Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Friday, April 15, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #19: Keliling Kota Harry Potter

| OXFORD

Morning Harry Potter. Please bring a couple cup of coffee please. I need them, its too cold out here waiting for you lah. Oh bring a bottle of biscuit too. We will have long discussion right?


Bintang


Kami berhenti sebentar di bahu jalan sekitar kawasan perumahan yang epik. Saya menghindar sesi sarapan. Keluar dari kereta dan merakam keindahan rumah-rumah dan menyaksikan ragam komuniti Oxford yang sibuk dan bergegas menuju ke institusi pengajian dan ruang pekerjaan masing-masing. Mereka berjalan kaki sendiri atau berteman, berbasikal laju dan menaiki bas beramai-ramai. 

Sebelum tiba di perkarangan Masjid Oxford lagi, saya sudah amat teruja mahu menyaksikan kota Oxford dari sisi sempadan kotanya. Tambahan lagi, ini adalah siang pertama berada di tengah-tengah kota yang penuh bangunan dan senibina lain yang bersejarah. 

Oxford telah berusia kira-kira 800 tahun, pasti ia memiliki gelombang sejarah yang panjang dalam beberapa pemerintahan tamadun bermula dengan kerajaan Saxon. Menyebut tentang Saxon, ia mengingkat saya kepada drama bersiri ‘Merlin’. Saxon menjadi salah satu musuh ketat kepada pemerintahan Raja Athur di Camelot.

Merlin, Harry Potter, The Golden Compass, dan pelbagai cerita dongeng, fantasi atau epik yang lain menjadi salah satu genre drama yang saya gemari. Beberapa sebabnya adalah gambaran zaman dahulu yang unik, panorama yang indah, kretiviti pada pakaian, rumah dan keperluan hidup yang lain, senibina-senibinanya yang epik serta perjalanan cerita yang menakjubkan bagai penerokaan ke sesuatu tempat yang baru. 

Melalui drama dan filem sebegitu juga, secara tidak langsung sebenarnya menambah pengetahuan kepada gambaran pelbagai kota lama di banyak negara, seperti Bandar Oxford yang penuh epik tersendiri terkandung dalam kehidupan dan isinya. Dan terkadang, dengan acara menonton, ia mengubat rindu untuk mengembara lagi, dan membawa diri kita mengembara ke tanah yang jauh dengan segala cerita terkandung di dalam satu drama, seperti membaca tamat sebuah buku epik.

Kami memandu ke jantung Oxford, tetapi keliru fakulti Universiti Oxford yang mana harus kami kunjungi. Saya tak menjangka, kedudukan fakulti adalah bertaburan di banyak lot Bandar dan tidak tertumpu kepada satu bidang tanah yang luas sahaja. Cuma yang ada dalam senarai catitan buku saya adalah Institusi Islam di Oxford, kerana adanya ruang solat di dalamnya.


0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.