Travelog Turki#18: Kelas 405
7 Julai 2011…
PENSIL ARANG
Pagi itu aku menguruskan borang
pendaftaran di pejabat Kementerian Pelajaran di bandar Cağaloğlu.Alhamdulilah segala urusan biasasiswa selesai.Pagi tak beransur lagi, aku singgah ke Baturay Kırtasiye (alat tulis Baturay)
di Jalan 30/3 Cağaloğlu. Aku membeli 2 buah buku nota serta sebuah buku lukisan
mini.Kesemuanya berharga
10TL sahaja termasuk
sebatang pen hitam.
Dalam
menanti sang mentari tegak dikepalaku, aku duduk di kerusi di antara Masjid
Biru dan Haghia Sofia, memulakan
lukisanku yang pertama. Melukis denan pensil arang, hadiah dari sang sahabat. Ia
berkisar tentang seorang ayah yang sedang menyuapkan anaknya makanan tanpa
ibunya di sisi mereka.Tetarik dengan gelagat ayah tersebut yang tidak kekok membawa watak
seorang ibu pada anak sekitar 1 tahun begitu.Leka aku menari narikan pensil arang. Pertama
kali mengunakannya kaedah seni ini. Mencuba sesuatu yang berbeza meraikan
sebuah rahmat untuk dikongsikan dengan yang lain, Selain menggunakan mesin
hitam kamera.
KELAS 405
Namaku tersenarai di papan kenyataan sebagai seorang
pelajar kelas 405.Cukup tinggi, 5 tingkat termasuk ground floornya.Tiba sahaja di kelas, aku diperhatikan oleh
mata-mata dari susuk tubuh orang Barat. Terasa amat asing. Kebiasaan suasana baru. Tapi masih
ada sesuatu yang lain, hingga mata itu terlihat begitu sekali.
Pengenalan
demi pengenalan diri dipersembahkan.Lalu, aku mendapat tahu mereka datang dari pelbagai
sudut dunia. Tanah Eropah, Rusia serta Arab.Dalam kalangan kami ada 5 orang muslim
termasuklah Ibrahim,Muhyieddin dan Osama datang dari Lubnan, manakala
Amina dan Samiya dari Algeria.
Proses pentarbiyahanku semakin terasa. Mulanya aku merasa amat kerdil,
tegar memakai tudung sendirian. Barangkali itu yang dimaksudkan oleh pandangan
mata tadi?, mereka buat aku rasa sedikit gundah.Tetapi,semakin aku kaut ruang
keselesaan, semakin aku merasakan kehadiran roh pendokong Islam dari kalangan
mata mereka. Ianya datang dari 2 orang anak muda Lubnan itu.Mereka berdua punya
akhlak yang bagus dari awal persembahan diri mereka.
”Ya Allah berikanku kekuatan mempelajari bahasa bumi Al-Fateh ini dan
kekuatan untukku tegak berdiri mempratikkan keislamanku di mana sahaja”, hatiku memohon.Sesi taaruf dimulakan terlebih
dahulu, seterusnya pengenalan huruf-huruf Turki dan beberapa ayat-ayat yang
ringkas.
"My Lord show me right from wrongGive me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long, Make me strong”
( Sami Yusuf )
0 diskusi:
Post a Comment