Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Sunday, March 29, 2015

Momen #1: Berkopi


-Kenapa kak?

+Tak, tengah tengok sikap... erkk orang yang datang ke kedai kopi tu macam mana? Sebenarnya, ini pertama kali akak datang ke kedai kopi yang sesungguhnya kedai kopi..Sebelumnya haritu dengan Husna, tapi dekat Simit sarayi (kedai roti dan minuman)..

-Akak boleh tulis kat travelog akak, yang orang selalu ke kedai kopi ni orang yang elit lah… orang kaya, orang tua, orang couple, orang bekerjaya..

+Dan kita orang yang pelik duduk sini la hehehe


Ketawa kami berderai, entah tetamu kafe ini peduli atau tidak. Ada seorang lelaki tua budiman sedang menyantuni isterinya. Ada pasangan anak muda yang merencatkan keluasan pemerhatian saya. Ada sekumpulan lelaki yang tersorot keseriusannya dalam perbincangan. Ada seorang wanita jelita bertudung kemas bersedirian dengan gadjet canggihnya, laptop Apple. Ada seorang lelaki bersandar malas bermain game di sebelah saya. Seorang ayah rajin melayani anak perempuannya dalam perihal apa itu kafe kopi dan menunya. 

Dan ada seorang tu sedang makan aiskrim sambil membaca buku “hati sebening mata air”. Sedang bau kopi sedang menyeruap di udara Kahve Dunyasi (Dunia Kopi), dia menambah aroma dengan bau kertas coklat, kertas kita semula buku itu, dan aroma aiskrim berperisa madu berbadam. 1TL tambahan kepada mana-mana peminum kopi untuk menambah semangkuk mini aiskrim. Teman istimewa yang sudi membicarakan banyak hal. Perkenalkan, dia adalah Thiqah, mahasiswa sarjana di bumi Bursa. Orang yang sudi memperkenalkan apa itu dunia kafe kopi. She said, how big her love on Turkish tea, she still coffee lover. hehe

Saya pula, sedang menulis travelog, yang asalnya berhajat menemani dia belajar di sini, rupanya dia mahu membaca buku yang di luar rangkuman pengajiannya. Dan saya juga terpanggil untuk menulis sedang dia larut dalam dunia membaca. Dalam pencahayaan yang sedikit redup, dalam warna yang kecoklatan dari lantai hingga ke warna kerusi dan mejanya, banyak perkongsian telah kami bincangkan, banyak tanda isyarat diangkat tanda mahu bicara, terkadang dia pun mengangkat kata, mahu kongsi apa yang dia perolehi dari bacaannya. Yang putih cuma dua, cawan-cawan kopi dan aiskrim yang menampak kopi dan aiskrimnya, hingga tertonjol kelazatan dan kepekatan yang mengiyurkan untuk dinikmati. Oh tak sampai hati untuk menikmatinya. Kedua, waiternya yang terlihat penat bergerak ke sana sini dan ke atas bawah. Kemas berkemeja putih dalam usahanya menyembunyikan rasa penat.

Ya, kami punya cita yang sama, berimpian memiliki bookcafe, mencintai buku dan masakan. Mencintai momen kopi dan buku serta pengembaraan itu, hingga mendorong saya bersama teman-teman mendokong sebuah perniagaan buku-buku pengembaraan dan sejarah, ‘BUKOPI”. Sedang berlangsung secara perlahan dan memerlukan kesungguhan terhadapnya. 

Tapi ini kali kedua saya mencuba nikmati kopi, yang sebelum ini teman-teman berkongsi tentang pelbagai jenis kopi yang mereka telah nikmati. Latte, Mocha, Espresso dan lain-lain. Yang saya pernah nikmati banyak kali adalah kopi kampung cap 'pokok', kopi kegemaran bapak saya. Selalu dia minta anak-anaknya buatkan secawan kopi untuknya, sekarang sudah berkurang. Bukan bapak saya tidak mahu saya buatkan, saya yang tidak menawarkannya. Selau berlenguh tika bapak meminta secawan kopi dari saya dahulu, hingga terkadang saya tidak suka pada kopi, sebenarnya dialah insan yang pertama kali memperkenalkan kopi keapda saya. Saya mula faham, yang kopi meransang semangat bekerja darinya, terima kasih bapak. 

Kak Ummu orang yang memperkenalkan saya kepada Nescafe dan segala jenis kopi '3 in 1' lain. Kami selalu minum kopi '3 in 1' bersama ketika berpengajian di Johor, dengan dialah momen minum kopi itu terasa indah. Katanya, bukan kopi apa yang kita minum, tetapi dengan siapa kita meminumnya. Sahlan, brother yang memperkenalkan kombinasi kopi dan buku dengan lebih kerap, Cuma tak pernah cuba bersama. Dia yang meluahkan idea kepada nama ‘Bukopi’ itu. Katanya, jika dia mahu menulis dan membaca, dia perlu hadir bersama kopi untuk perkembangan fikiran. Husna, teman yang sudi minum bersama saya buat pertama kalinya dalam kombinasi 'study in coffee and cake mood'. Oh saat itu, baru saya tahu apa rasanya meminum secawan kopi Mocha. Dan Thiqah hari ini memperkenalkan saya kepada kopi Latte, dan kopi White Chocolate Mocha. Bersamanya, pertama kali menikmati kopi di kafe kopi sebenarnya.

Meraikan kesukaan mereka terhadap persekitaran kafe kopi yang meransang tumpuan mereka terhadap pelajaran dan pembacaan, maka saya pun mencubanya. Ia, sesuatu yang luar biasa dapat menjadi sebahagian dari momen mereka, dan rekod sejarah saya sendiri. 

Terima kasih kalian, secawan kopi mengajar beribu makna buat saya. Kepada mereka yang sudi menikmati kopi bersama dan membuatkan kopi untuk saya, ia sesuatu ynag amat saya hargai, kerana kesudian kalian berada dalam momen kopi saya. 

+Rasanya kita paling lama duduk sini kan?

-Haah. Emm 3 jam sejak jam 10 tadi. Buat rekod kan?

+Hehehe..


Mar kka
Bunga, 28 Mac 2015
Kahve Dunyasi
Cemberlitas, Istanbul, Turki

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.