Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Monday, March 4, 2013

Travelog Turki#5: Budak kecil yang comot


ZAMAN KANAK-KANAK
Aku sangat suka mengumpul gambar-gambar permandangan yang ku gunting daripada pelbagai jenis majalah atau kalendar.Ini tika zaman kanak-kanakku. Hujung tahunlah waktu paling menggembirakan aku, kerana waktu itu sangat banyak kalendar diperolehi dari bapak. Dia bekerja sambilan sebagai pengumpul bahan terpakai untuk dikitar semula.Anak-anak jantannya selalu turut serta dalam aktiviti ini. Dan tak terkeculai aku.
Aku bukan sekadar menanti di rumah, menunggu barang mainan dari seorang ayah. Kerana hobi itu juga, kadangkala aku turut menyertai bapakku berhempas pulas mencari barang terpakai dari rimbunan sampah sarap. Nun tersorok di penghujung kampung sebelah. Semua lori sampah dari daerah aku kebanyakannya akan mengumpulkan sampah di situ. Mengutip sendiri buku-buku, kalendar, dan majalah yang boleh aku kumpul sebanyak mungkin. Koyak dan gunting gambar yang indah, kemudian hulurkan kepada bapak selebihnya untuk dikitar semula. Atau buat bacaan di rumah, alas periuk atau meja.
Aku mengenal dan jatuh cinta dengan Turki dalam sekitar tempoh pengumpulan itu. Buat pertama kalinya, aku melihat satu gambar Masjid Biru dari calendar moden.Gambar itu sebaris dengan gambar-gambar lain. Banyak negara ternama mengizzahkan wajahnya dengan pelbagai monumen atau menara moden. Tidak pula Turki. Aku masih ingat, dari gambar itu aku lihat birunya masjid sepadan dengan birunya langit tak berawan. Kubahnya sangat banyak.
Hingga terbayang-bayang betapa besarnya masjid itu. Nisbahnya berapa dengan ketinggian aku? Bertingkat-tingkat kah? Lamunan anak kecil, pasti semua orang tahu bagaimana ia. Anak kecil yang menontot beberapa siaran televisyen belum lagi kisah soal dunia. Tika kecilnya aku, televisyen kami sekeluarga hitam putih, tanpa elektrik. Menggunakan bateri basah, yang  2 tiga hari dihantar ke kedai buat tambahan tenaganya. Hanya beberapa siaran penting akan ditontoni oleh kami. Berita jam 8 malam, Gerak Khas, Salormoon, Dragon Ball dan siaran selepas berita.
Sejak menyaksikan foto itu, aku sangat inginsekali mahu menziarahi Turki.Foto itu di tampal bersama foto-foto lain pada satu bingkai gambar sekitar 29 inci televisyen. Bingkai dari bapak. Ada juga bingkai yang tidak berkaca. Udah selesai foto-foto disusun, ambil sampul lalu dibalut ala bingkai berkaca. Angan anak kecil, dari satu negara jadi banyak negara tertaut di hati. Tika di sekolah menengah, aku amat mencintai matapelajaran Geografi. Mengenal dunia, dari segi kelompok benua, bilangan negara, taburan lautan. Tetapi aku bukan pencinta matapelajaran Sejarah. Bagiku, itu antara subjek yang menuntut pembacaan dan menciptakan kebosanan dalam penempuhan ke alamnya. Sekadar memenuhi keperluan peperiksaan.
Cita-citayang lebih 10 tahun itu, Allah telah makbulkan. Alhamdulillah.Makbulkan doaku untuk menziarah bumi barakah itu lagi ya Allah.


”Let the beauty we love become the good we do” 
( Rumi )

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.