Travelog Jogjakarta #2 : Kali pertama di Senai Airport
Senai airport.
Sudah lama tidak memasuki perut kapal Air Asia. Pengalaman ngeri terbit lagi. Trauma yang tidak begitu dasyat, tapi ia melibatkan penerbangan, kenderaan yang tidak boleh dikejar atau dilewatkan semata-mata untuk seorang penumpang yang telah lewat menghadirikan diri. Pertengahan tahun 2012, saya menjalani tugas sebagai trip organizer kepada seorang penulis novel sejarah Malaysia. Itu pengalaman pertama saya melakukan penerbangan tahun itu.
Sepertinya boleh saja sempat memasuki perut pesawat, tenang saja saya jadi tamu Kuala Lumpur hari itu. Tetapi tidak, saya buat diri sendiri ditinggalkan oleh orang lain. Selamat jalan Tuan Abdul Latip Talib berserta dua yang lain. Bertemu lagi tiga hari lagi. Kata pegawai kaunter, kalau saya online check in, boleh sahaja saya dilepaskan kerana tidak perlu membuat pendaftaran bagasi. Saya pulang ke selatan tanah air semula. Baru saya mengerti, pentingnya online check in.
Kali ini saya datang lebih awal, kerana ketegasan AirAsia yang tak makan pujuk rayu (fobia sebenrarnya). Kedua kerana abang Moxsin perlu berangkat ke tempat kerja. 1 jam setengah lebih awal kami menghadirkan diri. Berjalan bertiga, Syafiq si anak saudara.
+ Kecik je Senai airport ni.
- Haah.
+ Ko pernah ke naik flight dari airport ni.
- Pernah ke Langkawi
+ Takde kerusi pulak tu nak duduk ni. Kesian Syafiq
- Kalau ada kerusi nanti kedai-kedai makan ni tak untung
+ Hehehe.
Sempat singgah MPH. Travel before travel. Sekitar setengah jam kemudian bertemu Fadz dan Aimi. Orang dah bekerjaya, penampilan pun berserta gaya. Bye syafiq. Jumpa lagi little boy.
Kami bimbang. Mereka katanya sedikit lewat. Lan dan Lam datang menghampiri. Seperti mana kami anggarkan, tiada perubahan. Masih sebegitu. kurus. Yang pasti harus terus masuk ke balai berangkat.
+ Awak pun ke Jogjakarta ke?
- Ya saya.
+ Dah final call ni. Kenapa lambat.
- Oh…emm Fadz dah final call.
Saya menunggu, trauma. Lan dan Lam sudah berangkat lebih ke hadapan. Pegawai imigresen itu pun sepertinya membantu kami mempercepatkan urusan. Escelator bergerak, tapi dirasakan perlahan. Kami bergerak lebih pantas. Terus masuk barisan. Alhamdulillah sempat pada tepat waktu.
0 diskusi:
Post a Comment