Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Showing posts with label Penghargaan. Show all posts
Showing posts with label Penghargaan. Show all posts

Saturday, March 8, 2014

Penghargaan#2: Bedah Buku bersama LPM UTM




Ribuan terima kasih diucapkan kepada LPM PMI UTM, di atas kesudian menjemput KembaraKauAku berkongsi pembedahan buku 99 Cahaya Di Langit Eropah. Perkongsian di mana, bagaimna islam diangkat dalam fizikal dan rohani oleh seseorang musafir atau pengembara itu.

Dengan peluang dan luang serta ruang yang diberikan,KembaraKauAku mencadangkan sebuah program bedah buku begini pada masa akan datang, dengan tema penghayatan sejarah dunia islam dalam sesebuah pengembaraan.
Moga bertemu lagi dalam kerjasama yang akan datang.
Terima kasih Renja Hijo


Sunday, March 2, 2014

Penghargaan#1: SkiLLeX'14



BACKPACKERS : [SkiLLeX'14] UTM


pengembaraan kali ini
begitu terasa kecukupannya keserderhanaannya terkesan
masa bagaikan lambat berlalu
seminggu bagaikan berlama

senakal kalian
jiwanya bersih
sedia menerima cicip-cicip nota sejarah dan sirah
menderap kaki
tanpa lelah menghentikan
memberi sepenuh jiwa
buat rohani

kalian semua
buat aku banyak mengenal diri
buat aku jadi kerdil akan tidak kecukupan ilmu untuk berkongsi
pastinya buat aku jadi rindu
kembara lagi
berkongsi lagi

kalian,
moga kalian seperti Sultan Muhammad
mempelajari sejarah agar tak terulang lagi ia
moga seperti Abu Ayub Al Ansari
di alam kubur pun masih mahu menjadi saksi
akan berlakunya sejarah kegemilangan islam
moga seperti Sultan Abdul Hamid
takkan digadainya iman kerana dunia

kalian yang dirindui
moga manfaatnya kembara ini, kita kongsi bersama yang lain
moga bibir dan hati ini, terus basah menceritakan pelbagai nilai sejarah dunia islam
moga mulut dan jiwa ini, sentiasa haus dengan pengembaraan
pengembaraan yang berlaku adil pada sisi fizikal dan rohani

mohon maaf
barakallah teman-teman


alhamdulillah, atas segala nikmat dan rahmat di sepanjang pengembaraan kami seramai 14 orang, selama 8 hari di kota Istanbul. Dengan anggaran RM2,800 (flight + keperluan) seorang, pengembaraan kami begitu lama rasanya, cukup memuaskan rohani ini. mengembara hingga, waktu yang singkat di siang hari begitu cemburu, maka direlakan malam sebagai galang gantinya. kenderaan awam dioptimumkan aplikasinya, derap kaki dikuatkan Allah terus melangkah di ceruk dan lorong Istanbul. menjengah, menziarahi, menyinggah dan menghayati kerohanian yang tersinar dari segala saksi sejarah runtuh dan bangunnya ia, kota yang disebutkan oleh baginda Rasulullah s.a.w


KembaraKauAku memohon maaf di atas segala kekurangan yang ada disepanjang pengembaraan. mengucapkan ribuan terima kasih kepada kalian, atas peluang membalas rindu ini, peluang berkongsi pengembaraan rohani dan fizikal dengan kalian. Kita ini sebagian dari masyarakat yang terpilih untuk mengembara di sana, mari kita kembali kepada masyarakat, memulangkan apa telah menjadi hak kepada mereka. berkongsi segala yang termampu. membuahkan lagi buah-buah iman insyaAllah.

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.