Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Friday, March 8, 2013

Travelog Turki#9: Meraikan Komuniti Yang Gemar Berbicara


30 Jun 2011…
Perancangan Allah itu jauh lebih kemas dari perancangan makhluknya yang kerdil ini. Kami bertemu pihak kementerian di Cağaloğlu yang berhampiran dengan Masjid Biru. Katanya, proses itu memakan masa yang panjang, dan mereka juga tidak mahu mengambil risiko untuk tujuan itu.Ada hikmahnya atas semua limpahan takdirNya ini. Redha itu begitu melegakan. Kesedihan semakin jauh ku tinggalkan. Kerana perpisahan yang bakal terjadi, kami membeli sim card untuk memudahkan perhubungan antara dua benua ini.
Benar kata Bro Irfan, sim card di sini sangat mahal antara 30TL ke 50TL dan mungkin lebih dari itu lagi.Ada 3 syarikat telekomunikasi telefon mudah alih di sini, iaitu Avea, Turk Cell danVodafone.Turk Cell menduduki tempat pertama carta pilihan rakyat Turki. Syarikat itu sangat terkenal sekali dengan kemudahan saluran sosial Facebookyang disediakan secara percuma.Mujur di tengah kota Sultan Ahmed ini, seorang adik yang mungkin sedangbercuti sekolah pada musim panas ini mencadangkan kepada kami untuk membeli sim card terpakai.Hanya 25 TL setiap satu, Avea.
Avea menyediakan kemudahan yang tidak kurang juga hebatnya, hanya isi kedit 10TL aku boleh dapat kemudahan 1100 mesej percuma selama sebulan, iaitu 1000 mesej kepada pelanggan syarikat yang sama. Satu mesej berharga 40 kuruş. Tetapi ia relevan dengan komuniti di sini yang gemar bercakap berbanding menaip mesej. Satu minit perbualan jauh lebih murah dari harga satu mesej. Di Turki ini, telefon sahaja yang perlu didaftarkan jika mahu tinggal di sini melebihi dua minggu.Jika tidak, ‘emergency call’ akan tertera di kaca telefon bimbit. Ini terjadi pada tahun 2011, tidak tahu kini bagaimana  situasinya.


"Kau tau, terkadang keakraban justru dimulai dari membicarakan hal-hal yang ringan, remeh, sederhana, atau sudah sama-sama diketahui, sambil bercanda tawa. Antara kau dan aku. Tapi dari sanalah percakapan terbentuk, komunikasi terbangun dan peradaban dimulai. Meski dengannya pula suka, duka, luka, kecewa dan airmata bisa tumbuh..”
(Pandasurya)

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.