Backpackers Turkey | Concept #1 : Overall
- Kami berkonsepkan, trip bersendirian/backpacking dan dalam masa tertentu ada juga pengiring bersama-sama mengembara dengan backpackers. Backpackers akan mengunakan kenderaan awam, bertindak seperti rakyat biasa, lorong-lorong awam ditempuhi, berangkat kota ke kota bersendirian dll. Backpackers boleh memilih untuk mengupah pengiring atau tidak di sesetengah kota, kami turut mencadangkan kota-kota yang boleh backpackers mengembara sendiri, tetapi segala tempahan tiket kenderaan dan penginapan dilakukan bersama kami.
- Semaksimum yang mungkin menggunakan kenderaan awam. Semua kos kenderaan dari kami adalah untuk kenderaan awam sahaja. Berangkat dari lapangan terbang hingga pulang semula ke lapangan terbang, mana-mana kenderaan khas/teksi yang kami cadangkan dalam budget akan diberitahu kepada backpackers apakah keperluan tersebut. Kenderaan awam di Turki adalah sangat baik dan rugi untuk dilepaskan, manakala kos petrol pula amat tinggi yakni antara kos petrol tertinggi di dunia. Backpackers tidak akan dijemput atau dihantar ke airport antarabangsa melainkan atas permintaan, backpackers akan bertemu dengan pengiring di hotel/hostel/homestay.
- Bagi tempoh perjalanan yang jauh, tergantung kepada kalian untuk menaiki kapal terbang atau pun bas. Kami hanya mencadangkan tiket bas sahaja, dan kalian perlu membeli sendiri tiket kapal terbang domestik, boleh dapatkan saranan dari kami berkenaan tiket tersebut. Bas ekspress pula adalah sangat selesa dan baik, tersedia pramugara/abang biskut yang menyediakan air dan makanan ringan. Kebiasaannya bas akan berhenti setiap 4 jam, dan backpackers boleh menunaikan solat dan makan di RNR. Setiap tempat duduk di dalam bas tersedia paparan skrin untuk video, filem, internet, lagu dll, terkadang tersedia juga ruang USB untuk mengecas telefon misalnya.
- Banyak aktiviti berjalan seperti kebanyakkan rakyat Turki di lorong-lorong dan jalan-jalan awam. Boleh berhenti di mana-mana lokasi untuk merakam foto. Dan boleh juga behenti bersama-sama menikmati suasana tempat tersebut. Menggunakan banyak jalan pendek, dan terkadang jalan yang belum pernah kami cuba supaya merasa pengembaraan bersama-sama. Sesat tidak mengapa, sama-sama atasi.
- Tiket masuk tidak kami masukkan ke dalam budget melainkan kami beritahu, kerana perubahan harga tiket cepat berlaku, tergantung kepada budget backpackers samada mahu membeli atau tidak, dan pembelian tiket adalah pada tempat kejadian. Sama-sama beratur, seperti pengembara biasa. Sambil beratur, sambil bercerita soal sejarah dan perihal tempat yang dikunjungi itu. Pengiring tidak mengikut backpackers ke dalam tempat lawatan bertiket, perbincangan akan dilakukan semasa beratur atau pada sekitar tempat lawatan sambil duduk sebelum memasuki tempat lawatan. backpackers akan diberikan masa untuk berkunjung ke tempat lawatan bertiket tersebut.
- Perihal penginapan, kami akan cadangkan penginapan termurah dan bersih. Sebagai backpackers kami cadangkan hostel/hotel/homestay tergantung kepada jumlah backpackers perkumpulan dan budget. backpackers juga boleh memberi cadangan jika mahu memilih kondisi hotel yang bagaimana. backpackers dicadangkan menginap di dalam bas ekspress bagi mana-mana perjalanan jauh yang memakan masa 6 jam ke atas, baik untuk mengurangkan kos perjalanan.
- Bagasi atau beg pula, akan ditinggalkan di hostel atau tempat simpanan beg di terminal, tidak dibawa bersama ketika mengembara melainkan barang-barang penting. Antara kota yang tidak memerlukan tempat penginapan, barang-barang akan diletakkan di tempat penyimpanan barang di terminal. Persiapan diri akan dilakukan di terminal.
- Pengiring/guide antara kota-kota akan menanti backpackers di tiap jeti/terminal/lapangan terbang di tiap kota. Kemudian pengiring akan mengiring backpackers sepanjang keberadaan kalian di kota tersebut bergantung kepada jadual yang disarankan oleh kami. Pengiring akan menghantar kalian kembali ke jeti/terminal/lapangan terbang. backpackers akan dibekalkan tiket bas yang dibeli lebih awal dan simkad bagi melancarkan proses komunikasi antara pengiring di tiap kota. Untuk internet pada simkad, tergantung kepada permintaan backpackers juga.
- Soal budget, kami sebagai backpakcers juga mencadangkan harga terendah sama ada dari segi tempat lawatan, lokasi dan tempat penginapan, dan kepada mereka yang mahu berbelanja di Turki, kami akan cadangkan tempat-tempat yang murah untuk membeli-belah, tiada komisyen kami ambil dari pekedai.Pengiring bertugas sebagai pemudah cara. Membantu backpackers menguruskan kenderaan awam yang dinaiki, berkongsi perihal sejarah merangkumi Turki umumnya dan khas tempat-tempat yang dikunjungi, tergantung kepada tema backpackers inginkan.
- Perihal makanan pula, biasanya kami tidak masukkan sekali di dalam budget, kecuali hostel/hotel yang menyediakan sarapan, atas permintaan backpackers, dan memandangkan kos bahan mentah dan makanan di Turki adalah rendah. Kami akan bawakan backpackers ke gerai/restauran makanan yang murah, bercitarasa tempatan dan berbaloi seperti mana rakyat kebiasaan. Kami turut memperkenalkan makanan tradisi Turki.
- Backpackers bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesihatan masing-masing sepanjang tempoh pengembaraan. sebarang masalah kesihatan perlu dimaklumkan terlebih awal
KembaraKauAku
0 diskusi:
Post a Comment