besar warna-warni pekerjaan kami. Anak muda ini lagi mengaji diperingakt ijazah dalam bidang perniagaan. Satu perkataan untuk Nuha, sopan.

Kalau bertemu sama ada di Bursa atau Istanbul, dia seboleh-bolehnya mahu berbahasa Melayu. Dan saya pula mahu berbahasa Inodnesia. Kata teman-teman Indonesia “orang Melayu kok laju sekali bicaranya dan perlu perlahan-lahan untuk faham”. Masing-masing mahu saling menyantuni. Lihat mesej whatsappnya, kelihatan Bahasa Melayunya kan? Tapi loghat Jawa juga tidak terpelas dari susun katanya. 

Paham = Faham. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Orang Jawa membunyikan, F sebagai P.

Paris = Faris.

Pais = Fais. 

Memanggil anak-anak dengan panggilan begitu adalah biasa di banyak lapisan-lapisan kampung saya. Bapak saya sendiri, menyebut Z sebagai J. Bapak memanggil menantu keduanya dengan panggilan ‘Jam’, membuatkan abang Zam sedikit keliru. 

Jam = Zam.

Jaman = Zaman. 

Tetapi belum saya cari maklumatnya, mengapa Yogyakarta itu juga dikenali dan dipanggil sebagai Jogjakarta.



Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.