Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Sunday, January 31, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #13: Muslim Ketiga

| WOKING & READING

Perjalanan kami ke Woking menggunakan Motorway dan alternatif. Di mana jalan alternative membawa kami menyusuri beberapa pekan dan kampong. Mata terpesona dengan keindahan rumah-rumah English, tidak sabar menunggu hati beransur siang. Jalan-jalan gelap dan berliku pasti indah kelihatan di siang hari nanti, berderetan bak menyambut kedatangan kami dengan dahan-dahannya tak berdaun atau ada baki daun-daun kecoklatan dan kekuningan. 

Semua orang kelihatan penat. Dan terus menerus berusaha memahami kondisi simcard itu. Tetapi masih tidak Berjaya. Internet masih tidak dapat berhugungan dengan telefon. Mana mungkin, negara ini pasti memiliki system satelit sendiri, pasti kadar internetnya laju juga talian perhubungna yang lain. 1 GB percmua untuk tiap pendaftaran, masakan juga lambat penerimaan hadiahnya setelah pendaftaran. 

Kami selamat sampai di Bandar Woking di Surrey dengan mengikuti arahan papan tanda di banyak bahu jalan. Kota ini sedikit sunyi dan kecil berbanding jangkaan saya. Woking, Bandar pertama kami setelah Gatwick bagi memulakan perjalanan. Kami merancang untuk mengadakan perjalanan dari selatan London hingga ke Exeter, terus mengembara di sebelah kiri England, memasuki bandar-bandar di Wales, menuju ke Manchester, naik ke Scotland dari Glasgow hingga ke Aberdeen atau Inverness, dan kembali menuju ke London melalui Bandar-bandar di sebelah kanan England pula.

Tanpa bantuan peta manual dan internet, kami agak buntu mahu mengambil arah yang mana satu menuju ke masjid. Bersiar-siar sebentar dengan kereta tidak membawa petunjuk apa-apa. Tiada signboard menujukan kewujudan masjid. Bermakna, kota ini bersar dari jangkaan, atau kewujudan masjid-masjid tidak diwar-warkan kepada umum oleh papan tanda. Masih terlalu Mar untuk kau membuat hipotesis. Ini baru hari pertama dan masjid pertama, jangan kau macam-macam. 

Kami membuat keputusan untuk berhenti dan bertanya kepada mana-mana individu di bahu jalan. Masjid Shah Jahan, antara masjid UK paling popular dalam enjin carian di internet, pasti ada orang tahu mengenai keberadaannya. Tambahan lagi, masjid ini dikatakan masjid terawal yang berdaftar sebagai rumah ibadah UK, pasti komuniti kota ini paling tidak berbangga dengan kewujudan bangunan bersejarah ini. Dan dengan bertanya kepada komuniti, ini masnya untuk mengetahui kadar keraian warga Inggeris terhadap rumah ibadah agama lain.



-Ok berhenti kejap, saya ada nampak orang berjanggut tu. Mungkin dia tahu. Mari saya tanya

+Ok kita berhenti depan sikit. 

-Bismillah. Mudah-mudahan rezeki kita malam ni. 

-Pergi tanya Mar



Berdebar. Mungkin pakcik ini bekerja sebagai pemandu teksi. Dia bersandar pada teksi, sedang menghembus asap rokok. Memanaskan badan mungkin sambil menunggu pelangggan baru. Berfikir-fikir untuk memberi salam atau tidak. Bimbang tekaan meleset seperti beberapa pengalaman di stesen petrol siang tadi. 



-Hello, good evening.

+Good evening, how can I help you?

-Do you know where is the mosque of Woking?

+Yes. Of course. Shah Jahan Mosque ya? You just go straight from here, I think three or four road in left, do make a turn. The next road you can do a turn again. Or take a roundboud at the end of this road, then take the same road in your right. 

-Thank you so much. Where are you came from and wahat is your name?

+My name is Akbar, from Pakistan. Are you Indonesian?

-I am Malaysian.

+Oh I was in your country in 1996 around nine years there. Apa khabar?

-Baik Alhamdulillah. Kamu boleh cakap Melayu?

+Ya. Kamu mahu cari masjid kah?

-Ya. 

+Ambil jalan ini ya. 

-Terima kasih banyak Akbar. Assalamualaikum

-Waalaikumsalam



Maaf pakcik Akbar, tidak dapat berbual lama. Agak canggung mematikan perbualan begitu sahaja. Tahun 1996, mengimbau kenangan darjah dua saya. Berpindah ke sekolah dan rumah yang baru. 22 tahun yang lalu, bererti sudah lebih 2 dekad kerajaan Malaysia mengambil pekerja antarabangsa meransang kemajuan ekonomi negara. Oh ya, lebih kebelakangan tahun dari itu, kami pernah berjiran dengan pakcik Rahmat. Pekerja Indonesia yang menggantikan tempat bapak berkhidmat di ladang itik Pekan Nenas itu. 


Sekarang pasti mereka lebih maju ke hadapan langkahnya meninggalkan tanah air saya. Mereka berkhidmat di negara maju pula seperti pakcik Akbar ini. Tukaran wang gaji yang lebih besar, peluang menjadi penduduk tetap juga besar, pekerjaan yang lebih menjamin ekononmi keluarga dan peluang berdakwah yang lebih terbuka jaringannya.

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.