Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Saturday, March 9, 2013

Travelog Iran#1: Buka Minda








Alhamdulillah. 

Segala urusan di Iran kini selesai. Perjalanan ini memberi impak yang sangat besar kepada minda aku tentang negara Parsi ini. Negara yang diduduki sebahagian besarnya oleh mereka yang berpegang kepada fahaman Syiah. Aku bersama tiga teman pengembara mengambil langkah berhati-hati bagi tujuan kembara satu minggu itu. 

Sebelum melakukan permusafiran aku dimomokan dengan pelbagai perspektif negatif yang menutup perkara-perkara positif. Aku sendiri kerap sahaja berurusan dengan apa yang dikatakan negatif itu. Tetapi itu semua harus menjadi sebahagian pemikiran minoriti aku. Tidak sesuai, malah tidak adil bagi mereka yang lain di tanah Iran sendiri. Aku perlu mengembara ke sana, menikmati perkhabaran dan panorama watak-watak mereka dari tanah kelahiran jasad dan rohani mereka untuk menyangkal mahupun membenarkan tanggapan-tanggapan tipis saku sebelum ini. 

Usai permusafiran, aku ketahui bahawa banyak persepsi di Malaysia tentang Iran adalah agak tidak sesuai disandarkan dari realiti sebenar di sana. Ada juga persepsi itu sebenarnya jauh berzaman dahulu dan masih dibicarakan oleh kita kini seolah-olah tiada yang berubahnya keadaan mereka itu. Tetapi juga ada sebahagian persepsi yang benar dan perlu diperhalusi kebenarannya. 

Semua pihak tidak boleh disalahkan dalam hal ini, kerana pintu antarabangsa antara Iran dan dunia luar tidak dibuka, menyebabkan segala berita terkini dan khazanah beribu tahun di sana tidak dikongsikan oleh media massa. Ia diakui oleh rakyat mereka sendiri, rakyat yang terturut akan keadaan pengmalan kerajaan mereka, mengamalkan dasar Negara tertutup. Khabar tentang ketaksuban Syiah di sana pula, sebenarnya dilakukan oleh sebahagian pihak sahaja, dan aku belum mampu berkongsi tentang itu, perlukan bertahun-tahun penyelidikan atau bermastautin lama di Iran memungkin untuk aku faham tentangnya. 

Imej yang dibawakan oleh warga Iran yang bermusafir ke Malaysia pula tidak mencerminkan adab dan kesopanan seluruh warga Iran secara kesuluruhan. Malah membawa imej sosial yang buruk menyebabkan kita di sini memandang Iran secara negatif dari banyak aspek. Jelas diakui kebenaran persepsi itu, dan jelas dari pandangan mata ini yang melihat kesopanan pakaian warga Iran yang berpijak di realiti kenegaraan Iran di sana.


Kerana pintu itu perlu dibuka oleh pelancong yang tidak diundang seperti aku ini, aku merasakan terpanggil untuk menghidupkan corak yang kusam dalam persepsi masyarakat kita kini tentang mereka, jadi aku ingin berkongsi apa yang tersirat dan tersurat di dalam negara Parsi ini secara umumnya, moga ia turut membuka minda, turut terkongsi pengajaran dan pengalaman serta mencetuskan pemikiran yang terbuka dan baru. InsyaAllah moga bermanfaat

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.