Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Monday, January 25, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #11: Gatwick Airport

| WOKING & READING

Alhamdulillah kami tiba dengan selamatnya di Gatwick airport, Londonshire. Segala urusan kastam dan bagasi juga berjalan dengan lancar. Cuma jiwa dan fikiran sedang mengambil waktu untuk menyesuaikan keadaan. Sudah. Mar, kamu sedang menjadi tamu United Kingdom. Percayalah, lihatlah semua ini, bangsa kulit putih mengucapkan ‘Selamat Datang’ kepada kita, membantu selok-belok lapangan terbang hingga bertemu kita dengan agen kereta kan? 

Benar-benar letaknya agen kereta di dalam Hotel Hilton. Melintasi lobi Hilton pun sudah senyum selebar-lebarnya. Walaupun urusan kereta memakan masa beberapa jam, saya mempelajari sesuatu. Bangsa Inggeris begitu serius menyambut segala macam laporan, pertanyaan, persoalan, penghargaan serta segala macam hal dalam urusan pentadbiran. Berdiri tegak, senyum, berkata-kata dengan penuh sopan santun dan berbudi bahasa. Very gentlemen. Pengenalan yang baik. Nice to meet you Englishman.

Setelah selesai urusan, baru saya benar-benar menyedari, hujan rintik-rintik membasahi bumi England. Sedikit dingin, mengenakan jaket sebelum berangkat memulakan perjalanan. Yang pertama sekali harus dilakukan adalah isi minyak dan tunaikan solat segera di masjid berdekatan. Mengambil peluang yang ada, saya melayari internet dengan percuma. 1 minit, siap. Ada masjid terdekat.



-I want to pay for petrol. 30 pound. 

+Oh have put the petrol?

-Not yet.

+You should put the petrol first. Then you come again here to do the payment. 



Saya berlari anak ke kereta, memaklumakan mereka untuk mengisi petrol dahulu sebelum pembayaran. Bukan saja saya, mereka turut terkejut. 60 Pound cukup untuk mengisi penuh tangki kereta Ford Fiesta. Berlari ke dalam stesen minyak kembali.



-It allowed ya to pay buy debit card?

+Yes. Sure. 

-It different ya with your country? You pay first and fill the fuel?

+Yes it different. 

-Where are you came form? Indonesia?

+Malaysia. Indonesia is my coutry’s neighbor. We speak in a same language.

-Apa khabar?

+Khabar Baik. Awak boleh cakap Melayu?

-Saya pernah bekerja di Indonesia.

+MasyAllah, nice to meet you.

-You too. Have a nice evening. 

+Oh sorry brother, do you know how can I buy British simcard?

-In Jusco. But you can try in another petrol station just around here.



Saya mencuri pandang tanda nama lelaki Asia Tengah itu. Abdul. Namanya, Abdul. SubhanAllah. Rasa ingin menari-nari di dalam rintik hujan. Semangat saya memberitahu mereka, yang saya sudah menemui Muslim pertama di bumi United Kingdom. Muslim yang berbahasa Nusantara pula tu.

Maaf Bro Abdul, kerana kamu sedang bertugas dan saya pula perlu segera berangkat untuk solat, jadi kita tidak boleh berbual lebih lama. Terima kasih atas banyak bantuan kamu. Moga Allah memberkati dan melancarkan perkerjaan kamu di bumi UK ini.


0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.