Moga sepanjang pengembaraan, rohani mewangi..

Tuesday, May 26, 2015

Travelog Istanbul #1: Masjid Biru | Bahagian 3


Walau pertemuan itu tidak mungkin terjadi, ia masih mungkin jadi nyata dalam mana-mana lorong fikiran. Selamat bersemadi sang Sultan Ahmad I, bersama isterimu, Sultan Murad IV, Osman II dan Beyazid. Masjid Biru masih setia menemani. Terus dia tersenyum. Satu demi satu memori menerpa bersama angin dingin. Salah satunya, itu. Seseorang telah mengajarkan saya perihal harus bagaimana saya perlu perlakukan diri saya sebagai seorang ‘trip organizer’ yang baik untuk ummat ini. 

Memori demi memori terimbau dalam dingin. Memori paling berharga di masjid ini, adalah pada kali pertama jadi tetamunya bersama seseorang, Gi. Sahabat yang Allah anugerahkan 3 tahun lalu, menemani pengembaraan saya. Pengembaraan terjauh dan terlama tempohnya dalam rekod usia saya tika itu. Dari AsiaTenggara hingga bandar lama Istanbul, di Eropah ini. Mengembara sebagai mahasiswa selama 2 bulan. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cemburu dan berharap sepenuhnya ingin terbang bersama. Dan cemburu tewas pada bahagia. 

-Julai 2010



Suatu petang di penghujung Julai. Suasana Kolej Tun Husein On, seperti memahami perasaan Bintang. Kolej kediamana ini sedang tenang. Cemburu tetapi gembira. Tumpang gembira yang amat. 

-Gi, semua dah ok ke persiapan?

+Sudah. Doakan ya?

-InsyaAllah. Gi, bisikkan ya nama orang di Masjid Biru. Bisikkan moga orang pun sampai ke sana.

+InsyaAllah, kita akan sampai sana. 

-Moga kamera ini bermanfaat, tuannya tak dapat ikut, kamera pun jadilah hehehe


Pertama kali kamera saya ke luar negara. Teruja. Semenjak dua menjak proses pengembaraan Gi itu, saya jadi teringat sebuah memori anak kecil, momen jatuh cinta pada Masjid Biru. Cinta pandang pertama, hingga yakin kiriman salam pada Gi buat masjid itu bakal bersambut. 

Ogos menyambut Gi sebagai tetamu Turki. Pertama kali dia terbang menerobos kerajaan langit. Tahun itu, kerajaan Turki menaja pengembaraan bagi 2 orang pelajar antarabangsa yang menuntut ilmu dalam bidang sejarah atau Bahasa Turki di negara masing-masing. 2 orang telah terpilih dari tanah air, dan Gi salah seorang darinya. 

10 ke 11 hari berlalu. Sengaja tidak mahu bertanya khabar Gi. Biarkan dia benar-benar menikmati manisnya jadi sang pengembara. 


+Bintang, nah buah tangan. Beli sikit je, orang tertentu je dapat.. 

-Terima kasih banyak, Gi. Terharunya hehehe.. ‘I love Istanbul’. Wah. 

+Best sangat, …ramai sangat geng dari luar negara. Semua belajar bidang sejarah dan bahasa. Saya Cuma belajar di kelas bahasa anjuran Persatuan Pelajar Turki. Segan pulak.. banyak sangat nak cerita, sambil-sambil minum kopi eh..

-Ok, jom!. 


Memori zaman-zaman kanak-kanak itu dulu cuma tertanam dalam-dalam. Tak pernah pun mahu tumbuhkannya pada tempoh pengajian saya di UTM. Mana mungkin terjadi, masih tergolong dalam kelas bukan pekerja. Gi yang menyiramkannya benih memori itu, terdorong ia menumbuh bersama sebuah azam. Lalu, terasa semuanya tidak mustahil. Sudah tidak peduli kekangan apa. 

-Bintang, saya pergi dengan brother ni, bulan Mei haritu dia baru je pergi program umrah yang UTM anjurkan pada Mei lalu ni. Lepas tu dapat ke Turki pulak. Rezekinya pergi mengembara dua tempat dalam masa 1 tahun pada kondisinya sebagai pelajar lagi. Katanya, pasang niat kuat-kuat. Allah akan memakbulkannya. Soleh betul brother tu. Segan. 


‘Pasang niat kuat-kuat’, kata Gi. Kalau penyiraman terjadi, tetapi jiwa sendiri tidak membangkit sendiri, juga tidak boleh jadi pokok yang merimbun penuh semangat. Pokok yang melangit tinggi daun-daunnya hingga pemerhatian boleh terlontar jauh ke tanah-tanah di seberang perbatasan. Pasang niat kuat-kuat, Bintang!





Bersambung di 
Tavelog Istanbul #1: Masjid Biru | Bahagian 4

0 diskusi:

Post a Comment

Pengembara

Minum Kopi

Powered by Blogger.