Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Tuesday, March 12, 2013

Travelog Iran#2: Sahabat Perjalanan



            30 Mei 2012, bas Swarna Bumi berhawa dingin meluncur perlahan membawa aku dan Kak Ummu melintasi negeri lain ke kota pusat, Kuala Lumpur (KL). Alangkah gembiranya aku, jika kai dapat menharungi pengembaraan di bumi Parsi bersama seperti pengembaraan bumi Al-Fateh yang lalu. Itu semua sudah menjadi keizinan Allah sebegini caturannya, kesudiaan Kak Ummu menemani aku ke KL pun sudah benar-benar mengharukan anugerah Tuhan ini.
            Kak Ummu meluangkan sebahagian cuti sekolahnya sebagai guru praktikal di rumahku, disamping bertemu sahabat-sahabat yang lain di madrasah ilmu UTM di selatan tanah air. Empat hari kiranya, Kak Ummu membantuku dalam urusan pekerjaanku sebagai free lancer. Pengorbanan masa yang cukup besar. Tak mampuku balas tanpa kudrat dari Tuhan. Ditambah pula pengorbanan masanya demi persahabatan ini, sanggup dia menerima perlawaanku bersama-sama ke KL walhal dia perlu terus sahaja pulang ke Melaka, kampung halamannya.
            Persahabat tidak mengenal erti mengalah dalam memberi dan menerima keluangan masa, tenaga hatta harta sekalipun. Bila ukhuwah itu diangkat niatnya kerana Allah, maka iman yang menjadi ukurannya. Aqidah menjadi pasaknya. Sahabat itu, aku ketahuinya apabila dia sebagai teman, kawan, dan bermusuh sekalipun kerana Allah segala gerak gerinya terhadapku. Apabila tak bertemu, rindu dibalas doa, iman terasa bertambah dan  bercambah tika bersamanya.
Di dalam bas, kami mengisi masa berbaki bersama ini dengan baik, asyik bekerja di komitmen sendiri, terasa lama pula tidak berborak panjang perihal persahabatan, keluarga, pengajian ilmu, kerja, pembaktian terhadap agama dan lain-lain. Panjang lebar termasuk topik pengembaraan ini. Kami punya cerita cita dan cinta yang sama. 

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.