Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Wednesday, January 13, 2016

Travelog Jejak Masjid UK #3: Emak

| SANGLANG

Hari ini, hari keberangkatan saya ke Kuala Lumpur. Trauma ketinggalan kapal terbang dan sebagai persediaan awal sebelum menghadapai apa-apa hal di tengah perjalanan, saya biasanya berangkat awal ke lapangan terbang. 

Kadang keberangkatan awal itu, saya sengajakan untuk mengambil mood perjalanan. Ruang-ruang berdoa lebih banyak, kesempatan memaklumakn kepada orang terdekat dan meminta doa dari mereka, bab memperbaiki niat kembara, mendekat momen rindu kepada emak bapak dan keluarga, mengucapkan salam bertemu lagi dengan lebih nyaman, menstabilkan jiwa saat meninggalkan kampong dan negara dan memperkemas keadaan diri menghadapi pengembaraan yang tak menentu.

-Kalau nak tahan sambalnya, ko goring lada kering dengan bawang. Baeang putih letak sikit je. Tumbuk semua, lepas tu tumis sikit untuk tahan lebih lama. Lepas tu gaul dengan tempe dengan ikan bilis. Ikan bilisnya jangan semua buat gaulnya, amik sikit untuk tumbuk biar bau ikan bilis. Letak garam dengan gula. Lepas tu tapis sekejap buang minyak. Sedap tu.


+Sedapnya!. Mak, buatkan epok-epok semapt tak. 

-Dah pukul berapa ni, mak nak masak lauk.

+Mak tak payah jual kuih kat Wak Basir eh. Buatkan untuk saya. Boleh makan dengan kawan-kawan nanti nak tunggu flight

-Yelah. Inti sardin semalam pun ada lagi.


Emak, berborak macam nak cari gaduh. Orang Singapura memang ada bau ‘gangster’ dalam percakapan mereka kadang-kadang. Terima kasih mak, untuk sambal ikan bilis tempe. Orang berdarah Jawa memang tempe makanan dia. Epok-epok pula, sebahagian besar orang Johor menggunakan sebutan tu sebagai ganti kepada karipap. 

Emak, orang paling tabah di dunia pernah saya kenal. Bukan dia seorang pengembara, lebih dari itu. Berkorban jiwa dan raga meninggalkan tanah airnya Singapura buat keluarga tercinta di Selatan Malaysia ini. Emak yang tak pernah ingin melepaskan kewarnegaraannya, baginya cinta terhadap tanah airnya adalah cinta besar yang tidak mahu dilepaskan bagaikan kecintaan terhadap anak-anaknya. 

Emak, pemutus kata keluarga mengizinkan saya mengembara. Pergi tapi jangan sesekali mengggugat kepercayaan si emak, kau takkan pergi lagi sebagai akibat. Mungkin kerana ada darah pengembara dari seorang emak mengalir dalam jiwa ini, sepertinya mahu saja menunaikan impian mengembara emak. Tak senang pergi tanpa melihat wajahnya, bekalan dari air tangannya, dan menulis tanpa ada nama emak. 

Suatu waktu nanti kita sekeluarga menunaikan umrah bersama ya emak.


0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.