Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Sunday, June 14, 2015

Travelog Bintang #1: Kama | Bahagian 1


-Emak, saya nak kahwin dengan orang luar negara lah. Boleh tak mak?

+Tak payah lah. Susah nanti.

-Susah apa mak?

+Susahlah nak balik nanti kalau emak meninggal ke apa. Kalau emak dah meninggal, ko nak kawin dengan orang negara mana pun kahwin lah.

-Emak, bapak kan kahwin dengan orang luar negara hehehe. Apa salahnya sorang anaknya kawin dengan orang luar jugak.


+Macam sedih nanti, bila emak meninggal takde anak-anak kat sekeliling emak. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Kama, aku nak satu geng dengan ko!” “Aku pun!”. Kerenah kawan-kawan Kamariah, pada awal permainan. Setiap petang, sebuah kampung di Geylang meriah dengan suara-suara anak-anak kampung bermain, termasuk Kamariah. Satu-satunya kanak-kanak perempuan yang tak kalah nakal dan cergasnya seperti kawan-kawan lelakinya yang lain.

“Dah la tu Kama, kami nak main jugak. Bila ko nak kalah ni, ko asyik menang je ni”. “Kenapa Mahat tak macam ko pun?” Kawan-kawan mulai bosan menanti giliran untuk bermain dari Kama. Kama selalu menjuarai banyak permainan, terutama permainan ‘skipping’. Mahat pun tidak pernah mengatasi kejaguhan itu.

“Kama, makcik ko marah eh semalam? Ko balik lewat kan?” Kama tetap berdiam diri. Diam bukan kerana amarah yang dilontarkan oleh makciknya atau neneknya. Kama perlu meninggalkan zaman riang kanak-kanak ini. Melupakan cita-citanya sebagai uztazah. Cukuplah Kama berpengajian di Madrasah Wak Tanjong.


Bersambung...

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.