Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Thursday, February 28, 2013

Travelog Turki#3: Tiga kali setahun


Untuk menyertai penerbangan ke Brunei dan destinasi luar negara seterusnya,aku memerlukan passport yang baru keranapassportku bakal berakhir pada kurang daripada 6 bulan. Aku bertolak ke Kuala Lumpur kurang 24 jam dari waktu penerbangan. Bangunanan Wisma Wangsamaju, adalah tempat paling ideal harus aku tempuh, merujuk kepada tempat dan waktu penerbangan. 10 minit sebelum waktu pejabat hari itu akan berakhir.
            Situasi itu memungkinkan aku tidak sempat untuk melaksanakan hajat akan  kehadiran aku di situ apatah lagi ke Brunei.Aku diterima. Pelanggan yang terakhir. Memaksimumkan gerakan, berkejar ambil gambar. Mana ku tahu, tidak boleh gambar yang agak ketinggalan. Perlu gambar yang terkini. Isi borang, dan hantar. Ini kali pertama, aku memajukan passport yang kedua. Dalam tempoh kurang 24 jam untuk penerbangan pertama kali dalam hidup aku. Passport yang lalu itu, buat ziarah kampong halaman emakku di tanah Singapura.
            Selamat tiba dan pulang. Bandar Brunei penuh sejahtera. Papan-papan tanda penuh dengan tulisan jawi. Tiada bangunan yang melibihi tingginya menara masjid. Sarawak pula buat aku jadi istimewa. Walau aku bukan dari keturunan asli, tetapi aku Melayu. Melayu yang turut tergolong bersama mereka sebagai penduduk asli Malaysia. Sang warganegara Malaysia. Bertemu mereka juga, turut membuahkan rasanya istimewa. Kerana merasai suasana lain dari daerah sendiri. Aku cintakan tanah airku.
            Aku bertandang ke Kuala Lumpur lagi, usai selesai urusan di Brunei dan Sarawak. Kali ini menguruskan Visa ke China pula. RM300 jadi korban. Itu semua harus aku lakukan kerana penerbangan bagi misi ke China akan berlaku dalam tempoh kurang dari 24 jam juga. Kedua-dua misi Borneo dan China ini, aku bertindak sebagai jurugambar. Dijanjikan bayaran yang jauh lebih murah dari apa yang aku usahakan dalam perniagaan fotografi aku. Semestinya, kerana aku peserta dan mereka yang lain adalah kawan-kawan dari medan pengajian yang sama. Namun berlaku kekhilafan dalam hubungan itu.
            Sudah jatuh ditimpa tangga, dengan tidak menyediakan apa-apa sumber kewangan untuk kedua-dua misi kerana percaya akan hubungan kawan-kawan itu. Sejujurnya, hati ini luluh. Saat-saat akhir perkhabaran diterima.Longlai, dalam ketegapan. Alhamdulillah, berbekalkan lebih kurang RM100 ke Borneo dan sekitar RM60 sahaja ke China sudah mencukupi buat keperluan lainku. Buat beli keychain, postcard dan mug. Disamping itu,  segala kecukupan seperti tiket, makanan dan tempat telah diselesaikan ketika bergerak kerja sebelum keberangkatan kami. 
            Usai urusan visa, aku bergerak menuju ke LCCT. Ambil KTM, dan berterusan perjalanannya dengan bas. Bimbang, wang bakal merosot terus jika aku menaiki ERL. Pasti kurang dari RM60 wang perjalanan di China. Hati masih dalam duka, terbawa-bawa hingga semangat mengembara tak layak mengambil tempat.Aku mengadu tentang urusan pasportini kepada sahabatku. Bukan pengaduan benarnya, mencari kata-kata semangat dan penguat doa. Kemudian katanya, moga hikmahnya nanti ini bagi tujuan pengembaraan kami ke Turki pula.
             Alhamdulillah. Semangat mula mengambil tempat. Kekuatan dari Tuhan perlahan-lahan menjadi gunung. Aku menamatkan perjalanan di China. Tika itu, separuh hati sudah di Turki. Hari demi hari menanti keputusan dari Duta Turki di Kuala Lumpur mengenai permohonan kami bagi”Scholarship of Turkish Language Summer Course Program”. Program ini menuntut kami terbang mengembara ke Turki pada penghujung Bulan Jun 2011 dan pulang ke tanah air pada awal September 2011.

“Pergilah bermusafir dengan penuh keyakinan. Nescaya kamu akan memperolehi semula segala apa yang engkau telah belanjakan. Hidup akan terasa nikmat setelah kita berkerja keras dan kuat berusaha ketika berada di tempat orang. Sesungguhnya tasik yang tenang dan tidak mengalirkan airnya akan membusuk dan menjadi mati. Seekor singa di hutan hanya dapat membaham mangsanya setelah ia keluar dari sarangnya. Anak panah tidak akan mengenai sasaran jika tidak dilepaskan dari busurnya. Minyak ambar yang harum itu asalnya hanya kotoran binatang, tetapi setelah ia terpisah dari tempatnya banyak orang 

menyukainya. Celak mata itu berasal dari batu di tepi jalan. Tetapi dapat menghiasi kelopak bulu mata manusia setelah meninggalkan pinggir jalan itu,”kata Imam Syafie apabila ditanya anak muridnya mengenai faedah bermusafir.

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.