Travelog Turki#13 : Makcik Comel dan Tasbih Coklatnya
31 Jun 2011…
Kami perlu bertemu Mustafa Tekke (Bro Mus), kenalan kepada salah seorang
ahli keluarga Kak Ummu. Dia akan membantu Kak Ummu, ke tanah Bursa untuk urusan
pengajian bahasa Inggerisnya. Kami bersetuju menziarahi keluarga Tekke dalam
tujuan yang sama. Maka aku turut serta. Dan ini kali kedua Kak Ummu menziarahi
keluarga ini, pada kedatangannya ke Turki pada kali pertama dahulu. Keluarga
ini menganggap teman ini sebagai anaknya sendiri. Bagi aku pula, ini pertama
kali aku menziarahi keluarga Turki. Alhamdulillah segalanya Allah susun dengan
kemas sekali, Bro Mus banyak membantu sepanjang perjalanan kami di bumi Turki.
Sebelum kami menghampiri Hydarpaşa
untuk ke Gebze, kami dibantu oleh seorang guru yang segak berkot. Cuma kelihatan
sedikit kelemumur bertaburan di bahunya dan wajah yang kurang kemas persembahannya. Dia
mengiringi perjalanan kami dari Otogar
(stesen bas) ke Eminönü. Pengalaman baru, takut sesat maka kami turutkan.
Memupuk kepercayaan kepada lelaki ini. Dengan bahasa pertuturan bak ayam dan
itik, Kak Ummu yang lebih tahu bahasa Turki tidak sedap hati. Kerana guru ini
sering menanyakan kami perihal duit.Aku juga merasakan ada yang tidak kena.
Tiba di Eminönü guru itu meminta wang untuk membeli tiket feri, 25TL.Keadaan yang sangat sibuk di situ menjadi
alasan padanya untuk mewakili kami membeli tiket.
”Nilam, jangan!”, tegah Kak Ummu.
“Akak tengok dari kaunter tu harganya 1.75 TL je”.
”Ke kita akan naik feri lain,
kita beri je ya kak”, jawabku.
Aku rimas dengan ragam guru itu yang agak mendesak. Kami beri sahaja
wang itu, walhal hati semakin membungkam tidak setuju. Aku memerhatikan gerak
geri berlalu dari kami. Melihat akan dia bergesa-gesa melarikan diri jauh dari
kami.
”Kak kita kena tipu”, kata aku dihimpit
sedih.
”Itulah, akak pun tak sedap hati tadi, sejak dalambas
lagi. Takpe lah, rezeki untuk dia,
Allah akan gantikan dengan yang lain…”.
Aku sedih
ditipu oleh seorang”guru”yang barangkalibukan. Besar nilainya 25TL tu lebih kurang RM50. Aku tidak sepatutnya mengatakan persetujuan
waktu itu.Penyesalan tertambat.
”Maaf Kak Ummu, salah aku”, hatiku merasa salah.
Kami meneruskan perjalanan menaiki feri ke Hydarpaşa. Belajar membeli
tiket feri sendiri. Senyap dalam dakapan ombak pujukan Allah. Tiba di stesen
keretapi, khuathir keretapi akan tamatkan perkhidmatan menjelang malam, kami
bergerak sedikit pantas.Menuju ke kauter dan pantas sahaja urusan tiket selesai. Bicaranya dalam
bahasa Inggeris.
Termengah-mengah
tanpa kata. Banyak mata menatap wajah kami. Kami faham, kami agak asing pada
pandangan mereka, atau mereka menatap riak wajah kami yang tercungap-cungap. Keretapi
menuju ke Gebze bakal bergerak dalam kira-kira 5 minit sahaja, masakan berjalan
sahaja. Dengan tidak ada apa pengalaman lagi di stesen ini. Alhamdulillahsempat.
Terima kasih ya Allah. Kelajuan nafas aku jadi surut. Kembali normal.
Aku duduk di sebelahseorang mak cik yang agak gempal tubuhnya.Melihat aksinya begitu menenangkan aku yang
masih belum surut rasa sedihnya. Dia melakukan solat Maghrib dan beberapa solat
sunat secara duduk. Allah, tenang sekali perbuatan solatnya. Tertib. Tangannya
pula dari awal tidak terlepas dari mengulas lembut butir-butir tasbih berwarna coklat.Dalam masa yang sama, hati turut jadi tenang.
Terpujuk dengan lebih kemas.
Mataku melilau menyaksikan keadaan gerabak
yang semakin dipenuhi penumpang stesen demi sstesen.Sempat aku mengimbau
cabaran perjalanan 3 hari yang telahku tempuh. Menggarap didikan dari Tuhan
melalui orang lain buatku.Terima kasih mak cik, walaupun kita tidak berbual,
reaksimu sudah cukup mengajarku erti kembali kepada Tuhan atas segala yang
terjadi.
“…ingatlah, hanya dengan mengingati Allah,
hati menjadi tenteram”
(Surah
Ar-Ra’ad: 28)
0 diskusi:
Post a Comment