Travelog Turki#17: Hari Pertama di Medan Pengajian
TIDAK TAHU
Hari pertama aku menampilkan diri ke
medan pengajian di bumi Turki ini. Dua rakan kelas yang pertamaku kenali adalah Ibrahim, seorang pelajar
dari Malaysia juga seperti aku, dan seorang gadis dari Itali, Iza namanya. Hanya kami bertiga sahaja petang itu. Kami perlu
menduduki ujian pertama bagi menentukan kedudukan kami di peringkat atau kelas
yang mana. Berbaris
kami duduk, menghadap kertas di atas meja. Dan lebih gerun lagi, menghadap
seorang guru berbahasa Turki. Dia sesekali memandang kami yang lambat aksi
penanya. Masa pula terasa lama berlalu. Bleh dikatakan 100% tidak kuketahui
apakah makna keseluruhan soalan. Buta huruf, buta sebutan, dan buta makna.
”Apa yang perlu aku jawab ni?”, aku resah.
Sepanjang di Turki tika itu, aku
cuma tahu”teşekkür ederim”(terima
kasih),”birşey değil”(sama-sama)
dan dua atau tiga perkataan yang lain. Boleh sahaja aku menebak jawapan objektif itu, tetapi
pasti tidak untuk soalan yang berbentuk subjektif. Kejujuran itu persoalan yang
sebenarnya bagi semua peperiksaan.Walaupun kosa
kata milik Ibrahim lebih baik dariku, dia turut tidak meneruskan ujian.Aku
tahu, harus aku malu dengan kondisi itu. Memikirnya beberapa kali, dipujuk hati
ini. Lalu perihal ‘tidak tahu’ mengambil ruang fikir dalam perjalanan pulang ke
kolej kediaman. Mengapa perlu aku malu untuk mengatakan”tidak tahu”, ia adalah suatu adab dalam pergaulan ilmu.
BAHASA TURKI SAHAJA
Sebelum sesi ujian berlangsung, sesi
pengenalan dilaksanakan antara kami bertiga dengan guru. Guru yang kelihatannya
tegas itu bertutur dalam bahasa Turki. Bahasa Turkki sahaja. Mengapa tidak berbahasa
Inggeris? Aku tidak pandai membalas, Ibrahim yang banyak membantu. Adalah menjadi
polisi di TÖMER (nama badan penganjur kursus bahasa Turki di bawah kelolaan
Universiti Ankara) untuk tidak berbahasa selain dari bahasa Turki.
Para guru hanya
menggunakan bahasa tubuh badan untuk menerangkan sesuatu, jika para pelajar
tidak dapat menangkap maksud yang dilontarkan oleh gurunya.Itulah
kaedah yang sangat efektif bagi TÖMER, agar para pelajar menguasai pembelajaran
bahasa itu dengan sebaik dan secepat mungkin. Benarnya, penguasaan sesuatu
bahasa itu lebih pantas dengan melibatkan diri dalam proses pertuturan.
Perbualan bersam mereka yang juga dalam proses mempelajari bahasa itu atau
mereka yang memang fasih berbahasa dengan bahasa itu.
Apatah lagi, pelajar itu terjun ke
dalam daerah di mana bahasa itu digunakan disegenap masa, ruang dan luang. Di
situ bahasa yang dipelajari diangkat sebagai bahasa utama. Daerah yang
menyokong dan membantu penguasaan bahasa di mana diwajibkan keperluannya kepada
kehidupan di daerah itu. Bukan sahaja bahasa bakunya dipertingkat kualitinya
malah ditambah dengan bahasa ‘pasar’ rakyatnya.
Maka berangkatlah teman-teman ke Turki,
bagi bahasa Turki, Berangkat ke Magribi bagi bahasa baku Arab, Berangkat ke
Jepun, Korea dan banyak lagi. Kondisi sesebuah komuniti sangat mempengaruhi
persembahan tutur kata kita, dan ia sejajar dengan aplikasi apakah dan keadaan
apakah ahasa harus dibudi bicarakan, dan
bahasa harus dilenggokkan kesopannannya.
Kelas yang sepatutnya bermula jam
2.30 petang dan berakhir 6.30 petang itu berakhir awal.Sesi
pembelajaran rasmi seperti kuliah belum
dimulakan lagi. Barangkali selepas sahaja mengetahui kedudukan aku di kelas
yang mana esok, hasil daripada ujian tadi.
0 diskusi:
Post a Comment