Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Friday, March 15, 2013

Travelog Iran#3: Pau Pak Hailam Kopitiam


Ukhuwah boleh dilentur dengan menjamu selera, benarkah? Bukan selera nafsu, selera iman. Menjadi salah satu kaedah mengeratkan ukhuwah adalah makan bersama, selain solat bersama dan tidur bersama. Ada juga pendapat yang mengatakan musafir juga menjadi salah satu kaedah juga. Musafir itu sendiri melengkapkan ketiga-tiga kaedah awal tadi.
            Kami memang suka makan tetapi tidak pula kuat makan. Suka mencuba memakan makanan yang baru, kadang-kadang pun kami sengaja mencuba makanan yang sedia maklum mahal harganya, menambah pengalaman nilai dan nikmat perbandingan kelas makanan. Kali ini, setelah kami memakan bubur dari satu-satunya restauran Mamak di Terminal Bas Selatan (TBS) ini, kami meminum Ipoh White Coffee, kopi segera yang dibawa oleh Kak Ummu dari bumi Skudai.
Kami juga penggemar kopi, asalnya kak Ummu yang memperkenalkan tabiat ini, menyemai minat hingga terbawa-bawa kepada rutin perjumpaan kami. Berkelah berdua pun boleh jadi di mana-mana dengan secawan kopi. Ditambah pula, pau berserat dari kedai sebelah, Kedai Pak Hailam Kopitiam. Sekali lagi, ia juga perkenalan dari Kak Ummu kepadaku, katanya itu adalah pau kegemarannya tika dia singgah di terminal ini. “…Sunnah baginda Rasulullah s.a.w, memakan makanan yang berserat…”, ujar seorang penceramah di Mutiara Srikandi UTM, program yang berlangsung saban solat Jumaat buat muslimat.
Aku termakan pau berintikan ayam milik Kak Ummu, dia tersenyum, dia tidak ambil kisah, malah membekalkan satu pau yang berbaki, berinti kacang merah untuk perjalanan bersama Air Asia yang tidak ditempah pun olehku makanannya. Tidak dimarahi pun, malah melebihkan lagi sahabatnya melebihi kepentingan peribadi, indahnya apa yang dikatakan ukhuwah ini. 

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.