Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Monday, March 4, 2013

Travelog Turki#4: Kursus Musim Panas


KEPUTUSAN DIAMBIL
Alhamdulillah, setelah menanti hampir 2 bulan, keputusan telah pun diambil oleh pihak duta. Tanggal 20 Jun 2011, nama aku dipamerkan sebagai penerima Turkish Government Scholarship for Turkish Language Summer Course.2 calon pelajar perempuan dan 3 calon pelajar lelaki disenaraikan sebagai mewakili negara Malaysia bagi tahun 2011. Namaku, sahabatku dan dua lagi peserta lelaki yang tidak aku kenali juga.Kedutaan Turki di Malaysia kali ini telah menerima 5 orang peserta kursus sahaja berbanding Indonesia.
Sesampainya aku di Turki, aku dikhabar dari teman Indonesia, bahawa 21 orang mewakili negara serumpun itu. Jumlah ini meletakkan Indonesia sebagai juara dengan menduduki carta tertinggi dalam penyenaraian peserta dari pelbagai negara pada tahun 2011.Aku turut menumpang gembira akan kemeriahan jumlah calon dari negara itu. Kerana kami mewakili rumpun yang sama, Nusantara dan Asia Tenggara.
Satu tahun berkursus bahasa Turki akan membolehkan para pelajar menyambung pelajaran di Turki sama ada di peringkat ijazah mahu pun peringkat akademik yang lebih tinggi.Proses pengambilan pelajar ijazah dan paska ijazah juga berlaku pada masa yang sama dengan peserta kursus musim panas sebegini. Tawaran sebegitu dibuka pada setiap tahun dalam bulan April ataupun Mei. Tawaran sebegini, agak kurang menyerlah disekitar tahun tersebut. Kursus ini, masih belum popular untuk diketahui oleh umum.
Dan menjadi batu loncatan juga kepada sesiapa yang telah fasih berbahasa Turki. Mereka boleh mengurangkan masa setahun itu kepada beberapa bulan sahaja berdasarkan ujian yang mereka lakukan sebelum jangka masa berkursus itu ditetapkan oleh pihak universiti.Ada 3 peringkat dalam masa setahun itu, iaitu basic, medium, dan advance.Peringkat pertama itulah yang akan diduduki oleh setiap penerima biasiswa sepertiku.
Kini, kursus bahasa Turki, begitu banyak disediakan di bandar Istanbul. Ramai pengembara tegar, mengambil peluang tersebut untuk beberapa minggu. Secara percuma juga ada, malah ada juga berpakej sekali bersama tempat penginapan. Namun, bagi peringkat akademik ijazah dan seterusnya, ada beberapa badan atau pihak yang khusus buat kursus tersebut. Seperti badan TOMER yang terlibat dalam biasaiswa ini, Ia dipilih sebagai tempat pembalajaran bahasa Turki bagi kebanyakkan program pembelajaran bahasa Turki buat peserta dari pelbagai negara.
BAHASA
Kata tuan Syed Muhammad Naquib al-Attas, 
"Ciri-ciri kesan Islam pada sejarah sesuatu bangsa harus dicari bukan pada perkara-perkara atau sesuatu yang zahir mudah ternampak oleh mata kepala, akan tetapi lebih pada perkara-perkara yang terselip tersembunyi dari pandangan biasa, seperti pemikiran sesuatu bangsa yang biasa terkandung dalam bahasa." 
Aku yakin bahawa mempelajari bahasa itu, amat utama dalam mengenal sesuatu hal yang lahir dari bahasa itu sendiri. Akan jadi benar-benar tengegelam dalam budaya dan kesuluruhan hidup sesuatu tempat itu. Penghayatan kepada sesuatu itu jadi luas dan hinggakan apa-apa yang tak terjangkau dek bahasa kita akan sampailah ia.
Satu contoh yang sangat dekat boleh diambil. Bahasa Al Quran yakni bahasa paling indah itu. Manakan sama memahami Quran dengan dalam, dengan bahasa Melayu sahaja, tanpa memahami dengan bahasanya. Bagaiamana aku boleh mengenal akhlak, budaya dan gaya hidup baginda Rasulullah, jika tidak memahami bahasa baginda. Begitu juga bahasa lain. Banyak sekali kalimah yang tidak boleh boleh difahami dalam bahasa aku, maka perlahan-lahan dan istiqamah aku harus mempelajari sesuatu bahasa. Kemalasan itu selalu memusnahkan keazaman, maka aku harus mencari motivasi untuk menindasnya.


"Amat sulit rasanya membayangkan dunia ini tanpa kata-kata.Perkembangan peradaban manusia selama beribu-ribu tahun telahmemberi arti pada bahasa dan kata yang dulunya hanya memilikimakna simbolis..."
(Seri Pengembangan Diri)

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.