Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Thursday, April 14, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #15: Pemetaan Manual

| READING
Masing-masing kelihatan letih. Kami mengangkat keputusan untuk berehat sebentar di perkarangan sebuah stesen minyak. Setelah berehat beberapa jam, kami terus bergerak dari satu kota ke kota lain bermula dari Selatan England. 

Saya dan Kak Edward memasuki kedai runcit stesen tersebut, membeli semangkuk besar gula-gula dan coklat buat teman sepanjang pemanduan serta tambahan tenaga pada tubuh badan. Kami menyapa Peter. Pembantu stesen minyak itu membantu kami mengatasi masalah simcard kami. Semua kredit percuma di dalam simcard telah habis kerana keperluan aplikasi di dalam telefon tersebut telah menggunakan perkhidmatan internet sepenuhnya. Tambahan lagi, penggunaan GPS pada telefon memang bakal menghabiskan banyak kredit dengan segera.

Jadi Peter mencadangkan kami dua pilihan sama ada menambah kredit yang bakal habis dengan segera atau penggunaan map secara manual. Kami membeli buku map yang mencakupi maklumat geografi keseluruhan United Kingdom dengan harga sekitar 17 Pound. 

Saya yakin, buku manual itu juga suatu usaha yang baik bakal membantu urusan perjalanan. Sesat sekalipun, pasti ada hikmahnya yang akhirnya bakal membawa kami jelajah dan mencuci mata dan jiwa akan banyak sisi United Kingdom sepanjang jalan sambil menziarahi masjid. Allah bagi percuma, em dalam kata lain; anugerah. Yang penting, kesabaran dan tawakal perlu dipertingkatkan sepanjang pengembaraan. 

Saya sendiri tidak pasti apa yang berlaku pada telefon Bro Rahim, di mana google map masih boleh menunjukkan gambaran secara kasar jalan-jalan utama, seperti motorway dan jalan alternatif. Ataupun hal ini boleh terjadi kepada mana-mana telefon tanpa menggunakan perkhidmatan internet. 

Atau walaupun kredit internet telah habis sebelum tarikh akhir, ia masih membantu sedikit sebanyak proses pemetaan. Rezeki perjalanan yang amat membantu, selain proses pemataan melalui buku untuk maklumat lebih terperinci. Kedua-dua kaedah member sumbangan yang amat bermakna.


0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.