Travelog Turki#6: Merentas benua Asia
28 Jun 2011…
Satu
minggu adalah masa persiapan yang harus dilakukan sebelum melaksanakan
penerbangan. Merentasi beberapa benua ke bumi Turki. Dalam tempoh itu, sahabat
aku masih lagi mengaji di sebuah pondok di bumi Kelantan. Kami dalam agenda
bantu-membantu dalam mengoptimumkan kewangan dan masa. Sedikit
menggesatindakanku agar boleh menerobos awan biru walaupun sekadar memenuhi tuntutan
tiket penerbangan sehala terlebih dahulu.
Aku
yakin bahawa kami akan terbang jua.Keputusan telah diambil, peluang pun telah
dibentangkan. Tinggal aku yang harus mengusahakan sesuatu. Walaupun belum
dijanjikan dengan tiket penerbangan kerana kewangan yang hampir mencukupi, aku sudah
bertolak ke Kuala Lumpur pada kurang 24 jam waktu penerbangan yang dicitakan. Tika
itu, sahabat aku, Kak Ummu baru sahaja menjejakkan kaki ke rumah setelah 2
minggu berpengajian di pondok. Dalam perjalanan bas meuju ke Kuala Lumpur,
perbincangan masih berlangsung dari jarak jauh. Keyakinan sama-sama dibina.
Lalu dia juga mengambil langkah yang sama, setelah sebentar sahaja berada
dipangkuan keluarga.
Harga tiket Turkish Airline melambung berlipat kali ganda.Penerbangan MAS
pula, hampir sekali dipenuhi tempahan. Alhamdulillah, berjaya membeli tiket
dari penerbangan MAS. Aku terus ke stesen ERL Putrajaya, tiket penerbangan
bertukar tangan. Terima kasih, cik Farah
Wahidah. Dia yang berkediaman di Putrajaya, membantu menguruskan tiket
penerbangan kami pada hari itu juga. Kelegaan mengambil ruang, buat kami senyum
sepanjang misi.
Tiada barisan,
hanya kami. Lewat check in
sebenarnya. Tiba di kaunter, kami disergah oleh kakitangan kaunter. Debar makin
bergelodak. Gayanya seperti melarang penerbangan kami. Sudah lewat. Kelat
terpalit. Kami tidak boleh terbang dengan tiket sehala. Mana mungkin aku tahu,
kerana tidak cuba ambil tahu. Redah melulu dengan yakin. Ini kali pertama
menguruskan penerbangan sendiri. Baru kami tahu, perlu ada sebab untuk
penerbangan sehala.
Alhamdulillah
senyuman terukir pada wajahnya, katanya kami perlu membuat tempahan tiket
pulang ke Malaysia sebelum terbang kerana tidak membeli tiket 2 hala atas
tujuan keselamatan. Berlari kami menurut arahan kakitangan, menghala ke pejabat
tempahan tiket MAS. Salinan dari laman sesawang Duta Turki dihulurkan. Sedikit
bual bicara berlaku. Urusan dilanjutkan dan lampiran berkaitan tiket bertukar
tangan. Urusan bagasi juga selesai seterusnya. Senyap. Sahabatku senyum,
senyuman melebar. AllahuAkbar, urusan di Malaysia selesai.
Alhamdulillah,
tepat jam 12.00 pagi, 29 Jun 2011 bertolaklah kami ke bumi Sultan Muhammad
Al-Fateh, Turki. SubhanAllah,
hari yang sangat indah. Sehari suntuk berkeringat pasti meletihkan minda dan
fizikal kami, namun nikmat Allah yang besar ini sungguh mengujakan kami. Tenaga
mula dicas semula, dengan senyuman dan kesyukuran.
“Merindui roh
KLIA, ianya berbeza dari tempat lain, titik pertama kembara bermula lagi”
(Mafi Qalbi)
0 diskusi:
Post a Comment