Travelog Turki#14: Keluarga Tekke
31 Jun 2011…
Seharusnya aku merasa agak asing di dalam
sebuah rumah warga Turki. Kerana budaya yang sememangnya berbeza. Tetapi tidak
dalam keluarga ini. Cepat benar kemesraan menguasai suasana. Kehadiran kami
dimeriahkan lagi dengan hadirnya ahli keluarga Tekke yang lain. Makcik dan
pakcik dari kalangan keluarga Tekke.Terharu dengan layanan keluarga ini.Sampai sahaja, kami dijamu makan malam. Masakan
dari air tangan tangan seorang ibu. Makcik Aisyah namanya. Walaupun aku tidak tahu berbahasa
Turki secara lisan, dalam hati ini moga faham jua apa yang ibu ini maksudkan
serba sedikit.Kadang kala Bro Mus
mencelah perbualan kami. Dia menterjemahkan maksud ibunya.
Gerak geri seorang ibu kepada
seorang anak yang tidak mengerti bicara bibirnya, pasti memahami perlahan-lahan
maksud dari hatinya. Seorang ibu, tak pernah letih membantu kita untuk faham tiap
satu perkara.
”Dengar dengan jiwa”, teringat aku
akan ungkapan Kak Ummu itu.
“Kizim!...”.
“Kizim!...” (Anak perempuanku).
Ibu ini membahasakan kami begini
dengan lembut sekali. AllahuAkbar, indahnya budi bahasa Turki. Punya tatabahasa
‘pemilikan’ yang hebat. Ibu ini tidak punya anak perempuan. Ketiga-tiga anaknya
adalah lelaki. Terasa seperti anaknya sendiri pula. Bayangkan dengan tatabahasa
ini, seorang ayah memarahi anaknya. Pasti penuh kasih sayang bunyinya jika diterjemahkan
kepada bahasa kita.
“ANAKKU!
Adalah lebih baik kamu perbaiki tutur kata kamu..”
“ANAKKU!
Rajinkan dirimu bantu ayah di kebun…”
Dalam ketegasan ada kelembutan, apa lagi dalam kelembutan itu ada
kelembutan lagi. Penumpuan terus padu oleh orang yang dipanggil kepada
pemanggil. Terus terpujuk dalam tegas itu, terus terpesona akan kasih dalam
kelembutan. Anak-anak memanggil ibunya,
“IBUKU…”, teman-teman memanggil,
“SAHABATKU..” dan lain-lain panggilan yang lembut juga.
HUJAN
Di celah-celah kegembiraan kami menjalin
silaturahim, Allah sulamkan dengan hujan renyai. SubhanAllah,
langit musim panas ini mengeluarkan hujan.RahmatTuhan
yang tidak disangka-sangka. Bau hujan menyelinap segenap ruang, mengetuk
pintu rindu buat tanah air.
“Benarkah?”, soal
ibu Tekke, lalu mendekatkan dirinya ke arah tingkap.
“Musim panas
begini, jarang sekali hujan turun. Ini kali kedua hujan turun, pada musim kali
ini”, terus ibunya berbicara lagi.
“…kamu bawa hujan
dari Malaysia ni. SubhanAllah”, kata Bro
Mus menyulam bicara ibunya.
Dia faham benar cuaca di Malaysia,
kerana dia baru sahaja tamat pengajiannya di Universiti Malaya tahun lalu. Di
sini, pada musim panas, sekali dua sahaja hujan pada kebiasaannya, dan tidak
pula mereka menyangka di tengah musim panas ini turunnya hujan.Hujan mengiringi sesi pertemuan malam
tersebut. Maha Suci Tuhan. Sepertinya Allah memberi hadiah kepada kami berdua, atas kesabaran
mengharungi ujiannya.
Daku terharu dengan kasih sayangMu Tuhan. Segala pujian adalah untukMu.
Kau melindungi perjalanan dan permusafiran kami sentiasa, begitu juga kasih sayang
keluarga Tekke ini kepada kami.Supper hati sebelum tidur malam itu dengan perkongsian ilmu pondok dari.Kerohanian yang berterusan.Amiin.
"Tiap
desa menjadi dekat oleh persaudaraan
tiap kota menjadi rapat oleh persahabatan
tiap jiwa menjadi akrab oleh persefahaman."
(Imlan Adabi)
0 diskusi:
Post a Comment