Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Tuesday, June 2, 2015

Travelog Jogjakarta #3 : Dalam pelukan langit magika | Bahagian 2

Yang menjadi asbab senyum lagi apa?
Seorang penumpang itu senyum kerana boleh menonton layar demi layar bertukar, pada subjek yang sama tidak bertukar. Saubjek itu, sayap kapal terbang. Kayu ukur kita sudah di atas garisan langit atau belum. Kayu ukur kepada kita bahawa kita sedang terbang di langit magika. Klik. Teman kembara, saya sedang jadi tamu kerajaan langit.

Teringat kuliah dalam minggu ini juga telah didengari. Rezeki langit itu lebih banyak. Apapun kerjaan yang di langit, akan lebih terkenal. Jadi pemain bola, masuk tv terkenal satu dunia. Itu satelit kan dipancar di langit, berapa banyak keuntungan syarikat komunikasi.yang paling kaya pun syarikat komunikasi, syarikat kapal terbang. Uploadlah foto-foto di dalam kapal terbang. Ceritalah perihal-perihal pengalaman terbang ke sana-sini. Popular kan? Tidak semua orang boleh terbang kan?

Bukan popular yang dikecapi. Tetapi kelegaan dan kepuasan berkongsi keinsdahan dan kebesaran Allah kepada orang lain. Ini untuk mereka, dan suatu hari juga perkongsian mereka untuk kita. Saling.

Fadz dan Aimi membelek buku kembali. Lan dan Lam menonton kaca tingkap. Kedua-dua mengembara.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum itu lagi.
Eh hujan
-Bintang
Haah hujan
-Aimi

Bulatan-bulatan kecil pada gelas tingkap berlari-lari semakin pantas. Hajat mengiring penerbangan kami ke langit magika tidak kesampaian. Pesawat Air Asia ini dipacu laju menerobos awam kolonimbus Getaran amat terasa pada posisi dikandung awan yang sarat mahu menyirami bumi. Gelas ktingkap sudah kering, tidak basah. subhanAllah, hujan keberkatan di hari Jumaat. Moga pengembaraan kami kali ini juga dalam keberkatan dan keredhaan Allah. Anugerah hujan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mencari-cari ‘kantung muntah’ di poket kerusi. Tidak ada cop Air Asia. Hehehe. Tak mengapa. Tips nya, baik untuk jadi poket segala bukti pengembaraan berunsur kertas, plastik, yang bias ditampal di dalam travelog. Nanti, lambat waktu menuliskan, makanya bisa dikumpul loh di dalam kantung.

Lan an Lam dari tadi membaca. Fadz dan Aimi sudah bertukar mood, tidur. Sambil buku setia di atas meja. Ini teman-teman kembara yang ingatkan saya betapa indahnya ‘membaca’. Read the universe in the name of Allah. Read.

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.