Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Wednesday, January 20, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #9: ILIM

| ISTANBUL

Kami bertamu ke ILIM sebelum berlepas ke London pada keesokan hari. Kami memasak di dapur ILIM sambil menunggu teman saya, Hakan iaitu Coordinator bagi ILIM ini. ILIM- The Istanbul Foundation of Science and Culture ini bertindak sebagai yayasan yang memusatkan pelbagai kajian terhadap Risalah Nur; himpunan risalah oleh seorang ulama terkemuka Turki. Beliau adalah Said Nursi Bediuzzaman. 

Yayasan ini mengembangkan risalah-risalah tersebut kepada pelbagai kajian yang dilakukan oleh ramai pelajar pelbagai bidang di seluruh dunia termasuk Malaysia. Pelbagai pertemuan pernah berlaku antara kami, di mana ILIM juga turut menyambut baik lawatan dan perkongsian ilmu antara mereka dengan pelancong dan pengunjung serata dunia yang berkunjung ke Istanbul. 

Sambil-sambil kami menunggu Hakan, kami berbual bicara bersama salah seorang sukarelawan di ILIM. Beliau adalah Ehsan, turut bertindak sebagai pelajar master kedua di bawah biasiswa ILIM yang mengkaji tentang sosiologi di bumi India. 


-Ehsan, when I walked around in Sultanahmet this morning, a made conversation with a guy. He said that Hagia Sophia will turn to mosque again. What do you think about it?

+Of course I agree if it turn to mosque. Along discussion about that. Political, economy and so on make it difficult. People said Islam win from that building. No, Islam doesn’t win from that way of course.

-He tought that, it related to economy. If Hagia Sophia turn to the mosque, it should be free enterance like other mosque. So no income from museum ticket.

-Yes. It can be remain as museum. We need money. Money is import too right? Said Nursi, the author of Risalah Nur also wish that the museum turn back to mosque again. Sure, I am glad to have a mosque. But, the mosque important is inside. We have mosque but nobody go to the mosque. We must attract people to go to the mosque. It begins from here. Iman, tauhid in here. 



Tangan Ehsan mendakap ke dada. Perbualan Ehsan bersama Bro Ibrahim membuat semua orang senyap. Terkedu dengan jawapan Ehsan. Benar sekali kata Ehsan. 

Dalam beberapa kali kedatangan saya ke Istanbul ini, saya melihat keindahan para jemaah berbaris dalam saf yang tegap dan lurus hingga kadang kala mengambil ruang halaman luar masjid. Ini Bandar paling besar dan tersibuk di Turki. Populasinya melebihi jumlah kesemua rakyat Malaysia. 

Membayangkan setiap kali ibadah solat Jumaat berlangsung, semua orang di bandar ini berbaris dalam saf di mana-mana sisi bandar. Kerana, 1001 masjid yang ada tidak dapat menampung keramaian jemaah solat. Tiada lagi mereka yang tidak segan silu sedang makan, membeli- belah dan berjalan ketika solat Jumaat sedang berlangsung. 

Tapi, ini kota yang banyak mengajar saya erti tidak berputus asa menegakkan ajaran Islam. Bukan sahaja kota ini, malah kerajaan Turki ini khususnya. Pada bulan Ramadhan, masjid-masjid meriah berhiaskan lampu memanggil tetamu untuk beribadah atau menjenguk sebentar apa yang berlaku di sekitar masjid. Pesta buku berdiri segak di sisi Masjid Beyazid II selama sebulan. Disampingnya, khemah besar dan pentas turut bersuara sepanjang malam silih berganti mendendangkan syair, nasyid, teater dan pelbagai macam persembahan. 

Pesta di sisi Masjid Biru pula terang benderang meraikan para pengunjung menikmati juadah makanan dan pelbagai kraf. Sedang solat Terawih didirikan di dalam masjid, komuniti dan pelancong tidak segan silu menghadiri pelbagai aktiviti di sekitar masjid. Hal yang baik bukan, kerajaan memanggil rakyatnya mendekati masjid sebegini caranya. Lama- kelamaan, rakyat merasa selesa dan semakin rapat dengan institusi masjid. Belum lagi kisah kemeriahan iftar terbuka di semua masjid besar. 

Pelbagai macam kisah pembangunan Islam di Istanbul dan Turki. InsyAllah nanti saya khabarkan dalam travelog Turki. Dalam waktu yang sama, Turki juga tidak melepaskan peluang menyebarkan dakwah di luar sempadan Turki. Tradisi para sultan sebelum ini mengembangkan empayar islam di wilayah Eropah masih berterus hingga kini. 

Terdapat beberapa institusi Turki bertapak di bumi United Kingdom. Termasuklah dua buah masjid yang terkenal di ceruk kota London. Iaitu Aziziye Mosque di Newington Road dan Suleymaniye Mosque di Kingsland Road. Sebuah takdir, ketika kami bertemu Hakan, kami membicarakan soal kunjungannya di London baru-baru ini. Dia mencadangkan kepada kami agar singgah ke dua-dua buah masjid yang terlintas di fikiran saya tadi. 

Masing-masing keletihan, dan nampakanya perbualan tidak berpanjangan. Kami bercadang untuk ke ILIM lagi setelah kembali dari UK untuk berkongsi perihal pengembaraan ini dengan Hakan yang bersungguh mahu mengikuti trip kami. Hakan, ILIM ini memerlukan khidmat kamu tanpa ada batas waktu dan cuti. Bagaimana kamu yang sesibuk ini boleh memiliki dua ijazah pertama, dua ijazah sarjana, dan sekarang baru menamatkan dua buah ijazah kedoktoran?




0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.