Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Tuesday, March 12, 2013

Travelog Turki#10: Setulip Teh di SultanAhmed



30 Jun 2011…
Kisahnya setahun lalu, selepas kembalinya Kak Ummu dari permusafirannya yang pertama di Turki, dia memperkenalkan kepadaku teh dan pidedaging (pizza lonjong) di sebuah restauran dengan nama Sultan Kitchen,UTM. Pide adalah adunan tepung yang di atasnya ada kombinasi daging,cendawan, telur,cheese dan lain-lain.Hampirmenyerupaipizzatetapi dihidangkan bersama kejudancheese yang diparut.Pada petang 30 Jun 2011 itu, kami menjamu cheese pide pula.
Kami berdua sahaja minum tiga cawan çay (teh) tiap seorang. Sudah disuakan untuk menambah teh, apa lagi kami langsung sahaja mengiyakan tindakan itu. Teh menjadi momokan para pelancong yang singgah ke Turki.Berbeza, teh Turki ini dari yang lain, dari segi originalitinya dan cara hidanganya.Teh adalah minuman kebiasaan yang dihidangkan ketika sarapan, selepas atau di antara hidangan, dalam perjumpaan sosial atau perjumpaan formal.Kebiasaannya teh dihidangkan dalam gelas traditional yang berbentuk bunga tulip.Aku juga kagum akan cara penyediaannya. Di mana satu cerek kecil di letakkan di atas satu cerek yang lebih besar.
Mulanya air mentah akan didihkan di dalam cerek besar,  usai didih, sebahagiannya akan dituang ke dalam cerek kecil bersama daun teh Turki. Kemudian air mentah ditambah lalu dididihkan lagi bersama cerek kecil di atasnya.Beberapa minit kemudian, bertulip-tulip teh boleh dihidangkan dengan menuangkan ibu teh dari cerek kecil dan air kosong dari cerek besar. Sudu kecil bersama serbuk gula atau ketulan kiub guladiletakkan di sisi tulip.Sedia untuk dihidangkan lalu diminum. Ulang-ulang tulip demi tulip. Selagi cerek ada di atas lenggok-lenggok api yang kecil, menemani perbualan saban hari warga Turki. Jangkitan budaya kepada pengembara juga.
Sepanjang sesi minum, kedua-dua cerek sentiasa dipanaskan, supaya mudah untuk melakukan hidangan secara berulang-ulang. Istimewanya lagi, di sesetengah restauran kita boleh minum beberapa gelas teh dengan bayaran untuk 1 gelas sahaja, jika kita membeli menu makanannya. Kadang kala, kita akan disuakan dengan teh, usai sahaja tamat menikmati makanan. Tanda meraikan tetamu dan pelanggan. Sebuah persembahan seni menjamu yang telah menjadi tradisi Turki.

"From time to time, to remind ourselves to relax and be peaceful, we may wish to set aside some time for a retreat, a day of mindfulness, when we can walk slowly, smile, drink tea with a friend, enjoy being together as if we are the happiest people on Earth.”
(Being Peace )

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.