Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Thursday, April 14, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #16: Masjid Reading

| READING


Setelah mendapat rehat yang baik, kami berangkat ke Reading sekitar jam 2 atau 3 pagi. Ada dua masjid di Reading yang telah saya senaraikan di dalam buku catitan iaitu Jamia Masjid dan Abu Bakar Masjid Trust. Kedua-dua masjid terletak di pekan Earley, Reading di Berkshire. 

MasyaAllah, sedang saya meneliti kedudukan Oxford Road di mana Masjid Abu Bakar itu berada pada buku manual map, saya perasaan beberapa kota utama di United Kingdom Inggeris turut meletakkan simbol masjid utama sebagai tanda lokasi masjid di sekitar bandar. Hal sekecil ini menunjukkan betapa tanah Inggeris ini meraikan keberadaan pelbagai agama dan bangsa. Sekali lagi, Allah memberi rezeki dan hikmah atas pembelian buku manual ini.

Di waktu hari sedang bergelap pun, mereka berdua teruja menyaksikan senibina-senibina Inggeris di sekitar Reading. Kata mereka telah banyak hal pembangunan yang masih kekal tidak berubah sejak 20 tahun lalu, dan begitu juga pembangunan baru yang menambah pada pengetahuan dan pengalaman. Iniikan pula saya yang belum pernah ke Tanah Inggeris, lebih-lebih lagi teruja. 

Cuma mengambil masa beberapa minit untuk bertemu rumah ibadah kedua ini setelah menemukan lokasinya pada peta. MasyAllah, Masjid Abu Bakar Trust begitu segak mewarnai corak pembangunan perumahan di Oxford Road ini. Ia benar-benar terletak di salah satu lot rumah. Tinggi, besar dan kacak memayungi kesuluruhan kawasan perumahan. 

Menerusi beberapa bahan bacaan, masjid ini sedang mengalami fasa terakhir sebelum perasmian pembukaannya bakal berlangsung. Namun, masjid ini sudah mula menjalankan pelbagai aktiviti disamping ibadah solat berjemaah. Kami menyaksikan keindahannya dari luar pagar sahaja, dan imiginasi rohaninya berawangan dalam fikiran tak peduli rintik hujan membasah bumi.

Masjid ini memiliki sebuah menara yang tinggi melangit, dan saiznya jauh lebih besar dari Masjid Shah Jahan. Ia boleh menempatkan 1000 orang jemaah dalam satu masa dengan 3 lantai bertingkat yang tergambar dari fizikalnya. Saya turut membayangkan masjid ini begitu meriah menyambut jemaah solat setiap kali hari Jumaat yang mulia berlabuh. Pasti perkarangan masjid ini penuh dengan pelbagia kemesraan dan sapaan khabar, sambil ada ruang dakwah mencelah bagi meraikan keberaadaan komuniti bukan Muslim.

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.