Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Thursday, March 7, 2013

Travelog Turki#8: Sepasang kebab dan botol air



29 Jun 2011…
Usai bertemu mudur, kami menuruni tangga dengan longlai. Semangatku turut menurun. Ada benarnya kata pengetua itu.
”Ummu Hazimah! Pelajar dari Malaysiakan?”tegur seorang lelaki dari bawah.
 Dia pelajar Malaysia yang hampir setahun berpengajian di di Turki. Dia bakal menduduki pengajian peringkat Master.
”Brother Irfan”, jawab Kak Ummu.
”Alhamdulillah bertemu jugak di sini, saya pun tak tahu macam mana nak hubungi kamu. Saya telefon tapi tak berangkat”.
”Itu nomborpublic phone di airport”,Kak Ummu menambah.
Sambil berjalan kami bertaaruf. Kami menuruti Bro Irfan ke sebuah kedai makan mini. Dia fasih berbahasa Turki, dari gaya perbualannya bersama pembantu kedai. Kebab dan yogurt, Bro Irfan belikan untuk kami. Perbualan diteruskan, sambil Bro Irfan memakan menu petangnya. Dia akan membantu kami bertemu pihak kementerian.Kami berpisah di tengah kesibukan orang Eropah yang berpusu-pusu dengan tujuan masing-masing.
”Kak jom duduk di sini. Kan cita-cita akak mahu berkelah dengan orang di Turki kan?”.
 Dia tersenyum.
Kami duduk di satu tembok berlatar belakangkan air pancut yang terpacul dari dinding sebuah galeri seni. Menghadap dataran Taksim.Memulakan agenda piknik dengan menjamu menu tadi. Masih topik ”mimpi”diperbualkan. Kadang kala senyap mengmabil tempat, masing-masing tenggelam dalam mimpi sendiri. Kak Ummu berkongsi banyak penglaamannya yang dialami sebelum ini. Beberapa perkataan Turki juga dikongsikan. Aku datang sini cuma tahu berterima kasih sahaja. Duduk di situ hingga lewat jam 7 petang begitu. Pulang ke asrama dengan bas. Membentuk penglaaman baru lagi. Memandang sisi Turki dari cermin bas dan isinya pula.
Piknik itu adalah budaya warga Turki sejak zaman berzaman lagi. Tidak terhad kepada hari hujung minggu dan di taman sahaja. Malah hari biasa turut diwarnai dengan aktiviti sosial itu walaupun sekadarberpiknik di bawah sepohon pokok atau sekangkang petak rumput. Berehat berdua bermain kad, meminum segelas teh atau berbaring menghadap langit di bawah redupnya pohon juga dipanggil piknik di sini.

"Tiap orang harus berani mengembara, mematangkan diri, memetik tiap pengalaman menjadi guru, yang akan memberi makna hidup lebih dalam, dan boleh pulang kelak, bila ia sudah cukup paham akan apa arti hidup. Dan itu semua hanya akan diperoleh di tempat yang jauh dari kampung halaman, yang tak pernah punya janji masa depan." ( Brother Mohamad Sobary )

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.