Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Monday, March 18, 2013

Travelog Iran#4: 5 minit berlalu


Berlepas dari TBS menuju ke Salak Tinggi dengan ERL menuju ke LCCT melalui Salak Tinggi. Kak Fizah terus menerus menghubungi aku, aku sudah lambat sebenarnya, terlalu lewat. Kak Fizah sedang menanti di kaunter S37, menahan kakitangan itu dari berlalu tanpa menguruskan  urusan perlepasanku. Sepatutnya kaunter telah ditutup, tetapi tertahan kerana kelewatan bakal penumpang seperti aku.
            Di dalam shuttle bus, aku duduk di sebelah seorang pelancong dari bumi Manila, sempat juga berborak mengurangkan rasa tegang yang menular ke jantung. Katanya aku masih sempat untuk berlepas, sedikit kelegaan hadir. Berdebar melihat detik-detik jam beransur, mendapat panggilan dan mesej lagi dan lagi dari Kak Fizah. Kak Fizah lebih menegang gayanya. Aku yang bersalah.
            Aku berlari ke kaunter. Kak Fizah menunggu, ada senyuman yang manis berakhir dengar tawar tercalit. Terus aku memandang kakitangan di kaunter, hambar senyumannya bersama nada ketegasan. “ Awak lewat 5 minit, kami telah menunggu 20 minit”, kata mereka berhujung dengan kata-kata memohon maaf. “Kami akan pergi jauh ni”, Kak Fizah merayu. “Kami tak dapat bantu, kami dapat bantu 20 minit tu je”, jelas kakitangan lagi. Aku beraksi tenang, walaupun sepertinya tidak percaya.
Tiba-tiba ada seorang lelaki Iran mengamuk kerana turut tertinggal sesi penerbangan tersebut. Dia mengugut para kakitangan yang ada, dengan menunjukkan gaya membuka zip seluar, jika tidak memberi perlepasan untuknya. Keadaan tegang dan terkawal akhirnya. Alhamdulillah, Allah memberi kewarasan kepadaku, bertindak dengan tenang dalam keadaan yang sama tegangnya dengan lelaki itu. Tetapi siapa tahu, ada pelbagai kemungkinan berlaku kepadanya, barangkali ada hal kecemasan yang memerluka dia terbang ke tanah airnya, atau hal yang lain. Sambil-sambil aku berurusan di kaunter, ada beberapa warga Iran lagi yang tertinggal, kelihatannya seperti sebuah keluarga. Tenang perbicaraan mereka.

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.