Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Wednesday, February 27, 2013

Travelog Turki#2: Niat yang kuat




Sebuah coretan tanggal 28 Januari 2010 dibaca. ”travel throughout Malaysia while photo taking by 24 from now” ditulis merujuk kepada”my daily travelog” pada usia aku 22 tahun. Peristiwa itu berlaku di IMGLAD (Iskandar Malaysia Graduate Leadership Assessment and Development).
“Jauh manakah aku mahu pergi sebelum usia itu?”, soal Dr Firdausi.
Lalu jawabku,“sekurang-kurangnya negara di Asia Tenggara”.
“Kamu mempunyai bakat yang sedang diasah tajam dan pula kena dengan minat mengembara kamu, kamu akan dapat mengembara bersama fotografi kamu sebelum angka 24 itu”, tambahan ayat-ayatnya yang menganjal motivasi diri aku.
“Amiin ya Rabb”.
            Nikmat sebuah pengembaraan yang adalah nikmat yang sangat hebat. Niat hati ini, ingin sekali menziarahi bumi Asia Tenggara sahaja. Belum berani menukar angan jadi cita. Namun, Allah Yang Maha Penyayang memanjangkan langkahku jauh nun menyeberangi benuaku hingga menjamah tanah Eropah, Istanbul itu.
            Pada penghujung Mei dan awalnya Jun 2011, pengembaraan mula mengambil bahagian lagi selepas Singapura. Iaitu, Sarawak dan Brunei.Kemudian, akumelangkah sedikit jauh ke Asia, melebarkan pandangan mata di bumi China pada bulan Jun 2011. Kemudian rumah keduaku pula, bumi Turki selama 2 bulan dari penghujung Jun dan berakhir pada awal September 2011 dan dihadiahi pula bumi ambia’ Mesir sekembalinya aku dari Turki.
            Aku kerap diingatkan dengan persoalan niat. Supaya angan tak tua dimakan masa tanpa usaha, lalu jadi cita yang penuh motivasi untuk dicitakan misinya. Aku sedayanya memperkemaskan niatku. Cuba banyak kali aku menidakkan bahawa ia bukan anganan. Ia janji. Janji buat diri malah untuk saudara sesama manusia bahawa kita yang punya kesedaran erti musafir itu akan mengambil pengajaran dari umat yang terdahulu dan berkongsi akan kebenaran indahnya mengembarakan fizikal hingga mengrohanikan lagi hati dan membesarkan jiwa.Kita yang terpilih pada permusafiran ini perlu kembali kepada masyarakat berkongsi ibrah yang dicedok dengan hati kita ini.
            Kali ini bukan sahaja zahirnya tubuh mereka dan zahirnya negara itu yang mahu dijelajahkan, tetapi rohani dan jiwa ini diberontakkan dan rohani negara itu yang perlu digali, diambil pakai, dikisahkan dan disebarkan kejernihannya. Aku percaya bahawa tidak semestinya si kaya sahaja bisa mengembara serata dunia dengan wangnya, jika tidak dipasakkan niat juga mereka tidak bisa berganjak ke daerah yang lain.
            Niat yang kuat itu mendorong hingga mendesak perkara-perkara yang positif diteruskan dengan sungguh-sungguh bagi menjamin kelangsungan cita-cita diutamai dengan pencarian akan redha Allah terhadap usaha-usaha ini. Kekuatan dicari kita, bukan mencari alasan hingga luntur semangat juang buat diri yang kerdil.”Kuatkan niat,”pesan Kak Ummu saat dia menerobos awan Turki terlebih dahulu dariku.


"Pasang niat kuat, berusaha keras dan berdoa khusyuk, lambat laun, apa yang kalian perjuangkan akan berhasil. Ini sunatullah-hukum Tuhan."                              
(Negeri 5 Menara)





0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.