Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Thursday, January 14, 2016

Travelog Bintang #2 : Semangat!

0101 | 140116
Sanglang

"Ini emak nak cakap ni. Semangat. Umur 28, muda-muda ni kena semangat kuat. Kalau ikut emak ni, jauh lagi putus asanya dari korang. Kalau orang lain dah sakit murung sebab nak besarkan korang. Tapi emak kenangkan anak-anak, emak terus semangat." 

"Tahun lepas je. Berapa puluh ribu kau dah rugi. Emak kesian bukan apa. Lain kali kalau ada peluang je fikir masak-masak jangan terus nak. Rugi. Bila tak semangat, tu yang jadi buat apa pun tak boleh."

"Kena terus semangat. Jangan sampai murung. Murung ni penyakit mati yang bukan cepat tapi lambat. Buat apa yang ada kat depan mata sekarang. Usahakan apa yang ada. Emak bahagia, walaupun sikit-sikit tak cepat kaya. Yang penting bahagia. Semangat. Semangat."

"Emak tahu kau taknak susahkan mak. Tapi bagitahu mak kalau ada masalah. Kalau mak tahu dari orang lain. Lagi lain sakit. Tahun ni, buat betul-betul. Semangat! Buat banyak benda selagi muda."

Senyap. Jiwa menangis banyak. Tertahan-tahan dari mengalirkan air mata. Walaupun gelap dan berselimut, bimbang emak memasang telinga.

Terima kasih banyak emak. Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan saya. Terima kasih untuk semua. Semua. Wanita paling tabah. Permaisuri hati kami yang 13 beradik.

Semangat!




0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.