Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Wednesday, April 13, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #14: Masjid Shah Jahan

| WOKING & READING

Kepenatan terhambur keluar dari pintu kereta. Gembira teramat melihat papan tanda masjid yang bergantungan di salah satu tiang di hujung jalan. Kami mengambil selekoh kanan. Gelap dan berbalam-balam jalan disinari lampu neon. Berdebar. Ada kubah hitam yang besar kelihatan di hadapan kami. Ini. Ini masjidnya Shah Jahan. 

Ya Allah, inikah masjid yang terkenal itu? Masjid antara yang terawal di United Kingdom? Persekitaran masjid sunyi, Cuma bunyi hujan yang merintik ke bumi. Tiada seorang pun yang kami temui. Beberapa buah bilik atau barangkali rumah yang masih punya lampu menerangi ruang. Lagipun, agak lewat kami tiba di sana. Menara putih empat segi dengan ktinggian yang sederhana kelihatan segak di penjuru pintu utama masjid. Menara yang berlubang itu juga terhias di puncaknya kubah kecil seperti bentuk bawang. Pintu hadapan pula berwarna hijau, namun tertutup rapat. Cuma tangan yang menyentuk ingin menikmati rohaninya dalam-dalam. 

Ada banyak pendapat yang menyatkaan masjid Shah Jahan ini adalah masjid pertama dan terawal di United Kingdom. Tak kalah juga pendapat yang sama terhadap masjid yakni rumah Syeikh Abdullah Quilliam di Liverpool. “Masjid indah ini adalah sesuatu yang terlihat unik berdekatan dengan landasan keretapi”, kata Dr Leitner. Iya ,Cuma 15 minit jarak masjid ini dari stesen keretapi berdekatan. Dr Leitner adalah orang yang bercita-cita mendirikan rumah ibadah bagi Muslim, Kristian, Yahudi dan Hindu. 

Beliau mengusahakan masjid ini terlebih dahulu, kerana meraikan kos pembelian tanah yang telah ditanggung oleh Sultan Nizam dari Hydrabad. Beliau yang banyak terbabit dalam kajian dan pembelanjaran orientalis dan agama di India, mengangkat senibina India sebagai pokok idea rekabentuk masjid ini. Ia telah dibuka kepada umum pada tahun 1889, dan menyambut kedatangan orang pelbagai kaum, agama dan kewarganegaraan. 

Tahun berikutnya, Dr Leither telah jatuh sakit dan meninggal pada tahun yang sama. Beliau tidak berkesempatan membina rumah ibadah bagi agama lain. Masjid Shah Jahan ini pula terbiar kosong tak berpenghuni hingga tahun 1912. Tahun 1912 menjadi saksi kepada pertukaran milik masjid, di mana Khwaja Kamal-ud-Din iaitu seorang tokoh Muslim dan peguam telah datang ke England dari Lahore.

Beliau telah mengasaskan, Woking Muslim Mission & Literary Trust dan Islamic Review bulanan. Sejak itu, Masjid Shah Jahan menjadi pusat antarabangsa bagi perbahasan Islam di Barat. Khabarnya, masjid ini juga merupakan lokasi asas perasmian Ahmadiyyah di United Kingdom. Saya tidak mahu menyentuk hal ini dengan mendalam. Moga suatu masa nanti, akan ada kementerian agama Islam di United Kingdom yang menyeleraskan banyak hal di tanah Inggeris ini.


0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.