Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Friday, January 15, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #8: Qatar Airway

| ISTANBUL

-Bila kali terakhir akak berada di UK?

+Em 12 tahun lalu. Di London sahaja. 



Qatar Airway sedang membawa kami menerobos awan gemawan yang entah di lapisan langit yang mana satu. Kak Edward berimpian memerhatikan kembali kampong keduanya, United Kingdom. Selain dia pernah menetap di Scotland bersama suami dan anak-anak selama 2 tahun, dia sememangnya berdarah Inggeris dari keluarga Edward. Nama sebenarnya adalah Hayati Edward, namun senang saya memanggilnya dengan nama keduanya. 

Fikiran saya melayang ke dalam memori setahun lalu, pengembaraan pertama kami di Turki yang menjelaskan kondosi Tanah Inggeris yang selama ini disalahertikan oleh saya. 



-Kak Edward, apa beza England dengan UK, bukan ke sama?

+Oh, England tu dalam United Kingdom atau kesatuan sebuah kerajaan. Dalam UK ada England, Wales, Scotland dan Northen Island.

-Oh saya ingatkan UK negara lain, dan England lain. Ireland bukan dalam UK ya kak?

+Bukan, Northen Ireland yes. 

-Kiranya ada dua negara ada perkataan ‘Ireland’ dalam nama mereka?

+Ya, mereka duduk dalam pulau yang sama. Macam Sabah dan Sarawak tapi negara lain



Penerbangan panjang menuju ke Qatar sebelum bersambung ke Turki ini tidak dapat memujuk mata untuk tidur. Tetapi, membawa fikiran melayang jauh dan kadang terawang-awang di atas awan membayangkan kerajaan langit yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. 

Banyak bahan bacaan telah bergabung dalam satu buku catitan sebagai bekal. Tapi semakin banyak membacanya, semakin banyak hal yang saya tidak tahu. Semakin banyak membaca tentang Islam dan Muslim di United Kingdom, semakin merasa tidak tahu apa-apa. 

Peluang berada di dalam dakapan pengembaraan, sebanyak-banyaknya mahu berdoa. Apatah lagi sedang dipeluk kerajaan langit. Sudah tidak punya apa, melainkan punya harapan dalam doa. Walaupun ada teman kembara, masih perlu berdoa moga hubungan baik-baik saja sepanjang jalan. Allah sebaik-baiknya teman. Allah, sebaik-baiknya pemandu keputusan. Allah yang Maha Mentadbir segala urusan, sesungguhnya kami tidak mampu.


0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.