Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Friday, April 15, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #20: Institusi Islam di Oxford

| OXFORD 

Kota Oxford juga membuat saya terkenang akan memori di Cordoba, Sepanyol. Kota itu bagaikan lilin yang menerangi kota lain lalu padam. Beribu orang datang ke Andalusia menuntut ilmu dan mencari cahaya, lalu kembali membangun tanah air masing-masing.

Ilmu optik, geografi, algebra, kimia muzik, dan fizik dari Cordoba telah berkembag kepada banyak cabang ilmu di England. Lalu terbina Universiti Oxford ini bagi memusatkan kepelbagiaan aktiviti pengajian ilmu. Walau tiada lagi cahaya dari Cordoba, masih ada cahaya iman-iman yang sedang membangun dan mengembangkan Islam di Andalusia.

Universiti Oxford, institusi terkenal menjadi antara kota utama terkandung di dalam senarai persinggahan saya. Walaupun bukan negeri Islam, paling tidak ia menggambarkan kota ilmu yang masyur seperti mana kota Islam terdahulu. Malah, sebuah kejutan di mana universiti tersebut membangunkan Institusi Islam bagi meraikan peradaban ilmu Islam yang lebih dahulu memulakan pengajian dan mencetuskan pelbagai cabang inovasi sains kini.

Pernah dengar kan tentang pensyarah Malaysia pertama di Oxford iaitu Syeikh Dr Afifi Al Akiti? Di Institusi Islam itu beliau berkhidmat. Malah, Tun Ahmad Sarji dari Permodalan Nasional Berhad adalah salah satu pemegang amanah Institusi itu. Disampingnya, Institusi ini punya hubungan baik dengan Sultan Brunei dan Sultan Perak. Institusi ini menjadi pusat pertemuan dan pertembungan antara pelbagai cabang ilmu dan agama Islam di tanah British itu. 

Dan Oxford University, terima kasih banyak. Atas kesudian mendirikan Oxford Centre of Islamic Study. Maaf ya, kami berusaha menjejak Institusi ini, terlepas lorong beberapa kali. Namun kerana trafik yang semakin sesak di awal pagi membuat kami berundur segera keluar dari kota Oxford. Sebelum berundur, kami sempat mencuri tempat di bahu jalan. Berhenti dan merakam beberapa bahagian wajah Oxford.

Menangis juga tidak dapat menziarahi institusi Islam itu. Simpan kemas-kemas untuk suatu waktu nanti. Kerana terperangkap sekejap di Kota Oxford ini sudah pun menjadi peluang besar menikmati permandangan dan ragam manusia Oxford dalam perlahannya pergerakan kereta. Beransur  kami menyambung pengembaraan ke Swindon.

“ The Oxford Centre for Islamic Studies has done so much to promote and improve our understanding of the Islamic world. That mission has great importance in our increasingly interdependent world.
The relationships between Islam and the West matter more today than ever before.”

HRH The Prince of Wales
Patron of the Oxford Centre for Islamic Studies
Marston Road, Oxford, OX3 0EE, U.K.

www.oxcis.ac.uk

  1 comment:

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.