Travelog Turki#7: Langkah pertama di bumi sebaik-baik raja
29 Jun 2011…
Pendaratan oleh kapal terbang Malaysia
Airlinesberlaku dengan selamat di Atatürk
Havalimani (Ataturk Airport).
Alhamdulillah ya Rabbi.Pandangan masih dalam lontaran ke luar tingkap, masih
dalam mimpi. Sepertinya aku tidak sabar keluar dari perut Boeing MH 030seawal pagi 30 Jun itu. Perjalanan memakan masa lebih
dari 10 jam.Aku di Benua Eropah, benarkah?
“Lutfi Ilahi”, kata Kak Ummu.
Kerna kasih sayang Tuhan, kami hadir
bertandang ke bumi Turki, bumi antara dua benua. SubhanAllah. Kami beratur,
melepasi pintu Imergression. Di
Attarturk Airport ini, tidak ada perbezaan pintu Imergression. Bercampur dengan warga asing juga. Sepertinya, negara
itu meraikan semua tetamu sama rata dengan rakyatnya sendiri. Perjalanan
diteruskan, menuju ke bahagian tengah Istanbul menaiki Metro. Lebih kurang setengah jam lamanya.
Kak Ummu senyum panjang melihat telatahku
yang asyik menggarap semua perkara. Menikmati permandangan-permandangan indah
dari cermin Metro. Dia pernah hadir
ke sinipada setahun yang lalu, 2010. Lawatan di bawah tajaan kedutaan Turki
juga. Adanya dia disisiku buat aku menjadi lebih tegar menghadapi masa-masa
mendatang.Teman sepanjang permusafiran, terima kasih ya Tuhan. Bertukar Metro
dengan Tramvay di stesen Zeytinburnu.
Masih tak lekang mata memandang sisi Istanbul dan rakyatnya.
Kami berlangsung ke Taksim. Kota letaknya
bakal kuliah pembelajaran bahasa Turkiku. Dua bagasi diusung ke sana ke mari
dalam pencarian mana letaknya kuliahku. Daya dihujung kemampuan, digagahi juga.
Dek kerana ramai yang tidak mengetahui alamat yang disuakan, kami berkeputusan
untuk meletakkan bagasi-bagasi kami di asramaku, Erdinekapı. Semangat masih tak
mahu mengalah. Rehat sebentar. Makan simit dan mentega. Simit itu, makanan
pertama kami beli di Turki, ada seorang penjaja di hadapan asrama menjualnya.
Dan mentega itu, dari bungkusan kecil MAS Airline.
Kami menapak semula di kota Taksim. Lebih tangkas geraknya tanpa bagasi. Alhamdulillah
kami bertemu, seorang lelaki yang mengetahui duduknya TÖMER itu di mana.
Sudah aku ketahui, mudah bagiku untuk hadir
ke kelas pada hari pertama nanti. Kini urusan sahabatku pula. Kami membawa
perbincangan kepada pihak atasan. Kami bertemu mudur (pengetua) bagi urusan penukaran tempat kuliah Kak Ummu ke
bumi Istanbul.
”...kamu perlu merujuk kementerian bagi
tujuan itu. Pada pendapat saya, saya suka kamu berdua berpisah, supaya kamu
tidak cenderung bercakap bahasa ibunda kamu, jadi pembelajaran bahasa Turki
lebih efektif. Saya melihat kepada pengalaman beberapa pelajar yang lalu…”. Kami
akur.
“Seven Rules to a better Life: Never hate, Live simply, Expect a little,
Give a lot, Always smile, Live with love and Be with God.”
(
Brother Saeed Muhamed )

0 diskusi:
Post a Comment